Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.
Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.
1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...
Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.
Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.
2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):
i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.
3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.
4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.
6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini...
-DD
Monday, April 29, 2013
Pengalaman Penjawat Awam menghadiri ceramah di Putrajaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila ceramah PAS beribu yang datang. Tapi bila Majlis Tilawah Alquran atau majlis forum Perdana Islam tak sampai seribu yg datang. Aneh bin ajaib.
ReplyDeleteBUKAN TAK DATANG TAPI TENGOK SAPA YANG BAGI CERAMAH.TENGOK KALAU USTAZ IDRUS MCM PENUH DEWAN
ReplyDeleteAda orang berkata-kata tanpa berfikir atau menganalisis.
ReplyDeleteMajlis tilawah atau forum perdana disiar cara live atau rakaman dan boleh ditonton dari rumah. Daripada bersesak, biar aku rilek depan tv. Majlis dan forum itu tetap diikuti.
Tapi ceramah PAS tidak pernah mahu disiar melalui tv secara live atau rakaman. Oleh itu, berbondong-bondonglah orang ramai pergi mendengar dan menilai sendiri dan untuk dibandingkan dengan sogokan-sogokan BN melalui kaca tv dan paparan akhbar. Orang ramai tahu menilai. Orang ramai mahu yang terbaeeeek...
So, INI KALI LAH, ERA BARU, KERAJAAN BARU
Ada ko faham.....?????
Hahahaa :D memang begitulah kehidupan ini.haha Bah lain kali lah PR. Lain kali saja bagi Anwar gila kuasa.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang tidak berupaya membentuk kerajaan yang stabil dan berjaya kerana pakatan itu tidak dibentuk atas persefahaman yang serupa.
ReplyDeletePerdana Menteri berkata perdebatan dan perbezaan ideologi antara PAS dan DAP serta kecelaruan dalam PKR bakal mencetus perbalahan hebat sekaligus mengundang ketidakstabilan kepada negara.
ReplyDeleteDengan DAP dan PAS terus bertelagah dalam isu hudud serta pertembungan sesama sendiri calon PAS dan PKR dalam pilihan raya ini, kita yakin pakatan yang tidak sepakat itu akan terus berbalah jika diberi peluang membentuk kerajaan.
ReplyDeleteBagi kami, kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak perfect (sempurna)sepenuhnya tetapi kami telah melakukan yang lebih baik daripada mereka sebenarnya.
ReplyDeleteNajib, yang juga Pengerusi BN berkata rakyat tidak harus membenarkan perkara itu berlaku kerana keadaan itu akan merencatkan pembangunan negara yang kini berada di landasan terbaik di bawah kerajaan BN.
ReplyDeleteSambil mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu dengan manifesto pakatan pembangkang kerana katanya sebagai Menteri Kewangan beliau mempunyai cukup maklumat bahawa apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah janji palsu yang tidak mampu ditunaikan semudah seperti yang dilaungkan.
ReplyDeletePercayalah pada saya, sebagai menteri kewangan saya tahu apa yang dijanjikan pembangkang itu hanya janji palsu...bukan senang nak turunkan harga minyak, turunkan tol atau hapuskan PTPTN, ia tidak semudah itu, banyak aspek yang perlu diambil kira.
ReplyDeleteAnda tidak boleh menurunkan (harga) semua benda dalam satu masa dan yang penting rakyat kena tahu pakatan pembangkang hanya tahu berjanji tetapi kerajaan BN sebenarnya sudah melaksanakan sebahagian daripada apa yang dijanjikan mereka.
ReplyDeletePerdana menteri berkata rakyat bolehmelakukan perubahan sama ada secara radikal seperti 'Arab Spring' atau membenarkan kerajaan sedia ada melakukan perubahan.
ReplyDeleteNajib berkata kegagalan akibat Arab Spring perlu dijadikan panduan kerana perubahan yang dibuat melalui desakan bakal mengundang keadaan lebih buruk, sesuatu yang tentunya tidak diinginkan rakyat.
ReplyDeleteBeliau berkata dalam konteks Malaysia, pelabur telah yakin dengan dasar transformasi yang dibawa kerajaan BN dan untuk pelaburan lebih besar mereka menuntut kepada kesinambungan pemerintahan yang ada ketika ini.
