Thursday, April 18, 2013

DAP timbang guna PAS dan PKR

DAP hari ini mendakwa, Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertujuan menyusahkan parti itu apabila memutuskan barisan kepimpinannya tidak sah 48 jam sebelum hari penamaan calon.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya berkata, surat yang diberikan kepada beliau dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke pada tarikh yang sama juga berbeza.

Dalam surat kepada Guan Eng, ROS menyatakan wujud pertikaian berhubung pemegang jawatan dalam parti itu namun surat kepada Anthony menyatakan siasatan dakwaan itu ditangguhkan ke tarikh 9 Mei.

Guan Eng mempertikai tindakan ROS yang mengeluarkan surat tersebut sebelum siasatan selesai dilakukan.

Guan Eng berkata demikian dalam sidang mediannya hari ini selepas menerima surat dari ROS petang semalam.

Turut serta dalam sidang media ini adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"Tujuan utama mereka tak iktiraf pimpinan DAP kerana nak nafikan hak kami untuk bertanding menggunakan lambang sendiri," kata Guan Eng.

Sehubungan itu, DAP akan bermesyuarat malam ini untuk menimbangkan keputusan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak.


PAS PKR SEDIA BENAR

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut berada dalam sidang media sama menyatakan kesediaan untuk membenarkan DAP menggunakan lambang PAS.

"Perkara ini telah dibincangkan beberapa minggu sebelum ini dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak ada masalah dengan perkara ini, " katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution yang menyifatkan tindakan ROS itu sebagai cara untuk meletakkan DAP dalam kesukaran.

"48 jam sebelum penamaan calon, sepatutnya kami tidak berada dalam sidang media ini. Kami harus membuat persiapan terakhir untuk penamaan calon tapi kerana tindakan ROS, kami terpaksa buat mesyuarat tergempar.

"Atas semangat kekitaan, PKR bersedia memberi laluan kepada DAP di Sabah dan Sarawak untuk guna lambang PKR," katanya. -HD

64 comments:
Write comments
  1. Ni jelas konspirasi jahat..ROS dgn UMNOBN.. kerana sebelum ni diberitakan ROS menangguh siasatan sehingga selesai PRU13...!! aku rasa ni palsu..tapi jika benar.. calon calon dari DAP akan bertanding dgn mengunakan logo PAS dan PKR...!!! SOKONG mereka.. kerana mereka suadara kita yg teraniaya..!!!!!

    ReplyDelete
  2. Makin hari makin nampak kebangsatan BN melalui SPR. SPR ni sepatutnya kerja laksanakn pilihnraya jer bukan nak ganggu gugat parti p[olitik yg bakal brtanding. Tidak apa lah, selepas ni andaikata PR mara dan menang di Putrajaya, minta PM baru kita nyahkn mana2 pengerusi bagi mana2 entiti kerajaan yg jd parasit selama ini. Jdi kan badan2 benar bebas

    ReplyDelete
  3. Dulukn UMNO kn pernah diharamkn oleh Mahkamah Agung ( Persekutuan ) dzaman YAA Tun Sallah Abbas. Boleh pulak mereka tanding dlm election selepas tu. Memang ada UMNO ( Baru ) tapi hakikat kejdian juga meragukn. Mana SPR ??

    ReplyDelete
  4. Kalau begini cara dan tektik umno/bn untuk menumbangkan parti pakatan dengan anjing suruhan pada ROS aku berani jamin bn akan uancur di tetak-tetak, di cincang-cincang selumat-lumatnya dan di buat fishball kasi makan dengan babi.

    Bagus lah ros membatalkan parti DAP sekiranya DAP memilih utk masuk kedalam PAS bermakna BN akan gulung tikar hancur lebur muhklifis impian BN utk mempertahankan seluruh kawasan di negara ini akan punah bagaikan gelas jatuh pecah betderai ke lantai.....

    Kalau cakap urg sabah kn ikat tali simpul manuk,semangkin ke di tarik semangkin dia kencang namun terlepas tidak sekali..
    Itu tandanya BN sudah mau masuk kubur dengan cara mengarahkan ROS membatalkn parti DAP.
    Bermakna seluruh pakatan rakyat akan menjadi nadi parti yg terkuat di seluruh negara.
    Bermakna rakyat terang-terang akan menolak BN mentah-mentah di atas kebodohan dan dungu an durg langkah yg salah di ambil mereka..

