Wednesday, July 3, 2013

Hapus Akta Hasutan Hanya Janji Kosong Najib?

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengusulkan Rang Undang-undang Hasutan (Pemansuhan) 2013 bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Ia berikutan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji untuk memansuhkan akta tersebut setahun lalu. Najib pada 11 Julai 2012 mengumumkan keputusan kerajaan untuk menguatkuasa serta merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

“Rang Undang-undang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini telah saya hantar ke pejabat Setiausaha Dewan Rakyat semalam,” kata Nurul Izzah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden KEADILAN itu berharap langkah berkenaan dapat menamatkan era penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 sekaligus membawa islah dan reformasi tulen di Malaysia.

“Malangnya rakyat masih ternanti-nanti perlaksanaan kata-kata Datuk Seri Najib yang membuat pengakuan bahawa akta itu dianggap umum sebagai alat kerajaan untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan,” katanya.

Beliau merujuk penahanan Haris Ibrahim, Tian Chua, Tamrin Ghafar, Adam Adli dan Datuk Husam Musa yang didakwa mengikut akta itu berhubung penganjuran Himpunan Black 505.

“Pendakwaan yang dikenakan ke atas mereka adalah terpilih tetapi (bekas hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Noor Abdullah, Datuk Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia yang meniup api kebencian dibiarkan tanpa sebarang tindakan,” katanya. -KD

75 comments:
Write comments
  1. Perkara lain adalah betapa polis sendiri telah beri kenyataan bahwa kadar jenayah akan lebih mningkat kerana Akta/Ordinans Dharurat telah dimansuhkn dan ramai sudah penjenayah tegar terpaksa dilepaskn dr pnjara/lokap. Maknanya...kjaan suka pnjenayah dibebaskn dan dlm masa yg sama ustaz dan pncweramah ugama masih dicengkan undang2 spt akta hasutan atau ISA atau SOSSMA atau atau akta yg boleh dibaca bersama,utk mnangkap ustaz. Haaa..kan baik kjaan BN nih.

    ReplyDelete
  2. Anwar Ibrahim Ibarat Burung Unta Di Padang Pasir

    Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti burung unta di padang pasir kerana tindakan Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.

    Tambahnya, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

    “Kita tahu, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang. Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas,” ujarnya ketika ditemui di Lobi Dewan Rakyat selepas sidang berakhir lewat petang semalam.

    Beliau turut mempersoalkan adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau hakikatnya takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

    “Tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama, Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

    Dalam masa yang sama, saya sedar, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

    Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

    ReplyDelete

  3. Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan upacara mengangkat sumpah ketua menteri dan menteri besar.

    Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak keputusan di peringkat pusat di mana mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959.

    Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar kepada keputusan dalam PRU13.

    Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal, individu pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

    ReplyDelete
  4. Nurul Izzah PenghasutJuly 4, 2013 at 10:49 AM

    mungkin nurul izzah ni pun dah ikut jajak bapak dia.. dah sewel dan mudah lupa.. memang betul PM ada menyuarakan untuk memansuhkan akta hasutan, tapi belum diputuskan lagi dan masih dalam peringkat kajian..

    ReplyDelete
  5. Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal, individu pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

    Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli kelentong beliau dan akhirnya memberi mandat kepada BN.

    Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinnya bahawa menang kalah dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih sebuah kerajaan.

    Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia sejak merdeka, BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah antara semua kaum.

    Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini.

    ReplyDelete
  6. Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti ‘Ketuanan Rakyat’ dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retotik kosong yang tidak ada apa-apa nilai dan makna.

    Seperti mana yang dilihat daripada keputusan PRU13 yang memperlihatkan ‘swing’ atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang, isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka.

    Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal di kalangan pemimpin-pemimpin mereka dan justeru mereka menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi.

    Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengguburkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian lama.

    ReplyDelete
  7. Nurul Izzah PenghasutJuly 4, 2013 at 10:51 AM

    entah apa pasal pulak anak si nuar ni nak tuntut dan mengatakan PM gagal melaksanakan janji untuk memansuhkan akta tersebut.. tidak salah kamu mengusulkan rang undang2 pemansuhan hasutan, tapi jangan menuduh sebarangan terhadap PM..