ReplyDeleteNajib turut menarik perhatian bahawa pakatan pembangkang kini mula bermimpi untuk menakluk Putrajaya sedangkan sokongan rakyat menunjukkan sebaliknya.
ReplyDeleteBeliau berkata untuk itu, rakyat Sibu dan Lanang serta seluruh Sarawak perlu bangkit menunjukkan kepada pembangkang bahawa rakyat tidak mudah terpengaruh dan ikut sama bermimpi seperti yang mereka imipikan. "
ReplyDeleteDulu kita tewas tipis di Sibu tetapi kini perubahan telah berlaku di mana rakyat kini telah kembali untuk memberi sokongan kepada calon BN.
ReplyDelete"Sebagai Pengerusi BN saya akan melakukan yang terbaik untuk masyarakat Sibu dan Lanang dan saya boleh bekerja rapat dengan dua calon saya ini untuk membangunkan kedua-dua kawasan serta Sarawak keseluruhannya," katanya.
ReplyDeleteUntuk itu, Najib menyeru rakyat Sarawak supaya memilih untuk mengundi calon BN pada 5 Mei ini, dan berjanji jika dipilih semula sebagai perdana menteri beliau akan bekerja keras membawa pembangunan kepada negeri dan negara.
ReplyDeleteBeliau berkata segala perancangan pembangunan tidak mampu dilaksanakannya secara sendirian, sebaliknya memerlukan sokongan khususnya daripada calon yang dipertaruhkan pada pilihan raya umum kali ini.
ReplyDelete"Kekuatan yang saya miliki adalah terhasil daripada kepercayaan yang diberikan rakyat tetapi saya tidak boleh lakukan sendirian, saya perlukan pasukan untuk membantu saya.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 bukan sebarang pilihan raya kerana ia akan menentukan destini Sabah dan Malaysia pada keseluruhannya.
ReplyDeleteOleh itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengajak rakyat negeri ini untuk memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya 5 Mei ini, sekali gus memastikan wujudnya kerajaan yang kuat dan stabil.
ReplyDelete"Sama ada kita hendak Sabah ini aman makmur dan merdeka atau kita hendak pembangkang yang bawa begitu banyak keadaan tidak menentu yang amat kita sangsi pendirian mereka, kita perlu membuat pilihan yang bijak.
ReplyDelete"Marilah kita bersama sama menentukan bahawa keputusan yang kita buat pada 5 Mei nanti menentukan kerajaan yang kuat dan stabil. Datuk Seri Anifah Aman sebagai Menteri Luar tahu bahawa Malaysia dihormati kerana kita ada kerajaan yang kuat dan stabil," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Padang Bongawan, dekat sini hari ini.
ReplyDeleteNajib berkata, ketua-ketua kerajaan luar negara termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghormati Malaysia kerana negara ini dilihat sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan kuat.
ReplyDeleteBeliau berkata, pelabur luar negara juga datang ke negara ini "kerana yakin kita ada sebuah kerajaan yang stabil dan kuat".
ReplyDelete"Saham kita naik dengan begitu ketara...rekod peningkatan kerana keyakinan terhadap kerajaan yang ada. Bila kita dapat menambah pelaburan dan menambahkan kekayaan negara, saham kita naik, cukai kita bertambah kita bagi balik kepada rakyat Malaysia.
"Kita beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Bukan sekadar BR1M 1, BR1M 2, tapi tahun depan BR1M 3 dan 4, terus bertambah naik daripada RM500 untuk kesejahteraan rakyat. Inilah kerajaan yang berpandukan rakyat dan pembangkang pula nak hapuskan BR1M.
ReplyDelete"BR1M lebih baik daripada kurangkan harga minyak. Harga minyak kurang, hanya orang berkereta besar sahaja untung. Orang yang jual minyak di sempadan yang untung tapi kalau beri BR1M, semua rakyat akan untung...inilah kerajaan BN, kita buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.
ReplyDeleteNajib berkata, kerajaan persekutuan mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Sabah dan juga memuji kepimpinan Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDelete"Saya tertarik dengan dia (Musa) punya kad laporan. Rakyat harus membacanya kerana ini ialah kejayaan kerajaan negeri dan kita sokong sepenuhnya. Banyak peruntukan kita sudah luluskan dalam bajet dan luar bajet pun kita bagi juga dan tambah lagi.
