Monday, April 22, 2013

61 termasuk Kamilia, Herman Tino Dipecat

Umno menyingkirkan seramai 61 orang anggotanya, termasuk timbalan ketua sayap Wanita Datuk Kamilia Ibrahim dan penyanyi pop 80-an Herman Tino, atas kesalahan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Lidah parti berkenaan, Umno Online menyebut, individu yang dipecat itu tidak akan diterima semula ke dalam Umno untuk selama-lamanya.

Laporan organ tersebut memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa khas lembaga disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang berkata, keputusan itu dibuat mengikut fasal 201.10 perlembagaan parti itu.

“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya seperti dipetik laman berkenaan.

Kamilia menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan juga calon PAS, Idham Lim dalam pertandingan untuk merebut kerusi Kuala Kangsar.

Herman, atau nama sebenarnya Masrun Tamsir pula menentang ketua bahagiannya Datuk Seri Noh Omar yang mewakili kerusi Tanjong Karang selama empat penggal sejak 1995.

Seorang lagi pencabar di kerusi tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, yang juga bekas guru, Mohamad Rashdi Deraman, 49.

Selain itu, Umno turut menyingkirkan bekas timbalan menteri pertanian Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor.

Ketua pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang juga disingkirkan.

Selain itu, Umno juga akan memanggil anggotanya yang menjadi pencadang dan penyokong calon terbabit, serta individu yang gagal menyerahkan borang pencalonan selepas diberi tanggungjawab untuk bertanding.

Tindakan itu diambil mengikut fasal 20.9 perlembagaan parti berkenaan menurut laporan Bernama.

Jumlah 61 orang anggota Umno itu merupakan lebih 20 peratus daripada sejumlah 270 orang calon bebas dalam pilihan raya kali ini – jumlah yang dianggap paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Sejumlah besar dari Umno itu tetap bertanding sebagai calon bebas walau diberi amaran berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti sejak perhimpunan agung parti itu berlangsung akhir tahun lalu.

50 comments:
Write comments
  1. Former Wanita Umno deputy chief Datuk Kamilia Ibrahim and Datuk Seri Shariff Omar were both expelled from Umno today for contesting Election 2013 as independents.

    ReplyDelete
  2. Umno disciplinary chairman Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen announced this morning that Kamilia and Shariff were among 61 party members who were expelled for contesting independently or failing to contest in Election 2013. In a surprise decision on Saturday, Kamilia filed to compete in Kuala Kangsar on her own, after Barisan Nasional (BN) opted to field Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

    ReplyDelete
  3. Shariff had earlier made known his intention to contest the Tasik Gelugor seat he had yielded to outgoing MP Tan Sri Nor Mohamed Yakcop in 2008, and told Umno to go ahead and sack him. Kamilia had expected to be nominated for Kuala Kangsar where she is the wing’s division chief, especially after Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil declined to contest in Election 2013.

    ReplyDelete
  4. “If the door is not open for me, I will struggle elsewhere. If the door is closed, there is a possibility of other doors opening and I’ll either split or create my own opportunities,” Kamilia said yesterday in Malay daily Sinar Harian. Kamilia also resigned from her posts of Umno’s Supreme Council, Wanita Umno deputy chief, Kuala Kangsar Wanita Umno chief, and Umno member on Saturday.

    ReplyDelete
  5. mereka mmg patut dipecat kerana tindakan mereka bertanding calon bebas adalah penghianatan kepada parti

    ReplyDelete
  6. BN tidak perlukan ahli seperti mereka yang menjadi duri dalam daging parti

    ReplyDelete
  7. She will face Wan Mohammad and PAS’s Khalil Idham Lim in a three-cornered fight for Kuala Kangsar.
    In Tasek Gelugor, Shariff is going up against BN’s Shabudin Yahaya and Datuk Seri Abdul Rahman Maidin of PAS.

    ReplyDelete
  8. Anonymous said...
    April 23, 2013 at 1:20 PM

    BN tidak perlukan ahli seperti mereka yang menjadi duri dalam daging parti. BN hanya perlukan Ibrahim Katak yang suruh bakar bible dan Zul Nordin yang menghina agama hindu!

