Thursday, April 18, 2013

PAS sudah menang satu kerusi DUN?

Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang dikehendaki rakyat setempat dan ‘winnable’? Siapa yang menentukan mereka itu ‘winnable’ atau tidak ‘winnable’? Kalau benar mereka dipilih daripada mereka yang ‘winnable’, kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas?

Seandainya perisikan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau?

Dulu, penyokong UMNO membaling telur dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat di dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon ‘winnable’ sendiri. Apa sudah jadi? Sekarang di banyak kawasan sering berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang dipilih oleh parti.

Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah di kalangan mereka yang diterima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang dipilih pimpinan itu ditolak tetapi tidak pula sampai calon itu ditolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa dikawal oleh Polis?

Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilik gerakan BN terpaksa ditutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilik gerakan yang ada terpaksa ditutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti 'pesawat yang terhempas sebelum berlepas'?

Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO dipenuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak ‘magnanimous’ sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat. Insiden di Johol ini merupakan manifestasi rakyat NS terhadap Menteri Besarnya. Orang ramai selalu kata, "Mat Hasan ni sombong tak tontu di aghah. Hidung eh kek dahi."

Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.

Oleh itu ramai menelefon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan diwakili oleh Ustaz Norazman Mohamad yang diterima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai.

Maka calon PAS lah yang lebih ‘winnable’ di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Ustaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.

Kalau saya berada di tempat Ustaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, “Tok Mat, den tak nak lah jadi calon Johol ni, sobab den ditolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?”

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak. Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.

Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.

Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.

Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. 'Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat. Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya'.

Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.

Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu. -Aspan Alias

36 comments:
Write comments
  1. headhunter mantera dan Hidup Di Sabah kalau otak copy paste jer buat apa?? kesian x pernah sekolah,sanggup sebar fitnah,menipu,politik lucah sentimen agama,sentimen perkauman. fakta x ada, rajin copy paste sja...dah ambil beras nasional dari KIRAM
    (Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete
  2. Itulah calon pilihan Rosmah!

    ReplyDelete
  3. Banyak cita pasal semenanjung je.. SABAH belum ada calon pembangkang apa cerita..

    ReplyDelete
  4. Selagi belum bertanding, kita tidak tahu siapa akan menang kerusi tersebut, janganlah terlalu gembira dulu.

    ReplyDelete
  5. Masih ada banyak peluang untuk BN merampas balik semua kerusi yang diduduki PAS.

    ReplyDelete
  6. Setiap parti yang bertanding mempunyai peluang 50-50 untuk menang. Tak boleh kata PAS sudah menang biarpun tidak bertanding.

    ReplyDelete
  7. Hahaa Yes..Akhirnya kejayaan ku terserlah..Terima kasih kepada Anon tanpa nama. Mungkin lupa mak bapa bagi nama.. Jadi panggil Anon ja la..hahahaaa :D Terima kasih naikan nama aku. Ini antara penyumbang kepada Google search nt.. TQ aa.. Teruskan usaha membantu aku..hehee :D

    ReplyDelete
  8. Kita tengoklah sama ada BN punya calon menang ataupun PAS punya calon akan menang pada PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  9. Sesiapa saja yang dicalonkan atau dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak nanti, kita akan berikan sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi untuk memastikan calon ini memperolehi kemenangan yang besar pada pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  10. Keyakinan itu bersandarkan kepada kebijaksanaan dan kematangan rakyat Sabah terutama pengundi yang tahu menilai kerajaan parti manakah yang benar-benar bertanggungjawab, amanah dalam membela nasib mereka.

    Clik Dpt Duit bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Kerajaan BN sentiasa berusaha untuk memastikan yang terbaik untuk membantu rakyat. Pembangkang sukar untuk menembusi kubu Barisan Nasional (BN) di Sabah walaupun mereka melancarkan pelbagai serangan termasuk melemparkan pelbagai tuduhan dan mencipta persepsi palsu bagi menarik sokongan di negeri itu.

    Clik Lg aa bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. PAS jangan terlalu yakin, jaga-jaga kalau BN datang merampas kerusi anda.

    ReplyDelete
  13. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman berkata, BN Sabah bekerja seolah-olah hari-hari adalah pilihanraya bukan seperti pembangkang yang hanya menjelma apabila tiba musim pilihanraya sahaja.


