Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam.
Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun.
Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz.
Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof.
Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.
"Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang.
Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti hanya 246 undi sahaja.
Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh.
Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi.
"Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan 16 Adun Pakatan," katanya.
Pandangan beliau disokong Wan Azhar.
"Kita mahu lihat apa akan berlaku jika Adun PAS membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker misalnya. Ketika itu speaker yang dilantik BN tidak bolehlah mengundi kerana ia usul ke atasnya," kata Wan Azhar.
Beberapa tokoh BN sebelum ini beranggapan jika PAS menang pun, ia tidak akan mengubah apa-apa kerana speaker yang dipilih BN akan menjadi undi penentu.
PRK Besut diadakan selepas kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar minggu lalu akibat komplikasi paru-paru berair.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat jam 10.00 pagi nanti dan membuat keputusan mengenai tarikh PRK di DUN Kuala Besut. -TMI
Saturday, July 6, 2013
Pertembungan Ustaz Dengan Ustaz Di PRK Kuala Besut?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ambil lah pemilihan ini sebagai jihat utk menegakkan Islam.Jangan buta hati nanti kena jawab depan Allah.Dgn kuasa Allah di matikan seseorang dan tiada akan tahu perancanagan Ilahi, namun bagi umat yg di beri akal dan terbuka hati, ini adalah ada 1000 hikmah.Walau tak dapat kuasai Trenganung pada PRU13 apabila terjadi nya benda sebegini Tuhan itu maha adil.Bangkit lah rakyat Trenganung untuk menang kan Islam yg betul.Walau pun ada minyak, jika Allah murka maka bala menanti, contoh stadium runtuh, banjir, runtoh moral anak muda dan banyak maksiat bila tak meletakkan hukum Allah sepenuhnya.Jangan buat masjid gah, tapi rakyat tak di ajak dan kempen supaya bersholat.Ya Allah jadi kan negeri ini supaya dapat menjalan surohan Mu 100% sesungguhnya aku takut balamu akibat subahat dgn pemimpin munafik yg hanya berbuat fitnah dan rasuah.Kalau setakat Al Azhar Mesir, tapi tak dapat tegur pemimpin munafik masa kini, lebih baik jadi rakyat biasa.
ReplyDeleteSdr/Sdri sekelian. Secara fitrahnya Tuhan telah menetapkan 2 jalan untuk diselusuri. Bahkan putaran dunia ini pun ada 2 jalan sama ada putar ke kiri atau kanan. Tetapi Allah yang maha kuasa dan bijaksana dan yang menjadikan bumi ini telah memutarkan dunia kekanan ( ke timur lawan pusingan jam ciptaan manusia). Natijahnya pun 2 juga sama ada ke NERAKA atau SURGA.
ReplyDeletePRK Kuala Besut ini kemungkinan 2 ustaz yang akan bertarung. Pilihlah ustaz yang berputar ikut pusingan jam ikut kehendak majoriti manusia atau melawan pusingan jam yang mengikut kehendak Allah Taala yang sedia maklum dibenci oleh sebahagian manusia. Tepuk dada tanya iman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima 95 peratus komen positif daripada pengguna laman Twitter semasa kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh 82 peratus komen negatif di laman sama.
ReplyDeleteBeliau mendapati 64 peratus pengguna Twitter memberi komen neutral kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor manakala Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa masing-masing mendapat komen negatif masing-masing dengan 75, 84 dan 94 peratus.
ReplyDeleteSebanyak 11,942 tuit menggunakan label #pru13 dikirim pada hari pengundian 5 Mei lalu manakala tuit bahasa Melayu berjumlah 4,752 dan bahasa Inggeris 753 tuit.