    ReplyDelete
  8. Nurul Izzah PenghasutJuly 4, 2013 at 10:52 AM

    tapi, apakah keberkesanannya jika akta tersebut digantikan dengan suatu rang undang2 yang belum dikenali walaupun ianya dianggap sebagai akta keharmonian nasional? itu tanggapan dari pembangkang sahaja..

    ReplyDelete
  9. Nurul Izzah PenghasutJuly 4, 2013 at 10:54 AM

    menurut izzah lagi langkah tersebut kononnya dapat menamatkan era penyalahgunaan akta hasutan 1948 menerusi pemansuhannya sekali gus dapat melaksanakan "reformasi" tulen demi untuk malaysia karah yang lebih baik. bercerita perihal hasutan, saya rasa semua orang tahu bahawa pembangkanglah yang sewenang2nya menyalahgunakan akta hasutan..

    ReplyDelete
  10. Nurul Izzah PenghasutJuly 4, 2013 at 10:56 AM

    pembangkang jugalah kaki hasut dan terus menghasut dan menarik rakyat untuk sama2 membeci kerajaan tak kira dimana, masa samada semasa berkempen pilihanraya mahupun ketika turun padang bertemu rakyat..

    ReplyDelete
  11. Taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar dapat dirasai sepanjang empat tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  12. Najib yang memegang tampuk pentadbiran negara mulai 3 April 2009 dan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, komited melaksanakan yang terbaik dalam semua aspek pembangunan negara, khusus untuk rakyat selaras dengan tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

    ReplyDelete
  13. Perjalanan Malaysia dalam menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi mungkin dapat dicapai lebih awal apabila Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun nyata memberi kesan yang hebat terhadap kesejahteraan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  14. Nurul Izzah PenghasutJuly 4, 2013 at 10:58 AM

    jdi, saya berpandangan, tujuan nurul izzah mendesak PM memansuhkan akta hasutan ini adalah ibarat seperti ada udang disebalik batu.. nurul dan pembangkang ada agenda mereka sendiri.. seperti yang kita sedia maklum, pembangkang adalah pakar dalam selok belok menghasut. kerja mereka sejak dulu asyik menghasut dan terus menghasut..

    ReplyDelete
  15. Hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada tahun lepas.

    Berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional yang dibentangkan Najib bulan lepas, kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.

    ReplyDelete
  16. Pendapatan isi rumah bulanan purata juga meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun lepas, menyebabkan kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.

    Laporan itu juga menyebut bahawa kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012 iaitu antara yang terendah di rantau ini.

    ReplyDelete
  17. Selaras dengan matlamat untuk menjadikan rakyat hidup dengan lebih selesa, Najib memperkenalkan beberapa produk 1Malaysia bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah dan meringankan beban rakyat.

    Pada pembentangan Belanjawan 2012, Najib mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah dan ia memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Nurul Izzah PenghasutJuly 4, 2013 at 11:00 AM

    soal samada PM dan kerajaan bersungguh2 ingin membuat pembaharuan, itu soal kedua. yang penting adalah, sebagai PM, Najib tidak pernah berjanji, tapi akan mengkaji sedalam2nya sebelum membuat keputusan bagi memansuhkan akta tersebut..

    ReplyDelete
  19. Melalui inisiatif jenama 1Malaysia juga, rakyat mempunyai alternatif mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

    Justeru, kerajaan pimpinannya telah memperluaskan lagi pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, pembinaan lebih banyak Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), pemberian bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan Menu Rakyat 1Malaysia.

    ReplyDelete
  20. Krisis di Lahad Datu, Sabah, membuatkan Najib diuji hebat berhubung soal keselamatan dan kedaulatan negara apabila pencerobohan pengganas bersenjata dari Selatan Filipina berlaku Febuari lepas.