    Hahahaaa...BN memungut senjata yg makan tuan.
    pulau batu putih telah di rampas oleh singapura dari penjajah BN.
    Tidak mustahil sabah akan di rampas oleh jamalul kiram akan datang di atas kebodohan pemimpin dari kalangan BN.
    Apa durg susah bukan tanah tumpah darah durg...

    Tukar kerajaan BN atau biarkan jamalul kiram ambil sabah...?
    ini kali laaaa...

    BAYUMURNI....

    ReplyDelete
  5. Inilah yang Najib katakan PERTAHANKAN PUTRAJAYA HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR DAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN!

    ReplyDelete
  6. Jom kita undilah BN untuk masa hadapan kita. Tidak perlulah terpedaya dengan kata-kata yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah, terutama penjawat awam supaya tidak terpengaruh dengan slogan 'tukar kerajaan' yang dimainkan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

    Sambil menepis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan sedia ada "tidak membawa apa-apa pembangunan" kepada rakyat di negeri ini, Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata bahawa hanya orang buta dan tuli sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran.

    ReplyDelete
  8. DAP adviser Lim Kit Siang today admitted that his chances of winning in the Gelang Patah parliamentary seat may be affected by the Registrar of Societies’ (RoS) move to block the DAP from using its party logo for the 13th general election.

    ReplyDelete
  9. “With the ban on using DAP’s symbol, my chances are only 40, while Ghani’s is 60 per cent,” an emotional Lim said at a press conference at the DAP headquarters here, referring to his decreasing chances against his rival from the Barisan Nasional (BN) coalition with the surprising turn of events just two days before tomorrow’s Nomination Day.

    ReplyDelete
  10. Lim, who was seen shedding tears during the press conference, said voters would be confused if the DAP is forced to borrow the symbols of its coalition partners in Pakatan Rakyat (PR).

    ReplyDelete
  11. “If until 3pm this afternoon, RoS does not issue a retraction letter, we will use the logos of component parties,” Lim said, referring to the DAP’s two allies in PR, PAS and PKR.

    ReplyDelete
  12. Yesterday, the DAP urged the RoS to issue a letter to retract its letter to the party, where it refused to recognise the party’s central executive committee (CEC) over a party balloting blunder. DAP candidates need the CEC’s authorisation to use the party symbol.

    ReplyDelete
  13. Today, Lim said if the RoS remains mum on the issue until the DAP’s 3pm deadline, the party’s candidates for Election 2013 will use the PAS logo in Peninsular Malaysia and the PKR logo in Sabah and Sarawak.

    ReplyDelete
  14. “It will determine whether it will be an attempt to destroy (DAP) because people don’t understand or maybe PR will go to Putrajaya because the people feel angry about this matter,” the DAP veteran leader said, referring to the opposition pact’s bid to form the federal government.

    ReplyDelete
  15. Lim believed that the RoS decision was influenced by other quarters, including the MCA, but he declined to name the leaders he suspected were allegedly involved.

    ReplyDelete
  16. “Component parties immediately stepped forward to give all the help that we need.

    ReplyDelete
  17. “But our candidates are still DAP... only the party symbol is different,” he added.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah.. Ayuh semua penyokong PAS dan PKR.. kita membantu suadara yg ditindas..kita ketawa dan menangis bersama... semuanya kerana rakyat...rejim jahanam UMNO bakal berhadapan backlash besar besaran rakyat ...Aku menyokong DAP ..!! dan pastikan aku tidak kesorangan..!!! Sekarang adalah masa utk kita bersatu dan membuktikan kita benar benar bersatu..!!

    ReplyDelete
  19. Let's see if this is going to make your dream came true

    ReplyDelete
  20. Jadi harus buat pilihan

    ReplyDelete
  21. If not your permit will be taken back.

    ReplyDelete
  22. Bah jadi pandai2 la buat pilihan

    ReplyDelete
  23. So make a good choice

    ReplyDelete
  24. Banyak lagi rahsia terbongkar ni

    ReplyDelete
  25. I think they are out of their mind.

    ReplyDelete
  26. Banyak masalah akan muncul

    ReplyDelete
  27. Bah slamat berjaya po

    ReplyDelete
  28. Menurut pemerhati politik, langkah DAP itu hanyalah semata-mata untuk meraih simpati para pengundi pada pilihan raya umum ke-13 itu.

    ReplyDelete
  29. Lim bagaimanapun enggan mengulas kenyataan ROS itu, walaupun ROS semalam menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.