ReplyDeleteSebanyak 94 peratus memberi komen positif kepada Barisan Nasional (BN) dan 45 peratus komen positif kepada Pakatan Rakyat (PR) ataupun PKR, DAP, PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat komen negatif dengan 81, 77 dan 39 peratus
ReplyDeleteBN AKAN KEKAL DI TERENGGANU
ReplyDeletePILIH CALON YANG BERLATAR-BELAKANGKAN AGAMA
Barisan Nasional (BN) Terengganu diminta meletakkan calon berlatar belakangkan agama bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kuala Besut yang bakal diadakan pada Ramadan ini.
BUATLAH PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
BN AKAN KEKAL DI TERENGGANU
ReplyDeletePILIH CALON YANG BERLATAR-BELAKANGKAN AGAMA
Cadangan itu bagi mengimbangi kedudukan kerusi BN di DUN Terengganu yang sekarang dikatakan tidak mempunyai ADUN daripada golongan agama.
BUATLAH PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
Hasil kajian itu menafikan dakwaan yang mengatakan rakyat terpisah dari sudut jurang digital yang membezakan penduduk bandar dan luar bandar.
ReplyDeleteBN AKAN KEKAL DI TERENGGANU
ReplyDeletePILIH CALON YANG BERLATAR-BELAKANGKAN AGAMA
Malah, peluang untuk menurunkan calon golongan agama dianggap peluang terbaik bagi BN pada PRK ini kerana pembangkang juga dikatakan akan mempertaruhkan calon dari golongan agama untuk menentang BN.
BUATLAH PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
Peningkatan jumlah tuit ketara menggunakan #pru13 membuktikan pengguna laman Twitter mengirim tuit lebih banyak berbanding hari biasa
ReplyDeleteBN AKAN KEKAL DI TERENGGANU
ReplyDeletePILIH CALON YANG BERLATAR-BELAKANGKAN AGAMA
Pengerusi Veteran UMNO Besut, Abd Aziz Hadi berkata, meskipun golongan profesional lain layak dipertimbangkan untuk merebut kerusi berkenaan tetapi golongan agama amat penting bagi memberi kekuatan kepada perjuangan Umno di Terengganu.
BUATLAH PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
Anuwar sudah tak relevan lagi !!
ReplyDeleteBN AKAN KEKAL DI TERENGGANU
ReplyDeletePILIH CALON YANG BERLATAR-BELAKANGKAN AGAMA
"UMNO Bahagian Besut mempunyai ramai tokoh dalam pelbagai bidang termasuk agama, pendidikan, profesional dan pemimpin masyarakat yang mampu mempertahankan kerusi berkenaan" Abd Aziz Hadi
BUATLAH PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
Sebelum ini MiM telah menyiarkan entri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya. di antara orang yang pertama mengkritik Zahid Hamidi ialah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. Kita pernah melihat Zahid Hamidi seperti begitu akrab dengan Lim Guan Eng baru-baru ini.Realitinya, akrab macam mana pun, Lim Guan Eng DAP tidak bagi peluang jika ada isu yang boleh beliau kritik dan hentam kerajaan BN termasuklah Zahid Hamidi sendiri.
ReplyDeleteBN AKAN KEKAL DI TERENGGANU
ReplyDeletePILIH CALON YANG BERLATAR-BELAKANGKAN AGAMA
PRK Dun Kuala Besut, bakal diadakan pada bulan puasa berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia Selasa lalu akibat kanser paru-paru.Bagaimanapun,katanya, terpulanglah kepada kebijaksanaan pemimpin parti untuk menentukn siapa calon paling layak untuk disenaraikan bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan.
BUATLAH PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
BN AKAN KEKAL DI TERENGGANU
ReplyDeletePILIH CALON YANG BERLATAR-BELAKANGKAN AGAMA
Dalam perkembangan lain, UMNO Bahagian Besut sudah menggerakkan jenteranya untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada dikuasai pembangkang.Ketuanya,Dato' Seri Idris Jusoh bersama pemimpin lain sudah turun padang dan mendekati pengundi bagi mempastikan mereka terus menyokong perjuangan Umno bagi seperti yang dilakukan sebelum ini.