    ReplyDelete
  9. Pecat lah lagi. Pecat lah. lagi dan lagi dan lagi...

    SYOKNYA ADA KERAJAAN BARU. Mesti lebih bersih, mesti lebih cekap.

    SUDAH TENTU KERAJAAN PAKATAN.

    ReplyDelete
  10. BELUM BERTANDING PR DAH MENANG 61 KERUSI.
    INI BERMAKNA PR AKAN KEPUTRAJAYA.
    DAPAT BELI KERETA MURAH DAN MINYAK TURUN AMINNNNN

    ReplyDelete
  11. Biar apa pun persepsi terhadap senarai calon Barisan Nasional (BN) yang diumumkan semalam, ia sebenarnya cerminan apa dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
  12. Sebagai Pengerusi BN, Najib menjanjikan pasukan transformasi yang dapat memenuhi harapan dan aspirasi rakyat. Pengundi kini mahu melihat BN mampu melakukan perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  13. Justeru, senarai calon yang membariskan 33 peratus muka baru di kerusi Parlimen dan 49 peratus muka baru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah bagi memenuhi harapan itu.

    ReplyDelete
  14. Memenuhi aspirasi pengundi muda bukan saja satu tuntutan tetapi strategi bijak untuk memenangi sebanyak mungkin daripada 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN yang dipertandingkan.

    ReplyDelete
  15. Namun, pasukan transformasi BN itu bukan hanya bertumpu kepada penyenaraian muka baru tetapi juga muka lama yang berpengalaman dan masih berpengaruh dalam kalangan akar umbi dan pengundi. Beberapa tokoh yang tidak bertanding pada PRU-12 dicalonkan semula kali ini kerana mereka menepati kriteria calon boleh menang.

    ReplyDelete
  16. Keghairahan semua pihak yang terbabit dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin hebat. Semua parti politik terutama calon bekerja keras untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik bagi mewakili suara rakyat, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

    ReplyDelete
  17. Mereka juga perlu menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International sebagai komitmen terhadap agenda negara menjelang PRU-13. Justeru, tidak seharusnya berbangkit bantahan dalam kalangan parti komponen BN terhadap senarai calon yang diputuskan pucuk kepemimpinan kerana ia hanya mendedahkan sikap sebenar mereka yang tidak setia dengan parti.

    ReplyDelete
  18. BN akan membariskan calon boleh menang sekali lagi mendapatkan mandat besar daripada rakyat. Pernyataan dan pendekatan Perdana Menteri itu sudah disokong bukan saja kalangan perwakilan UMNO tetapi juga ahli dan kepemimpinan 12 parti komponen lain. Malah, setiap calon yang akan disenaraikan harus melalui beberapa tapisan, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    ReplyDelete
  19. Imej mereka sudah tidak baik.

    ReplyDelete
  20. Serahkan kepada pihak atasan untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  21. Dah lar tidak sehaluan, pecat atau tidak pun tiada bezanya.

    ReplyDelete
  22. Keputusannya muktamad. Yang penting, mereka bertanding atas untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  23. Semakin besar jumlah calon bebas. Tektik baru. Lepas menang, masuk balik UMNO.

    ReplyDelete
  24. pecah undi doirang sesama sendiri jugak

    ReplyDelete
  25. Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) lebih rela memecat mereka yang mengkhianati parti dengan bertanding sebagai calon Bebas daripada terpaksa mengorbankan parti.

    ReplyDelete
  26. “Keputusan memecat mereka bukan salah kita dan yang penting kita kena jaga parti. Jika ada satu atau dua yang terpaksa kita korbankan, ia lebih baik daripada kita korbankan parti yang dikasihi.

    ReplyDelete
  27. "Ini ketetapan parti yang mana sesiapa yang bertanding Bebas tidak boleh kekal sebagai ahli kerana disiplin parti lebih penting daripada cita-cita peribadi” Najib Razak, Presiden UMNO

    ReplyDelete
  28. Beliau menegaskan tindakan itu diambil kerana mereka tidak mematuhi disiplin parti dengan mengutamakan kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  29. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, keahlian Kamilia gugur serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas untuk Parlimen Kuala Kangsar.