    ReplyDelete
  30. Sebaliknya, pemimpin veteran itu, yang akan mencabar Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, menyalahkan MCA dan mendakwanya dibantu Umno untuk memainkan peranan dalam menentukan keputusan ROS.

    ReplyDelete
  31. "Kemungkinan lambang Roket yang menjadi identiti DAP ini tidak dapat digunakan selepas menerima notis daripada ROS, kurang 48 jam sebelum tarikh penamaan calon," katanya.

    ReplyDelete
  32. namun, sebagai rakyat Malaysia, kita mesti melakukan tugas kita sebagai pengundi dan undilah dengan bijak...

    ReplyDelete
  33. Apa yang berlaku hari ini kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mangkuk hayun, bodoh dan bangang kerana memanggil mesyuarat tidak mengikut peraturan.

    DAP sekali lagi menggunakan alasan ‘masalah teknikal’ sebagai punca 753 perwakilan parti itu tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu, sekali gus gagal mengundi bagi memilih ahli Jawatan Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu. Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, beliau yang menghubungi ibu pejabat DAP sebelum kongres itu untuk bertanya mengenai hal tersebut telah diberitahu berlaku kesalahan komputer yang menyebabkan surat itu tidak dihantar.

    ReplyDelete
  34. Orang Cina perlu sedar bahawa DAP menjadi terlalu berlagak dan bongkak sehingga tidak mempedulikan peraturan parti dan undang-undang negara. Tidak pernah dalam sejarah ada parti boleh mengubah keputusan pemilihan jawatan kuasanya selepas diumumkan secara rasmi.

    ReplyDelete
  35. DAP terperangkap dalam kempen kononnya partinya adalah pelbagai kaum apabila daripada lapan calon Melayu yang turut bertanding tiada seorang pun yang terpilih menganggotai CEC. Malah, undian terbanyak yang diperoleh Senator Ariffin S. M. Omar iaitu 348 undi hanya meletakkan beliau di tangga ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

    ReplyDelete
  36. Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor yang mendapat 327 undi dan berada di tangga ke-38. Tapi Lim Guan Eng dengan penuh bongkak mengubah keputusan pemilihan atas alasan masalah teknikal.

    ReplyDelete
  37. Masalah teknikal hanya timbul selepas masyarakat mengutuk DAP sebagai parti cauvinis Cina kerana tidak ada seorang pun Melayu yang bertanding dipilih. Akhirnya, Guan Eng mengubah keputusan untuk memasukkan seorang Melayu.

    ReplyDelete
  38. Kesilapan itu sekali gus ‘mengembalikan’ wakil Melayu ke dalam CEC. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Zairil Abdullah yang sebelum ini tidak tersenarai dalam CEC setelah menduduki tangga ke-39 diumum berada di tangga ke-20 berikutan kiraan semula undi.

    ReplyDelete
  39. Sekarang apakah salah Pendaftar Pertubuhan (ROS) bila membuka siasatan terhadap DAP setelah ada ahli DAP sendiri membuat aduan? Jadi DAP dan Lim Kit Siang jangan jadi haram jadah menunjukkan air mata buaya dalam sidang akhbar.

    ReplyDelete
  40. DAP tahu bahawa keputusan ROS tidak mengiktiraf jawatan kuasa yang dipilih pada Disember lalu tidak menjejaskan kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk bertindak bagi pihak DAP dalam apa jua hal parti. Lim Guan Eng adalah dari pentadbiran lalu. Oleh kerana pentadbiran sekarang tidak diiktiraf oleh ROS, pentadbiran yang lalu masih bertindak sebagai pentadbir DAP sedia ada.

    ReplyDelete
  41. DAP sebenarnya boleh menyelesaikan isu ini dengan mudah jika mereka menghantar satu surat kepada ROS meminta kepastian siapakah yang boleh bertindak untuk pentadbiran DAP dalam masa penggantungan jawatankuasa ini. Sebaliknya, kerana DAP mahu menjadikan isu ini sebagai isu meraih simpati dan sememangnya berniat menggunakan logo Pas untuk pilihan raya kali ini. Inilah parti haram jadah yang mahu memperbodohkan orang Cina dan Melayu dalam pilihan raya umum kali ini.

    ReplyDelete
  42. Selain DAP, kita berhadapan dengan KEBEBALAN para pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengeluarkan surat tidak mengiktiraf jawatan kuasa DAP tiga hari sebelum pencalonan. Apakah ROS tidak boleh menunggu sehingga selepas pilihan raya?

