Thursday, April 18, 2013

Senarai calon PAS Pahang

Majlis pengisytiharan calon PAS Pahang di Dataran Kerdau Pahang berjalan dengan lancar. Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperkenal setiap calon PAS yang bertanding di DUN Pahang.

Majlis pengisytiharan majis yang dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Pahang Ustaz Suhaimi Saad berahkhir dengan ikrar baiah yang diketuai Tuan Ibrahim.

Manifesto Pakatan Rakyat peringkat Pahang turut dilancarkan malam semalam, di mana PR Pahang mengikut jejak Selangor untuk menawarkan bekalan air percuma untuk 20m3 yang pertama kepada warga Pahang.



Berikut adalah senarai calon PAS Pahang.

N.2 Jelai Abdul Karim Nor

P.79 Lipis: Mahyudin Ghazali
N.3 Padang Tengku: Roslan Zainal
N.8 Dong: Tengku Shah Amir Tengku Perang

P.81 Jerantut: Dr Hamzah Jaafar
N.9 Tahan: Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin
N.11 Pulau Tawar: Yohanis Ahmad

N.12 Beserah: Andansura Rabu
N.15 Tanjung Lumpur: Rosli Abdul Jabar
N.16 Inderapura: Syed Anis Syed Husain

N.17 Sg. Lembing: Sulaiman Mohd Derus
N.19 Panching: Yusof Embong

N.20 Pulau Manis: Othman Bakar
N.21 Peramu Jaya: Abu Kassim Manaf

P.86 Maran: Mujiburrahman Ishak
N.24 Luit: Mohd Shahrul Nizam Abd Halif
N.26 Chenur: Hasenan Haron

P.87 Kuala Krau: Shahril Azman Abd Halim
N.28 Kerdau: Kamal Shaari
N.29 Jengka: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

P.88 Temerloh: Nasruddin Hassan
N.32 Kuala Semantan: Syed Hamid Syed Mohamad

N.36 Pelangai: Abd Hamid Bahatim
N.37 Guai: Musaniff Abd Rahman

P.91 Rompin: Nuridah Salleh
N.40 Bukit Ibam: Syukri Ahmad

N.42 Tioman: Mohd Fadzli Mohd Ramly.

15 comments:
Write comments
  1. Pembangkang berdepan masalah lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berbanding 2008 terutama sekali calon untuk di Negeri Sabah. Jelas kelihatan apabila mereka gagal bermuafakat dari segi pengagihan kerusi.

    ReplyDelete
  2. Kecelaruan pembangkang yang belum dapat mengumumkan semua calon atas alasan masih berlaku pertindihan tuntutan, adalah manifestasi tiadanya permuafakatan di kalangan mereka. Ini kerana masing-masing berebut-rebut kononnya boleh membentuk kerajaan dan mahukan kerusi lebih banyak.

    ReplyDelete
  3. Kegagalan pakatan pembangkang menyelesaikan isu agihan kerusi untuk ditandingi mereka pada pilihan raya kali ini membayangkan mereka juga tidak akan mampu menangani isu yang lebih penting membabitkan rakyat, agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  4. Perebutan kerusi itu juga menunjukkan kerjasama pakatan pembangkang amat rapuh serta tidak ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. Perlukah kita memilih parti yang tidak ada kesepakatan ini untuk menjadi kerajaan kita.Tapi kita lihat sendiri dengan parti BN yang mana masalah pembahagian kerusi tidaklah seteruk pembangkang. Ini kerana BN mampu mengatasi masalah ini dengan kesefahaman yang telah lama terjalin.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ikhlas menjaga kepentingan seluruh rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dapat membuktikan yang mana akan memusnahkan impian pembangkang selama menjadi sia-sia.

    ReplyDelete
  6. Manifesto pilihan raya BN yang lengkap, meliputi keperluan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Manifesto dianggap Perdana Menteri sebagai akujanji BN untuk terus membangunkan negara dan memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara berbanding manifesto PR yang bukannya janji. Pilihlah pemimpin yang ada keikhlasan mahu membantu kita. Kepimpinan Najib mampu membawa negara ke arah kejayaan. Jadi teruskan mengundi BARISAN NASIONAL pada PRU13.

    ReplyDelete
  7. Begitu juga dengan Sabah. Kita perlu terus percaya dan menyokong komponen dan BN Sabah yang diketuai oleh Datuk Musa Aman untuk meneruskan usaha dan memegang pentadbiran di negeri tersebut. Pelbagai kejayaan yang telah terbukti dalam pentadbiran beliau sebagai ketua menteri Sabah.

    ReplyDelete
  8. headhunter mantera dan Hidup Di Sabah kalau otak copy paste jer buat apa?? kesian x pernah sekolah,sanggup sebar fitnah,menipu,politik lucah sentimen agama,sentimen perkauman. fakta x ada, rajin copy paste sja...dah ambil beras nasional dari KIRAM
    (Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete
  9. headhunter mantera dan Hidup Di Sabah kalau otak copy paste jer buat apa?? kesian x pernah sekolah,sanggup sebar fitnah,menipu,politik lucah sentimen agama,sentimen perkauman. fakta x ada, rajin copy paste sja...dah ambil beras nasional dari KIRAM
    (Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete
  10. PAS pahang akan dpt tentangan hebat dari BN Pahang

    ReplyDelete
  11. The Economist meramalkan BN akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  12. Ia berdasarkan faktor saiz pengundi yang besar di kawasan luar bandar.

    “Kebarangkalian masih memihak kepada BN,” demikian lapor The Economist

    ReplyDelete
  13. “Saiz kawasan pengundian adalah cenderung kepada pengundi di sebelah luar bandar yang dilihat konservatif, berbanding penduduk di kawasan bandar kosmopolitan yang mendapat lebih banyak maklumat.”

    ReplyDelete
  14. Majalah itu turut mengakui, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk menentukan tarikh pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  15. “Pilihan raya serentak di kesemua negeri bakal memberi kelebihan kepada BN yang memiliki sumber dan gerak kerja yang luas.”

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.