Thursday, August 29, 2013

AS Dalang Penggulingan Dr.Mursi!

Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuat pengakuan menerusi majalah The Week bahawa mereka berkomplot dalam rampasan kuasa tentera ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi. Dipetik laporan AP, majalah yang turut memaparkan gambar Jeneral Abdul...

Sambutan Kemerdekaan Tak Bermaya?

Kita mengeluh bila setiap kali tiba 31 Ogos hari keramat untuk rakyat negara ini kerana pada tanggal itu diistyharkan kemerdekaan negara. Apa dikesal dan dikeluhkan kerana semangat untuk sambut hari ulang tahun kemerdekaan itu tidak...

Kes Altantuya Cemarkan Imej Malaysia?

Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibu dan Kerajaan Mongolia ekoran kegagalan institusi kehakiman Malaysia menyelesaikan kes pembunuhan model kelahiran negara itu. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata,...

Pemimpin atau rakyat yang perlu bina semangat patriotisma?

‘National Anthem Act’ 1968 akan berkuat kuasa tidak berapa lama lagi didalam pawagam. Semua penonton mesti bangun dan menghormati ‘Negara Ku’ yang akan dimainkan sebelum tayangan sesebuah filem itu.. Sesiapa yang melanggarnya boleh di denda...

Wednesday, August 28, 2013

6 Pesanan Khusus Untuk Wanita

Setiap wanita perlu mengambil perhatian terhadap 6 pesanan yang penting untuk kehidupan mereka : Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak...

Ikhwan Muslimin diharamkan, Guna Ulamak Upahan Keluar Fatwa

Kemelut politik antara Ikhwanul Muslimin (IM) dan tentera di Mesir, memasuki babak baru. Gelanggang konfrontasi kedua pihak kini berjalan lebih sistematik. Tentera Mesir mencanangkan propaganda perang terhadap IM dan pendukung Presiden yang digulingkan Muhammad Mursi,...

Misteri Kuil Di Atas Bumbung Pangsapuri Mewah

Keajaiban seni bina yang didirikan di atas bumbung bangunan pencakar langit seolah-olah menjadi trend terkini pembinaan di China. Hanya beberapa hari selepas skandal yang melibatkan sebuah vila gunung yang dibina di atas bumbung sebuah bangunan...

Beli kereta guna wang kecil

ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya dengan menggunakan sejumlah wang kecil, lapor akhbar Daily Mail semalam. Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat bayaran...

Zahid Popular, Belum Tentu Menang Bergaya

Jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Zahid Hamidi. Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang. Daripada...

Jenayah Berleluasa, Malaysia Jadi "Bandar Koboi"

Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail melahirkan kebimbangan dengan penularan jenayah senjata api di negara ini.

Katanya, jika jenayah melibatkan penggunaan senjata api tidak dibendung Malaysia akan menjadi seperti “cowboy town” (bandar koboi).

Menurutnya, kes jenayah bunuh bersenjata api semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal memerlukan perhatian serius pihak polis.

“Tapi sedihlah, dulu kita tidak pernah dengar perkara-perkara ini berlaku dan kita orang Islam jauh dari berlaku perkara-perkara yang macam ini.

“Sebelum ini, tidak berlaku banyak sangat kes tembak senjata api. Ini setiap hari berlaku dan tidak terkawal. Dulu berlaku di Kuala Lumpur sahaja, sekarang boleh berlaku di mana-mana sahaja dan ini patut dibendunglah.

“Malaysia ini sekarang sudah jadi ‘cowboy town’ bila I tak suka U, upah orang tembak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tengku Ibrahim juga mahukan agar sempadan Malaysia-Thailand dikawal sebaik mungkin supaya kemasukan senjata api dapat dibendung.

Bahkan, kata beliau, apa yang lebih membimbangkan bukan sahaja berlaku penyeludupan senjata api tetapi terdapat urusniaga menyewanya. -HD


TERBARU: Kediaman Bekas Pegawai Tinggi Polis Dipecah Masuk

Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, Ahad.

Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang.

"Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar.

"Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Isnin.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat.

Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis. - BERNAMA

Anjing dan isu masyarakat Malaysia

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah realiti masyarakat ‘era baru' kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru...

MCA : Ketegangan Kaum, Pengarah Tanda Putera bertanggungjawab

MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum. Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, adegan...

VIDEO : Perusuh Fanatik ‘Buddha’ Bakar Lagi Rumah Muslim

Perusuh fanatik yang anti-Islam membakar kedai dan rumah penganut Islam di Myanmar dalam satu pertempuran terbaru antara dua penganut agama itu, kata polis, semalam. Gerombolan 1,000 penganut buddha telah membakar berpuluh-puluh rumah-rumah dan kedai-kedai di...

Khairy : Parti tunggal Cina dalam BN

Khairy Jamaluddin hari ini menggesa parti komponen Cina di bawah Barisan Nasional (BN) bergabung menjadi sebuah parti tunggal. Menteri Belia dan Sukan itu berkata cadangan untuk menggabungkan parti komponen India di bawah BN sebelum ini...