BUATLAH PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
ReplyDeleteBN AKAN KEKAL DI TERENGGANU
PILIH CALON YANG BERLATAR-BELAKANGKAN AGAMA
“Walaupun DUN Kuala Besut dianggap kubu kuat BN tetapi jentera parti perlu digerakkan supaya sentiasa bersedia dan bergerak mulai sekarang,” katanya.
BUATLAH PILIHAN DAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI
"Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa. Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar." Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.
ReplyDeleteAnwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi. Tetapi, berikut pula adalah laporan oleh Free Malaysia Today serta dipetik oleh AltThaiNews ( http://altthainews.blogspot.com/2013/05/us-prepares-to-overthrow-malaysian.html ) pada 15 Mei 2013, bertajuk “BN Akan diTumbangkan Tahun Ini” : Pakatan Rakyat berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui jalanraya. Jurucakap di dalam forum yang berlangsung semalam sebulat suara bersetuju bahawa menunggu 5 tahun lagi untuk pilihanraya adalah terlalu lama dan berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melaui kekerasan.
ReplyDeleteHishamuddin Rais menyatakan bahawa tiada gunanya membawa ketidakpuasan hati mereka ke mahkamah kerana sistem perundangan dikawal oleh kerajaan. "Kerana itulah kita mesti membawanya ke jalanraya. Kita mesti keluar. Apa yang Najib suka adalah salah dan apa yang dia tidak suka, itulah yang kita mesti lakukan. Kita akan gerakkan kumpulan yang besar ke jalanraya. Ini bukan ugutan, ini adalah janji."
ReplyDeleteBekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad amat sedih dengan pergolakan politik di Mesir sehingga menyebabkan Presidennya, Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera
ReplyDeleteApabila bertanding akan ada menang dan kalah, kalau sudah kalah tetapi tidak mahu terima kekalahan kemudian timbulkan huru-hara, maka tidak ada demokrasi.
ReplyDeleteMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.
ReplyDeleteSekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga... saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara
ReplyDeleteTambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu Saved
ReplyDeletepemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat.
ReplyDeleteKempen pilihanraya kecil Kuala Besut berakhir tengah malam Selasa.Kini semua orang menunggu dengan penuh debar 17,683 pengundi buat penentuan pada hari Rabu.
ReplyDeleteBerbeza dengan Barisan Nasional bagi PAS, perjalanan parti itu sebenarnya, awal-awal lagi sudah dilambung ombak.
Bermula perlantikan Datuk Husan Musa sebagai Pengarah PRK yang dikecam pemimpin dan ahli PAS Terengganu hinggalah kesilapan calon mereka Azlan Yusof mengeluarkan kenyataan mahu serah tugas wakil rakyat pada orang lain jika menang menyebabkan rentak kempen parti itu terganggu.
ReplyDeleteArahan PAS supaya Azlan atau Che Long ‘tutup mulut’ kepada media ekoran kenyataannya itu sejak awal berkempen semakin memburukkan keadaan.
Tewas dengan 2,434 undi pada PRU 13, pastinya sudah beban kepada PAS apabila mempertaruhkan Che Long seorang kontraktor yang didakwa kroni Husam bagi berdepan calon muda BN, Ir Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.
Ketepikan dulu isu-isu kempen PAS dan BN kerana soal Che Long banyak yang menarik untuk diperkatakan.
ReplyDeleteSoalannya, bolehkah Che Long ‘tolong’ orang Kuala Besut jika dipilih dalam PRK pertama selepas PRU 13?
PAS menguar-uarkan Che Long sebagai ‘Ore Kampong’, ‘Mudah Berbaso’, ‘Seney Kiro’ dan macam-macam istilah bagi memikat pengundi-pengundi.
Namun, perwatakan beliau dimata media tidak dapat mengambarkan Che Long boleh memberi manfaat kepada pengundi-pengundi Kuala Besut.
ReplyDeletePAS boleh gambarkan beliau seorang berbudi bahasa, pemurah dan sebagainya tetapi jika sepanjang kempen PRK Che Long sentiasa mengelak bertembung media, kewibawaan beliau terus dipertikai.
