Friday, April 19, 2013

DAP masuk PAS? Khabar yang merimaskan UMNO

Entah apa gerangan sebabnya DAP memutuskan akan menggunakkan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Serawak sekiranya ROC tidak menarik balik keputusannya menjelang pukul 3 petang ini.

DAP tidak percaya kepada SPR tetapi yakin pada PAS. Barangkali inilah akibatnya gambar yang dipaparkan di markas UMNO, gambar yang menunjukkan TGHH berpelukan dengan LKS.Sekaligus akan memeningkan kepala pemikir UMNO kerana dakwaannya PAS kuda tanggungan DAP kerana simboliknya penggunaan lambang PAS ini ialah DAP masuk PAS, bukan PAS kuda DAP.

DAP tidak akan menjadikan PAS kuda seperti Ibrahim Ali tetapi berusaha menang PRU dengan bekerjasamsa dengan PAS.Dan PAS tidak akan teragak agak memenuhi permintaan DAP yang sedang disusahkan oleh ROC, satu lagi Kuda Tunggangan UMNO.

UMNO bersungguh sungguh mahu menunjukkan DAP parti perkauman yang didominasikan oleh orang Cina yang bercita cita merampas kuasa politik dari orang melayu.Pada UMNO, DAPlah penghalang kepada usaha mereka untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengukuhkan kuasa orang melayu.UMNO semacam tidak melihat bahawa sekarang PAS bukan milik orang melayu sahaja malah sudah melebar kepada orang Cina dan India juga samaada yang berugama Islam atau bukan Islam.

PAS sekarang parti multi nasional yang tidak ada ruang bekerjasama dengan UMNO seperti ditegaskan oleh TGHH kerana UMNO ialah parti perkauman yang menindas kaum lain.PAS bukan sahaja parti Islam, dan inilah barangkali penyebab kenapa DAP mahu menggunakan lambang PAS di Semenanjung kerana penerimaan rakyat yang lebih besar daripada PKR dan mungkin di Sabah dan Serawak PKR lebih dikenali.

Perkara ini bukanlah soal penting tetapi kesediaan Karpal Singh menggunakan lambang PAS cukup memeningkan kepala UMNO yang selama ini mempromosikan kata kata Karpal "Over my dead body"

UMNO boleh menggunakan hujah PAS sudah hilang maruah kerana membenarkan DAP menggunakan lambangnya tetapi ianya agak longgar kerana PAS dan DAP sudahpun bersama dalam PR.Punca kenapa masing masing terpaksa menggunakan lambang parti masing masing kerana lambang PR tidak diluluskan kerana PR kekurangan parti gabungan.Oleh itu menggunakan mana mana lambang parti gabungan bukanlah masalah kerana kesemuanya bertanding dengan nama sebenarnya PR.

Cuma calon DAP bertanding dengan lambang PAS mungkin agak janggal kepada pihak lawan.Penggunaan lambang PAS bakal menyebabkan lebih banyak lambang PAS akan dilihat di kertas undi yang dicetak dan situasi ini mungkin memedihkan mata petugas pilihanraya pro UMNO dan cakap cakap yang lebih meluas "DAP sudah masuk PAS" tidak disukai oleh UMNO. -TKO

24 comments:
Write comments
  1. DAP will be able to field candidates as usual on nomination day, regardless of the Registrar of Societies’ (ROS) decision to suspend the party’s central committee.

    ReplyDelete
  2. This was confirmed by Election Commission (EC) chairperson Abdul Aziz Mohd Yusoff yesterday afternoon.

    ReplyDelete
  3. The ROS has just informed the DAP that it does not recognise the party office bearers elected late last year, following a technical glitch in the party’s tabulation of votes.

    ReplyDelete
  4. In view of this, the ROS ordered the DAP central committee to be frozen until its investigations are completed.

    ReplyDelete
  5. kalau begitu, lebih bagus DAP bersabar dulu sebalum mengambil tindakan terburu-buru...

    ReplyDelete
  6. DAP kurang yakin dng parti sendiri, kerana itu guna lambang pas.

    ReplyDelete
  7. DAP harus bertindak mengikut keadaan. Jangan pula bertindak melulu.

    ReplyDelete
  8. ROS harus bertindak adil kepada semua parti.

    ReplyDelete
  9. Perkara ini bukanlah soal penting tetapi kesediaan Karpal Singh menggunakan lambang PAS cukup memeningkan kepala UMNO yang selama ini mempromosikan kata kata Karpal "Over my dead body"

    Belum sampai saat akhir belum tahu apa yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  10. It is good at least now the people know what BN do is end up to affect themselve.

    ReplyDelete
  11. BN can do anything to remain in power.

    ReplyDelete
  12. Isu ini pasti ada cara penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  13. Ini yang boleh UMNO buat masa kini?

    ReplyDelete
  14. Lambang bukan satu isu lagi.

    ReplyDelete
  15. Isu ini bukan isu penting sedangkan is cuma satu logo, yang penting, pencalonan yang dilantik harus berkaliber.

    ReplyDelete
  16. Tindakan ROS amat menyesalkan.

    ReplyDelete
  17. DAP tidak yakin menang, jadi guna lambang Pas.

    ReplyDelete
  18. Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan DAP supaya tidak memanipulasikan isu penggunaan lambang roket kerana ia sudah pun dibenar untuk digunakan bagi mewakili mereka dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  19. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang percubaan untuk memainkan isu tersebut dalamkempen-kempennya adalah semata-mata bertujuan meraih undi dan simpati sedangkan masalah itu sudah diselesaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  20. "Ini sudah diputuskan (penggunaan lambang roket oleh DAP), jadi kita harap pemimpin DAPtidak memutarbelikan (fakta) atau menunjukkan rasa kasihan dan teraniaya.

    ReplyDelete
  21. "Ada juga tanggapan ini perbuatan Umno, ini hak Pendaftar Pertubuhan (ROS). Satu ketikaUmno diharamkan dan bukan dihapuskan pada 1988.

    ReplyDelete
  22. "Dalam kes ini bukan (DAP) diharamkan, itu maklumat yang diterima daripada ROS. Kita tidak campur tangan dalam soal DAP," katanya.

    ReplyDelete
  23. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh ROS dan masalah DAP sebelum ini ialah berkaitan pemilihan CEC yang dikatakan tidak sah.

    ReplyDelete
  24. DAP kurang mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.