"Bagi kawasan Kimanis, kita akan buat kemudahan sukan untuk golongan muda. Saya cadangkan kita mula dengan gelanggang bola yang buat rumput tiruannya. Anifa kata kawasan sini tiada bank, maka kita akan wujudkan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini. Banyak lagi kita boleh buat tetapi tunggu selepas 5 Mei,' katanya.
ReplyDeleteOleh itu, Najib mahu rakyat Sabah khususnya anggota BN di negeri ini bersatu dan bekerja kuat demi mencapai kemenangan.
ReplyDelete"Pakatan tidak boleh berpakat. PAS lawan sama PKR (termasuk di Labuan), calon pembangkang pun tidak boleh pakai dalam satu kapal ada tiga nakhoda. Mana boleh, falsafah yang berbeza, tiada rekod prestasi, dulu cakap lain, hari ini cakap lain, janji bohong saja, ini tidak boleh pakai.
Cuma kita boleh sokong pasukan BN. Pastikan 5 Mei nanti bumi Sabah kembali kepada Barisan Nasional.
ReplyDeleteAlangkah baiknya jika agama tidak dicampuradukkan dengan politik.
ReplyDeleteDatang bukan untuk mendengar politik tapi untuk mendengar ceramah agama.
ReplyDeleteBila buat ceramah, kita memang harapkan tiada kekecohan dan pergaduhan berlaku.biar semuanya berjalan aman, sama ada dari pihak PR mahupun BN.
ReplyDeleteSokongan setiap kawasan/negeri berbeza.banyak faktor yang akan tentukan sokongan rakyat.
ReplyDeleteMudah-mudahan semua pihak dapat beri kerjasama supaya menjelang PRU ni keadaan tetap akan kekal aman.
ReplyDeleteharuskah 'hidup di sabah' ni komen berjela2, buat jela komen dlm satu sentence terus, kaki spamming btulla ko ni~~ hish!!
ReplyDeletekenapa ceramah2 agama n tahlil ni x ramai yg p?? sbb ada byk cara lain seperti media dn juga suratkhabar utk mendapat maklumat yg perlu, tp itu semua terletak di hak masing2, klo nak p, klo xnak p pun suka ati~ pahala dosa kan ditanggung oleh diri sendiri~
ceramah Pr plak.. pernah ker ko nmpk ceramah durng ni disiarkan kat tv?? tv3, rtm ataupun utusan meloya?? pernah ker?? haha~ x pernah kan?? jgn ckp ikut sdp mulut jer lain kali~~ mmgla akan ramai org p ceramah psl politik ni, lgpun ceramah cmni bukan selalu diadakan, tyme2 nak dekat pilihanraya barula ceramah cmni rancak dijalankan, sdgkn ceramah agama, tiap2 hari nak wat pun boleh~
jgn tunjukkan kecetekkan pikiran tu, pls siasat n fahami fakta btul2 sblm anda copy paste ataupun sebarkan informasi yg salah~~
sya pernah ikut ceramah pembangkang.. byk mengarut saja..
ReplyDeleteCabar diri anda untuk mengikuti ceramah BN dan PKR sepanjang tempoh berkempen yang tinggal 4hari lagi. Lihat dan analisa apakah benar kenyataan pihak-pihak diluar sana.
ReplyDeletePas nampaknya seperti tidak serik dipermainkan rakan pakatannya. Terbaru Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi dan memperjudikan masa depan mereka bersama Pas.
ReplyDeleteMengulas perkara tersebut bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata kenyataan terbaru pemimpin DAP itu membuktikan Pas sebenarnya telah diberikan candu “Putrajaya” sehingga sanggup bertahan dihina dan dipermainkan rakan pakatannya tanpa mampu bertindak balas.
ReplyDelete“Pas sudah hilang kewarasan ekoran candu ‘Putrajaya’ sehingga terpaksa mengalah dalam apa jua keadaan. Jika benar DAP ikhlas menjaga hati Pas sudah pasti DAP akan segera mengambil tindakan terhadap pemimpinnya itu.