    Sokong aa.. bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Kita dapat lihat sendiri yang mana pembangkang hanya datang bila dekat dengan pilihanraya. Sebelum ini mana parti pembangkang? Mana mereka yang memperjuangkan kepentingan rakyat terutama sekali di Sabah? Sabah diabaikan sebelum ini? Tapi sekarang mereka muncul dekat dengan pilihanraya dan membangkitkan pelbagai isu demi kepentingan peribadi semata-mata.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Yang penting sekarang Kerajaan BN lebih fokuskan bahawa siapa saja yang dipilih sebagai calon untuk pilihanraya, semua ahli akan mesti sokong sepenuhnya. Jadi dengan adanya kerjasama ini, persefahaman ini, bertolak ansur antara satu sama lain insyaallah kita akan menempa kejayaan BN yang besar.

    Dapat aa lg aa ? Masa hadapan kita ini penting.. bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. headhunter,mantera & hidup di sabah, otak copy paste buat ayat x ada sekolah? upah sebar fitnah menghasut,sentimen agama,sentimen perkauman politik kepala lutut itu aje fakta yang kamurang ada. dah ambil upah dengan KIRAM..(Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete
  17. headhunter,mantera & hidup di sabah, otak copy paste buat ayat x ada sekolah? upah sebar fitnah menghasut,sentimen agama,sentimen perkauman politik kepala lutut itu aje fakta yang kamurang ada. dah ambil upah dengan KIRAM..(Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete
  18. guna nama hidup di sabah.. rupanya pendatang asing..x ada makna...he..he

    ReplyDelete
  19. Sebelum ini 600 ahli PKR Kuantan, termasuk penggerak jentera Fuziah Salleh meninggalkan PKR. Kali ini giliran 100 ahli PAS dan PKR kawasan Anwar Ibrahim di Permatang pauh meninggalkan parti dan ini menjadikan Anwar semakin tertekan untuk bertanding di sana.

    ReplyDelete
  20. Mereka beramai-ramai menyerahkan borang menyertai UMNO di hadapan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said. Mereka yang terdiri daripada golongan muda pembangkang di kawasan Parlimen Permatang Pauh dilihat memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana tidak lagi sebulu dengan pimpinan parti.

    ReplyDelete
  21. Kesemua 100 Pemuda Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari cawangan Titi Timbul dan Kubang Hulu di sini mengisytiharkan diri keluar dari parti itu dan menyokong Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  22. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd. Said berkata, kesemua bekas ahli pembangkang itu bertindak keluar parti selepas kecewa dengan wakil rakyat pembangkang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan Penanti yang didakwa mengabaikan soal kebajikan penduduk di kawasan itu.

    ReplyDelete
  23. Kelemahan kepimpinan dan mengabaikan tanggungjawab juga menjadi perkara pokok kenapa mereka tinggalkan pembangkang.

    ReplyDelete
  24. Malah, permohonan bantuan untuk bina surau pun tiada di negeri Pulau Pinang dipimpin Guan Eng itu apabila permohonan mereka ini diabaikan setelah berjanji untuk membina surau bagi penduduk flat di sana.

    ReplyDelete
  25. Sebelum ini 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.

    ReplyDelete
  26. Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut.

    ReplyDelete
  27. Jelas mereka rasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.

    ReplyDelete
  28. Perubahan prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah juga menjadi punca mereka meninggalkan PAS.

    ReplyDelete
  29. Keangkuhan Nik Aziz juga menurut bekas penyokong itu semakin jelas apabila mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia sedangkan beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  30. tunggu proses pengundian selesai baru tau siapa menang

    ReplyDelete
  31. memang tidak miss ramalan-ramalan dibuat bila sudah dekat pilihanraya.

    ReplyDelete
  32. Apa kurangnya pembangkang.tempatkan calon-calon yang tidak dipersetujui semua pihak, saling berebut2 kerusi lagi tu.

    ReplyDelete
  33. Menang satu kerusi saja.apa lah sangat.lainlah kalau menang separuh dari kerusi.

    ReplyDelete
  34. PAS tidak akan mampu untuk mempertahankan kerusi walau di tempat sendiri.jangan2 negeri tadbiran PAS pun akan jatuh ke tangan BN.

    ReplyDelete
  35. Kita tunggu sajalah PRU berakhir.keputusan kita akan tau nanti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.