Celcom : SMS Yang Tidak Diundang Menggangu Pengguna

Kita menerima aduan dari pengguna Celcom yang mengatakan dia terpaksamembayar SMS yang tidak diundang sedangkan beliau tidak pernah memerlukan SMS tersebut. "Ini adalah perniagaan SANGAT SANGAT SANGAT tidak beretika denganmemberikan akses kepada Pihak Ketiga Akses...

Tuesday, August 27, 2013

Slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" - Najib Ikuti Jejak Langkah Israel

Slogan terbaru, Endless Possibilities (Apapun boleh?) yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Ketua Pembangkang itu ketika ditemui pemberita di majlis hari raya PKR Lembah Pantai, hari ini.

Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities’ pada 17 September depan.

Memetik Keadilan Daily, Anwar berkata, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno BN.

“Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan. Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.

“Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” katanya sambil menyatakan slogan baru itu semata-mata strategi perhubungan awam. -selangorku

Majalah The Week dedah siapa Al-Sisi

MESIR: Amerika Syarikat akhirnya secara tidak langsung membuat pengakuan terang-terangan bahawa mereka terlibat secara langsung dalam rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi. Pengakuan itu dapat dilihat apabila majalah The Week yang berpengkalan...

Mengapa Khairy Jamaluddin Puji Pakatan Rakyat?

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada mulanya serba salah apabila diminta menyenaraikan tiga perkara mengenai Pakatan Rakyat yang disenanginya. Soalan 'nakal' itu diajukan seorang mahasiswa kepada Khairy yang ketawa kecil dan secara berjenaka berkata...

Erdogan Kecam Respon AS Tentang Penglibatan Israel

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Sabtu klemarin (24/8/2013) telah mengecam Washington kerana respon mereka terhadap dakwaan mengenai keterlibatan Israel di dalam krisis Mesir. Tuduhan Erdogan yang mengkaitkan kudeta tentera di Mesir dengan...

Monday, August 26, 2013

Warga Bosnia Berdemontrasi Menyokong Mursi

Demonstrasi menyokong Mursi terus berlaku di pelbagai negara. Tak terkecuali negara-negara Eropah yang menentang kekerasan tentera Mesir terhadap pendukung Mursi. Lebih kurang 200 anggota aktivis dari penduduk asal Mesir di Bosnia dan Herzegovina berkumpul di...

Kes Altantuya Perlu Dibicara Semula, Tubuh RCI...?

Mahkamah Rayuan patut mengadakan perbicaraan semula apabila mendapati wujud kecacatan dalam penghakiman kes, bukan membebaskan tertuduh, kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa. Merujuk kes Altantuya Shariibuu, peguam itu berkata, Seksyen 60 Akta Kehakiman Mahkamah 1964...

Thursday, August 22, 2013

Kabinet tolak cadangan CCRIS kepada peminjam PTPTN

Kabinet menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengenakan tindakan terhadap peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar) melalui laman Facebook...

Kenapa Kitar Semula Pemimpin Rasuah & Bermasalah?

Tidak rasional dan tiada kewajaran melantik semula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada kedudukan penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita sedangkan kredibiliti beliau terpalit dengan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan suami...

Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland, 37 Maut, 16 Cedera

Seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands hari ini. Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 49 penumpang itu...

"Endless Possibilities" Ganti Slogan 1Malaysia Yang Gagal

Jika slogan pertama kurang memberi kesan, cuba lagi. Datuk Seri Najib Razak kini bersedia untuk melancarkan penjenamaan baru bagi pendekatan Malaysia, disasarkan kepada rakyat Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2013 yang membangkitkan kemarahan ramai.

Kempen terbaru itu yang dipanggil `Endless possibilities’, dijangka dilancarkan pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke-50, kata sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Mereka berkata, slogan `Endless Possibilities’ akan menggantkani slogan 1Malaysian yang diperkenalkan perdana menteri ketika beliau mula menjawat jawatan itu pada April 2009. Satu laman web baru – www.malaysia.my juga kini dibina.

“Kempen `Endless Possibilities’ sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan. Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Najib turut dilihat menggunakan butang lencana berlogo `Endless Possibilities’, yang berupa lingkaran tiada penghujung berjalin dengan M dan Y dalam warna merah, kuning dan putih berlatarbelakangkan warna biru, bersama dengan butang lencana logo 1Malaysia.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan’ dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka,” kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.

Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna’ ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.

Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.

Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities’ sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

“Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.

“Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara,” menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini.

“Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kempen yang besar dan mengkagumkan. Kempen ini ada `kemungkinan yang tidak berpenghujung’,” katanya. -TMI

Tuesday, August 20, 2013

Negara Berpendapatan Tinggi Atau Berhutang Tinggi ?

DALAM SISTEM KEWANGAN, penarafan kredit yang dijalankan oleh Agensi Penarafan Kredit seperti Standard & Poor's, Moody's dan Fitch Ratings adalah penting untuk mengukur tahap keupayaan kewangan sesebuah negara. Dalam hal ini, semakin rendah penarafan yang...

Page 1 of 1132123»