ReplyDelete“Nampaknya demi Putrajaya Pas menjadi tuli dan rela dipermainkan walaupun kenyataan Timbalan Pengerusi DAP itu jelas menghina pengorbanan Pas yang sanggup melakukan apa saja selama ini untuk DAP”
ReplyDelete"Dan jangan lupa rakyat juga boleh melihat bagaimana segala kosmetik pakatan pembangkang ini yang persefahaman mereka hanya satu opera sandiwara yang tidak mampu bertahan lama”,
ReplyDeletePenganalisa politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan percanggahan pendirian dan perbuatan kepimpinan Pas dalam melakukan perkara yang pernah mereka fatwakan sebagai haram, sehingga sanggup mengkafirkan kepimpinan dan ahli UMNO satu ketika dulu merupakan satu kifarah terhadap parti tersebut .
ReplyDelete“Saya yakin, rakyat sudah sedia maklum, melalui amanat Haji Hadi kepimpinan Pas mendakwa bahawa UMNO kafir kerana mengekal sistem undang-undang penjajah. Namun, baru-baru ini, Pas bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang melalui Buku Jingga bersetuju pula untuk mengekalkan undang-undang sedia ada yang mereka katakan undang-undang penjajah sehingga sanggup melabelkan UMNO sebagai kafir.
ReplyDeleteTambahnya lagi, apabila dikritik, Pas memberikan alasan bahawa kerjasama mereka dengan parti politik bukan Islam seperti DAP itu adalah sebahagian daripada tahaluf siyasi.
ReplyDelete“Jika begitu bermakna UMNO telah melakukan tahaluf siyasi lebih awal dari Pas lagi. Bahkan tahaluf siyasi yang dilakukan oleh UMNO hari ini lebih baik berbanding Pas di dalam Pakatan Pembangkang dan berjaya mengekal syiar Islam serta membangunkan ekonomi dan pembangunan negara.
ReplyDelete“Kepimpinan Pas juga pernah mengkafirkan UMNO kerana mendakwa UMNO mengekalkan undang-undang penjajah dan mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi hari ini apa yang dilakukan oleh Pas amat bercanggah dengan pendirian dan pegangan mereka sebelum ini,” ujarnya.
ReplyDeleteJika dilihat daripada sudut pendekatan Pas hari ini, beliau menegaskan bahawa tidak syak lagi bahawa parti tersebut mengamalkan kaedah pendekatan teori Machiavelli di mana prinsipnya teori tersebut adalah matlamat menghalalkan cara.
ReplyDelete“Memang jelas bahawa Pas hanyalah memperalatkan agama dan menipu rakyat demi untuk meraih sokongan untuk menawa Putrajaya. Apa yang Pas fatwakan sebagai haram sebelum ini, hari ini mereka sendiri yang lakukan perbuatan ‘haram’ tersebut. Bila UMNO buat mereka kata kafir, tetapi bila mereka sendiri lakukan tidak mengapa pula.
ReplyDelete“Justeru itu, saya menyeru agar rakyat di negara ini, khususnya umat Islam agar melihat apa yang dilakukan oleh Pas ini dengan mata dan hati yang terbuka. Jika dilihat dengan pemikiran yang terbuka, kita akan nampak bahawa Pas hanyalah mempergunakan agama untuk semata-mata untuk kepentingan politik mereka,” akhiri beliau.
Suatu ketika dulu dalam tahun 1980an Dewan Ulama PAS membuat Fatwa konon orang islam yang menyokong orang bukan islam hukumnya HARAM dn KAFIR. Sekarang PAS dan penyokong nya pun sokong orang bukan islam. Fatwa itu masih belum dibatalkan PAS. Ertinya pemimpin dan penyokong PAS terkafir sendirinya.
ReplyDeleteSemua berebut nak ke Putrajaya.Persekitan Putrajaya memang cantik. Ramai kakitangan awam tinggal disekitarnya. Tapi calon PKR bagi kerusi Johor dalam kempennya mengibaratkan kakitangan awam macam kera.Kalau PR menang, wajar nama Putrajaya itu ditukar menjadi Putrakera hahaha.
ReplyDeletePAS bukan sokong kafir dlm isu PR. Itu perjanjian bersama utk mnghapuskn kezaliman BN ke atas rakyat jelata spt penghapusan biasiswa, kanaikan harga baeang setiap hari, tol sana,mmbangkrpakn sykt kerjaan spt MAS dn mnagutkan harta rakyat utk kroni spt sykt bekalan air yg sepatut kerajaan uruskn tapi dberi pd SYABAS dll. Itu bberapa topik pnyelewengan dan DAP,PKR serta PAS mmpunyai matlamat yg satu tanpa mnggadai islam. Siasah syar ;iah kekal dlm PAS dan difahami pulak oleh DAP malah DAP jauh lebih baik dr MCA dlm BN. UMNO di PP dulu beri RM12 juta utk Sek Agama tetapi naik shj DAP..mereka beri RM40 juta utk Sek Agama dan elaun utk tahfiz. Sapa baik DAP atau MCA ?