    ReplyDelete
  43. Hari ini ROS mengeluarkan lagi satu surat menekankan bahawa DAP tidak diharamkan dan boleh terus menggunakan logo mereka. Tapi ROS tidak menyatakan siapa yang boleh dan diiktiraf untuk menandatangani surat kebenaran perlantikan calon-calon pilihan raya DAP.

    ReplyDelete
  44. Namun kita tidak menyalahkan ROS sepenuhnya kerana sebagai birokrat yang bebal mereka tidak akan memahami kemelut ini jika DAP tidak meminta penjelasan atau “clarification” tersebut. DAP pula sengaja tidak mahu meminta penjelasan ini kerana mereka memang telah merancang untuk memanipulasi isu ini. Jadi sahlah DAP memang haram jadah dan ROS bebal nak mampus.

    ReplyDelete
  45. Cuba anda tanya para penjenayah dan penjahat dalam dunia ini, siapakah yang bersalah atas kesalahan yang mereka lakukan? Mereka pasti jawab orang lain yang bersalah atas kesalahan jenayah mereka. Begitu juga pemimpin pakatan haram, segala zina, liwat , langgar orang, rasuah yang PAKATAN HARAM lakukan kerana salah Barisan Nasional. Begitu retorik sekali sikap penjenayah.

    ReplyDelete
  46. Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju dan juga bekas ahli DAP Wee Choo Keong mendesak Lim Kit Siang jelaskan isu-isu yang timbul berikutan skandal pemilihan CEC DAP Disember tahun lepas. DAP dikatakan membisu walaupun pelbagai protes dan pendedahan dibuat oleh ahli-ahli parti itu sendiri dari seluruh negara. Wee juga hairan kenapa Datuk S Ambiga tidak mempersoalkan ketidakadilan dalam pemilihan CEC DAP sedangkan BERSIH kerap mengkritik urusan pilihanraya di negara ini.

    ReplyDelete
  47. Lim Kit Siang bapa komunis Malaysia ini tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya, Lim Guan Eng gagal melaksanakan tugas sebagai Setiausaha Agung parti itu. Kit Siang gemar menyalahkan pihak lain seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, sedangkan masalah itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan Setiausaha Agung parti mereka sendiri.

    ReplyDelete
  48. pemimpin lain lebih layak memegang jawatan Setiausaha Agung DAP seperti Teng Chang Kim, Chow Kon Yeow dan Ngeh Koo Ham dibandingkan dengan Guan Eng. Sementara itu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass, dilaporkan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan keengganan pimpinan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC sehingga menyebabkan ramai ahli DAP kecewa.

    ReplyDelete
  49. Dalam pemilihan CEC yang lepas, 753 tak layak undi , hanya 1,823 daripada 2,576 perwakilan DAP yang layak mengundi, dijemput menghadiri CEC pada Disember tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan kenapa baki 753 perwakilan terkecuali daripada senarai layak mengundi.

    ReplyDelete
  50. Hamdan berkata, mengapa Guan Eng enggan mengeluarkan notis jemputan mesyuarat kepada 753 perwakilan, adakah dia (Guan Eng) ada merujuk kepada bapanya sebelum persidangan CEC tahun lalu.

    ReplyDelete
  51. Sekiranya ROS menggantung pendaftaran DAP mereka dikatakan akan bertanding di bawah tiket PAS.Maka benarlah selama ini PAS memang menjadi ‘tunggangan’ DAP dengan mengikut telunjuk mereka seperti yang berlaku di Perak dulu. Rakyat Malaysia harus sedar bahawa haram mengundi DAP , PAS dan PKR. Maka mari kita pastikan undi kita ini halal.

    ReplyDelete
  52. gunalah lambang sendiri, nak juga guna lambang parti lain.. tidak yakin dgn parti sendiri ke?

    ReplyDelete
  53. Pembangkang tidak akan dapat bersatu.

    ReplyDelete
  54. Calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102. Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan.

    ReplyDelete
  55. Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato’ Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg. Hindi. Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.

    ReplyDelete
  56. Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

    ReplyDelete
  57. Secara dasarnya, PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR.

    ReplyDelete
  58. Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim. Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga. Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  59. Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi. DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang ‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka.

    ReplyDelete
  60. DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam. Justeru, walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga spiritual.

    ReplyDelete
  61. Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.

    ReplyDelete
  62. Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya. Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan.

    ReplyDelete
  63. Selama ini juga, Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh PR. Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.