    Nyata, beliau tidak gentar malah lantang bersuara menyampaikan mesej jelas kepada kumpulan pengganas itu bahawa Sabah adalah hak Malaysia buat selama-lamanya dan tegas menolak tawaran gesaan gencatan senjata.

    ReplyDelete
  21. Bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang kembali, beliau telah mengumumkan kewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah di Sabah sebagai memberi asas perundangan kepada Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).

    Walaupun ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa kejadian yang menumpahkan darah ramai pasukan keselamatan negara dalam Operasi Daulat itu sebagai sandiwara Umno, Najib menegaskan bahawa pengorbanan satria negara bukan untuk diperlekehkan tetapi untuk dikenang dan dihargai semua rakyat.

    ReplyDelete
  22. Nurul Izzah PenghasutJuly 4, 2013 at 11:03 AM

    pembangkang sering menyatakan bahawa terlalu ramai terlibat dengan penyalahgunaan akta hasutan dan sudah tiba masanya untuk akta itu dimansuhkan dan sekaligus dapat melaksanakan reformasi tulen. saya faham kenyataan pembangkang ini, ia lebih kepada sindiran dan ditujukan kepada pihak kerajaan. tapi, sebenar2nya merekalah yang paling kuat menghasut dan mencari jalan bagaimana nak memecahbelahkan masyarakat supaya impian mereka merampas puterajaya tercapai..

    ReplyDelete
  23. Justeru, beliau mengumumkan penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am berkuat kuasa 1 Januari tahun ini ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bulan lepas.

    Di samping untuk menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara, langkah itu juga diyakini akan menaikkan semangat anggota pasukan keselamatan itu untuk terus mempertahankan negara daripada pelbagai ancaman.

    ReplyDelete
  24. Di bawah Program Transformasi Komuniti, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditubuhkan sebagai satu daripada langkah strategik bagi mengembangkan permintaan untuk produk domestik, terutamanya produk luar bandar.

    Berkonsepkan "Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan", RTC pertama dibina di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang manakala UTC pertama dilancarkan di Melaka, selain mini UTC yang ditempatkan di Sentul.

    ReplyDelete
  25. Mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia selain menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit.

    Malaysia juga adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia, menurut Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013.

    ReplyDelete
  26. Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar beli belah kedua terbaik di Asia Pasifik.

    Dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember tahun lepas.

    ReplyDelete
  27. Segala pengiktirafan global yang diberikan kepada Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa GTP dan ETP sejak ia dilaksanakan dan menunjukkan bahawa negara berada di landasan yang betul.

    Najib dilihat bukan membuat pelbagai dasar yang hanya cantik dilihat di atas kertas dan sedap didengar sahaja tetapi hasilnya dapat dirasai segenap lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  28. Pembangkang ini berkata bahawa Najib tidak mengubah akta hsautan. Akan tetapi pembangkang sendiri banyak melakukan hasutan melalui perhimpunan haram, dan juga menerusi online. Baru-baru ini juga cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber propembangkang ‘Red Bean Army, satu kumpulan yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan, dibuat 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara, dan bukannya cadangan kerajaan.

    ReplyDelete

  29. Pembangkang ini berkata bahawa Najib tidak mengubah akta hsautan. Akan tetapi pembangkang sendiri banyak melakukan hasutan melalui perhimpunan haram, dan juga menerusi online. Baru-baru ini juga cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber propembangkang ‘Red Bean Army, satu kumpulan yang memanipulasi fakta sarat dengan fitnah terhadap kerajaan, dibuat 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara, dan bukannya cadangan kerajaan.

    ReplyDelete
  30. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ramai badan bukan kerajaan menghantar memo kepadanya meminta kerajaan menyiasat sejauh mana tentera siber ini mendatangkan kesan buruk kepada kerajaan dan negara.

    ReplyDelete
  31. Shahidan, yang menerima memorandum daripada 130 NGO Melayu Islam semalam, dilaporkan berkata cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat kumpulan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

    ReplyDelete
  32. Menurutnya NGO berkenaan berpandangan RCI perlu ditubuhkan berdasarkan rasional hasutan-hasutan melalui portal maya yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini.