Padahal, berdepan media dan menjawab soalan-soalan berkaitan kempen amat penting kepada mana-mana calon dalam pilihanraya namun PAS meletakkan Che Long dalam terowong gelap yang menyebabkan petugas media ‘tidak melihat’ kewujudan.
Bukan rahsia lagi kepada media kecuali organ rasmi PAS Harakah, Che Long sudah tidak dipedulikan atau diburu untuk sumber berita.
ReplyDeleteJika berpeluang mengajukan soalan padanya, pasti ‘Tak apolah’ jawaban wajib Che Long dan yang ditugaskan PAS menjawab bagi pihaknya adalah wakil calon beliau.
Lama kelamaan petugas media sudah tidak hairan lagi dengan sikap calon PAS tersebut dan menyedari poster ‘ABC’ bahan kempen BN bermaksud ‘Asal Bukan Che Long’ tepat sekali.
Dalam soal kempen pula, PAS ketandusan modal dan pilihanraya dalam bulan puasa sedikit sebanyak menyelamatkan parti pembangkang tersebut kerana tidak perlu banyak berkempen.
ReplyDeleteSasaran PAS lebih kepada Kempen 16:16 yakni mahu pengundi-pengundi Kuala Besut memilih mereka supaya ujud keadaan kerajaan tergantung apabila bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara BN dan PAS seri.
Jika ini berlaku, kedudukan DUN dan kerajaan Terengganu akan terumbang ambing dan hanya akan ditentukan tiga pilihan berdasarkan Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri, Keputusan DUN dan perkenan Sultan Terengganu.
ReplyDeleteAndai keputusan pada malam 24 Julai nanti berkedudukan 16:16, pilihan terbaik yang dijangka banyak pihak adalah dengan Speaker membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya Negeri.
Inilah yang diharapkan PAS tetapi bagi rakyat Terengganu.Ini tentu menyulitkan serta membuang masa kerana negara baru selesai mengadakan PRU.
Justeru itu juga PAS pada saat-saat akhir mencanangkan akan melantik Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar jika menang pada Pilihanraya Negeri.
ReplyDeleteTujuan melantik semuka bekas Menteri Besar ketika PAS pernah memerintah Terengganu selama sepenggal pada 1999 jelas bertujuan memancing pengundi-pengundi supaya menyokong Che Long pada PRK ini.
Walaupun Ahli Parlimen Marang itu menyatakan sudah penat dan tidak mahu jadi Menteri Besar lagi tetapi dengan cadangan dikemukakan Dewan Ulama PAS, ianya sesuatu alasan yang sukar ditolak.
ReplyDeleteDi sinilah kepintaran politik penduduk Kuala Besut tercabar dan teruji.
Sebelum membuat keputusan mengundi pada Rabu, mereka harus memikirkan bahawa undi mereka bukan sahaja menentukan nasib rakyat Kuala Besut tetapi masa depan rakyat seluruh Terengganu.
Inilah pilihanraya KECIL yang BESAR implikasinya.
Pengundi-pengundi Kuala Besut tidak harus membiarkan diri mereka jadi bahan eksperimen PAS bagi mencapai sasaran 16:16.
ReplyDeleteIngatlah, Che Long tak boleh ‘tolong’ dan 16:16 adalah perangkap PAS yang bakal memusnahkan segala perancangan kerajaan negeri dan janji-janji BN pada PRU lalu yang mahu melihat bukan sahaja Kuala Besut ‘Koho’ Biru tetapi negeri Terengganu kekal dengan Gelombang Biru bagi kesejahteraan rakyatnya.
Buatlah pilihan dan buktikan pengundi-pengundi Besut tidak mudah diperdaya taktik kotor pembangkang yang hanya menghabiskan masa berpolitik apabila dipilih bukannya seperti BN yang kekal membela rakyat
ReplyDelete