    ReplyDelete
  30. Beliau yang dukacita dengan tindakan Kamalia itu, berkata ia tidak sepatutnya dilakukan seorang ahli kanan dalam parti.

    ReplyDelete
  31. Beliau berkata, keputusan itu amat mengecewakan, apatah lagi Kamilia memegang jawatan kedua tertinggi dalam Wanita UMNO, yang seharusnya menjadi contoh kepada ahli lain.

    ReplyDelete
  32. Ini sikap mengkhianat juga. Imej pasti menjejas.

    ReplyDelete
  33. Calon bebas cuma memecahkan undi sahaja.

    ReplyDelete
  34. Masing-masing ada agenda sendiri untuk dicapai.

    ReplyDelete
  35. Si8kap ini amat duka cita.

    ReplyDelete
  36. Mungkin ada strategy dibelakangnya. Menang sebagai calon bebas, lepas itu join balik BN, apa bezanya?

    ReplyDelete
  37. Apa na kecoh sangat ni.....ni negara demokrasi lah, kita sendiri tak tau lebih mndalam jgn nak sembrono buat tanggapan, hak mereka na masuk PR ke BN ke BeBas ke hk dorang lah....apa bezanya klu kena pecat kuar dr UMNO, xde apa makna pon......selama ni UMNO bg mkan kat dorang ke??? Sy ni pon pro BN tp jgn kondem org lah....jd org yg ada tamadun ckit.....sekian

    ReplyDelete
  38. Saya tak rasa saudara Herman nak mnjadi pengkhianat ditempat asal usulnya sendiri, parti BN itu baik tp penerajunya saja yg hipokrit n buta! Saya pasri saudara herman adalh org kuat BN dr dulu (orang lama) dia ada alasannya tersendiri kepada pimpinan kawasannya....Go Herman!! Mudahan anda menang di tempat anda nti....
    DacingRakyat.

    ReplyDelete
  39. Bukan ke adik kepada Noh pnh ditangkap di bumi Sabah ini? Akibat kes dadah dulu semasa di KDN? Tp blh lepas kes berat tu.....power ler si Noh ni!
    Maju BN.......

    ReplyDelete
  40. Noh Omar nak menang lagi ke? Lainnn Kaliii Lahhhh!!! Sekian Terima Kasih. Orang yg mcm ni xyah ada di dalam Umno mahupun Parti BN.

    ReplyDelete
  41. UMNO will expand the powers of its disciplinary committee to prevent any cases of sabotage among party members ahead of the next general election.

    ReplyDelete

  42. Its deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said this was to ensure that there was no action by party members which could jeopardise Umno's winning chances in the polls.


    ReplyDelete
  43. "I will meet the disciplinary committee chairman (Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail) and its members to determine whether there is a need to reconstitute (the committee).

    ReplyDelete
  44. "We also must look into the need to have more members in the committee, because it would be difficult to have only one team doing the monitoring work," Muhyiddin said after visiting residents at Kampung Kebun Baru, Jementah near here.

    ReplyDelete
  45. Muhyiddin, who is also the deputy prime minister, said that more Umno veterans may be roped in to the disciplinary committee to weed out any cases of sabotage. He said the committee would clearly define the forms of sabotage.

    ReplyDelete
  46. "The scope of power would be different from what was previously done as it involves a different method of taking action against offenders."

    ReplyDelete
  47. After chairing the Umno supreme council meeting, party president Datuk Seri Najib Razak said Umno would activate its disciplinary committee to monitor the activities of its members from now onwards to ensure that they toe the party line until the next general election.

    ReplyDelete
  48. Muhyiddin said that cases of indiscipline among party members were normally known after the general election, but this time, it was more important for Umno to stop the problem from occurring at the onset.

    ReplyDelete

  49. "We will also conduct a briefing on this. This is not the same with disciplinary cases which have occurred in the past.

    ReplyDelete
  50. "Usually a disciplinary case is reported by a division, for example, and it involves a person who becomes an opposition candidate or a seconder for them.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.