    ReplyDelete
  33. Dalam pada itu, Shahidan berkata mana-mana pihak termasuk pembangkang boleh menghantar memorandum kepada beliau, agar semua rakyat mendapat keadilan di bawah kerajaan Barisan Nasional yang menepati janji.

    ReplyDelete
  34. “Apa jua memorandum yang dihantar, kita siasat dan mengambil tindakan yang sesuai,” katanya.

    ReplyDelete
  35. Selain itu bagi memerangi hasutan juga, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.

    ReplyDelete
  36. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

    ReplyDelete
  37. Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang.

    ReplyDelete
  38. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  39. Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

    ReplyDelete
  40. Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu.

    ReplyDelete
  41. Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

    ReplyDelete
  42. Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  43. Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  44. Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya.

    ReplyDelete
  45. Semua perkara rasanya perlu dikaji dengan sebaiknya. Rasanya apa yang Datuk Najib lakukan tidak salah.

    ReplyDelete
  46. Sama-samalah kita mempertahankan keamanan dan perpaduan yang telah lama kita kecapi ini.

    ReplyDelete
  47. Rakyat tidak harus membiarkan golongan tertentu mengambil kesemaptan daripada kebebasan berhimpun untuk mewujudkan konflik antara kaum dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

    ReplyDelete
  48. Sebagai rakyat, kita perlulah terus mempertahankan perpaduan yang terjalin dengan memanfaatkan segala kekuatan kepelbagaian etnik dan warisan untuk mengukuhkan perpaduan.

    ReplyDelete
  49. Sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda dengan pelbagai cabaran yang boleh menggugat kestabilan seperti tunjuk perasaan di jalanan yang hanya merosakkan harta benda, mengakibatkan kecederaan dan hanya merugikan rakyat serga negara.

    ReplyDelete
  50. “Para peniaga yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu bagi individu yang tidak meletakkan tanda harga boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM100,000.

    ReplyDelete
  51. “Bagi kesalahan membekal barangan dan menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya.

    ReplyDelete
  52. Jainab berkata, hasil pemeriksaan di seluruh negara dari tahun 2010 hingga 2013, sebanyak 3,701 kes dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM1.8 juta dan daripada jumlah itu sebanyak 550 kes dengan nilai rampasan lebih RM152,000 adalah kes yang dihasilkan pada tahun ini.

    ReplyDelete
  53. Oleh itu pelaksanaan Ops Harga ini akan dipergiatkan bagi menghadapi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa pada bulan Ogos ini

    ReplyDelete
  54. Oleh itu pelaksanaan Ops Harga ini akan dipergiatkan bagi menghadapi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa pada bulan Ogos ini

    ReplyDelete
  55. Oleh itu pelaksanaan Ops Harga ini akan dipergiatkan bagi menghadapi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa pada bulan Ogos ini

    ReplyDelete
  56. Dalam tempoh itu peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal yang merupakan barang keperluan asas perayaan, tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

    ReplyDelete
  57. Bagaimanapun katanya, peniaga digalakkan untuk menjual barang-barang tersebut lebih rendah dariapda harga maksimum sekiranya harga yang diperolehi adalah lebih rendah.

    ReplyDelete
  58. Beliau berkata pada masa ini Skuad Pengguna, Ketua Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjadi mata dan telinga kerajaan akan turut dilibatkan untuk memantau harga barangan dalam pasaran dan melaporkan aktiviti perniagaan yang tidak sihat untuk diambil tindakan.

    ReplyDelete
  59. Pihak kementerian akan memantapkan jaringan kerjasama dengan pengeluar, pembekal, pemborong dan pengimport serta persatuan-persatuan perniagaan untuk mendapat maklum balas mengenai kedudukan harga dan bekalan barangan perlu,” katanya.

    ReplyDelete
  60. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:22 PM

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan berkaitan cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 perlu dilakukan dengan mengambil kira tuntutan-tuntutan semasa dan tidak berdasarkan emosi semata-mata.