ReplyDeleteEntah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya supaya jangan diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya dipecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.
ReplyDeleteKenapa Dr Mahathir tidak dipecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa disiplinnya? Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara ini? Apakah niat sebenar Dr Mahathir ini?
ReplyDeletebulan ttp bersinar n mengambang d siang maupun d mlm hari....
ReplyDeleteDacing dah takleh pakai pasal tak calibrated. Skang dah guna weighing scale 4 and half digit daaaa
ReplyDeleteApa niiiii Kata nak kawan ngan PAS, mmg sahlah UMNO/BN munafik
ReplyDeleteKhadam Mahathir itu memberi tahu wakil peribadi Najib, Mahathir bimbang dengan keupayaan Teuku Adnan Teuku Mansor untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan. Dari tinjauan dan kajian di pejabat Yayasan Perdana, - pejabat operasi Mahathir, pegawai kerajaan mungkin mendapat pilihan baru kalau Husam diletakkan bertanding di Putrajaya.
ReplyDeleteDiukur dari segi kredibiliti, idea dan syaksiah diri Husam jauh lebih baik berbanding dengan Teuku Adnan yang pernah dilumuri dengan skandal perjudian di Genting. Secara tidak langsung Mahathir mengakui akan kehebatan Husam sebagai pemimpin masa depan.Kononnya untuk memastikan kerusi Putrajaya selamat dan menjadi satu-satunya kerusi selamat dalam Wilayah Persekutuan apabila kerusi parlimen Setiawangsa juga cemas, Teuku Adnan perlu ditukar dan calon terbaik ialah Mahathir. Sumber itu menyebut Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Putrajaya.
ReplyDeleteDari desas desus ini jelas menunjukkan Mahathir masih terliur dan berminat untuk menjadi wakil rakyat atau pun sekadar berada di dalam parlimen. Sementara itu dalam perkembangan lain Mahathir dikatakan telah memberi kata dua kepada Najib atas kapastitinya 'pengtarah pilihan raya BN' agar tidak memberi watikah kepada Abdullah BAdawi sebagai calon di Kepala Batas.
ReplyDeleteini kali lahh..
ReplyDeletePenulis 'Hidup Di Sabah ' adalah sekarang PTI yang dapat IC hasil dari projek IC Di Sabah.
ReplyDeleteIsu PATI masih belum selesai lagi.
ReplyDeletePembangkang tidak sanggup memberi kerjasama, jika tidak, sudah pasti BN akan disingkirkan.
ReplyDeleteRakyat akan menilai dari banyak segi dan faktor.
ReplyDeleteApakah tujuan sebenarnya ceramah tersebut?
ReplyDeleteIni cuma pandangan sebilangan dan tidak mewakili majoriti.
ReplyDeleteHarus juga menilai kemampuan parti yang benar boleh memperjuangkan hak milik penduduk.
ReplyDeleteMasalah PATI harus ditanggani dengan bijak agar menjamin PRU yang lebih bersih dan adil.
ReplyDeleteSemakin hebat pembangkang terutama di PRU13 ini.
ReplyDeleteAdakah BN masih mencapai kemenangan yang dijangka UMNO?
ReplyDeleteTiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai.
ReplyDeleteCeramah harus dibuat agar rakyat jelas dan faham dengan perjuangan dan misi parti tersebut. Unsur fitnah parti dan pihak lain tidak bermanfaatkan sebenarnya.
ReplyDeleteThe scheme, launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Jan 12, aims to help increase income and encourage savings and investments among low-income earners, it said.
SARA 1Malaysia investors cannot use cash to participate in the scheme, it said in a statement.
ReplyDeleteThe scheme is open to Malaysians, aged between 18 and 58, earning RM500 to RM3,000 in monthly gross household income, and are not a declared bankrupt at the time of application and throughout the entire duration of the scheme.
applicants should not be beneficiaries of any special government-funded schemes managed by Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) such as Hardcore Poor Development Programme, ‘ASB Sejahtera and ‘ASW2020-Bandar’.
ReplyDelete