    ReplyDelete
  61. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:23 PM

    "Kita kena fleksibel dengan tuntutan semasa tetapi tuntutan semasa ini biar atas dasar keselamatan dan bukan emosi,"

    ReplyDelete
  62. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:23 PM

    katanya kepada Malaysiakini sewaktu mengulas akta itu yang kembali hangat dibincangkan akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  63. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:24 PM

    Namun tegasnya, beliau menyokong pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keperluan mengekalkan akta itu.

    ReplyDelete
  64. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:26 PM

    "Saya dalam hal ini, kenyataan yang dikeluarkan menteri dalam negeri itu saya sokong. Itu yang penting kerana dia mengetahui perkara ini," katanya yang yakin perkara itu masih akan diperhalusi di peringkat kabinet tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  65. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:26 PM

    Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan akta tersebut perlu dikekalkan bagi memelihara empat perkara - kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu.

    ReplyDelete
  66. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:27 PM

    Isu pemansuhan Akta Hasutan kini giat dibincangkan semula kerana selepas perdana menteri mengumumkan hasrat memansuhkannya tahun lalu, ia terus juga digunakan.

    ReplyDelete
  67. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:27 PM

    Malah, anggota kabinet berbeza pendapat berhubung perkara itu.

    Menurut Menteri Pelancongan Datuk Seri Abdul Nazri Aziz, kabinet bersetuju memansuhkan akta kontroversi itu dalam satu pertemuan tahun lalu dan Jabatan Peguam Negara diminta mengkajinya.

    ReplyDelete
  68. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:28 PM


    Kenyataan itu berbeza sama sekali dengan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam sebelumnya yang berkata, hasrat itu "cadangan" Najib dan kabinet akan "mempertimbangkan" sebelum membuat keputusan.

    ReplyDelete
  69. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:28 PM


    BNBBC tunggu semua pandangan

    NONESementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Shahrir Samad pula menegaskan badan tersebut masih belum menetapkan pendirian mereka tentang akta itu.

    "BNBBC belum ada pendirian apa-apa kerana kita belum bincang.

    "Saya ingat lebih baik tunggu semua punya pandangan," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

    ReplyDelete
  70. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:29 PM

    Ku Nan: Serah pada KDN

    Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan untuk memansuhkan, meminda atau menggantikan Akta Hasutan perlu diputuskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

    "Saya lihat kita serah kepada KDN-lah kerana akta itu ada baiknya, ada tidak baiknya.

    ReplyDelete
  71. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:29 PM

    "Yang baiknya, kita sekurang kurangnya cuba cegah jenayah (dengan akta ini)," katanya.

    NONE"Dulu kita ada EO (Akta Darurat), ada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), orang bila nak buat sesuatu mereka berfikir.

    ReplyDelete
  72. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:30 PM

    "Sekarang ini bila kita dah mansuhkan, orang tak kisah (untuk melakukan apa-apa sahaja). Jadi kita serahkan kepada KDN, mereka lebih tahu," kata ahli Parlimen Putrajaya itu.

    ReplyDelete
  73. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:30 PM

    Beliau sedia maklum perdana menteri telah mengumumkan pemansuhan akta itu tahun lepas.

    Namun tegasnya, kerajaan masih boleh memperbaiki sebarang keputusan yang telah dibuat jika ia tidak membawa manfaat seperti diniatkan.

    ReplyDelete
  74. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:31 PM

    "Ini satu kaedah cuba dan jaya (trial and error). Seperti saya selalu kata, kita bukan kerajaan yang sempurna, kita tak tahu semua perkara.

    ReplyDelete
  75. Akta Hasutan penting jika pembangkang belum MATANG!October 7, 2013 at 2:31 PM

    "Ada kalanya apabila kita buat keputusan, kita rasakan ia yang terbaik buat semua tapi akhirnya apabila ada masalah, kita kena perbaiki, maka kita perbaikilah.

    "Kita tunggu untuk kabinet buat keputusan," katanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.