Saturday, August 3, 2013

Tembak Lagi: Peniaga Emas Cedera Ditembak

Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

“Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil. Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. -Bernama

6 comments:
Write comments
  1. Kawasan orang jahat2 nih.. Banyak kongsi gelap, gangster, mafia2 Cina.

    ReplyDelete
  2. Hoi kenapa ni? Orang Malaysia baru dapat pistol ka? Excited tembak menembak skang ni..dah jadi trend tak puas ahti tembak tak puas ahti tembak

    ReplyDelete
  3. Aku tembak bini aku saja. Tapi pistol Aku yg msuk dalam! Pastu anunya uli2 pistol aku. Romentiknya kami tembak dan ditembak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga menimbak macam itu. Tidak ada orang mati. Orang baru hidup lagi ada...

      Delete
  4. WIFE AKU ORANG SABAH!! SBLM INI ORANG SEMENANJUNG, ORANG SARAWAK & ORANG INDONESIA.. TAPI SABAHAN - MEMANG BEST BRO!!!!

    TEMBAK MENEMBAK, HAYUN MANGHAYUN, KASIH SAYANG YANG BERPANJANGAN.

    TERBAIKK.

    ReplyDelete
  5. Macam senjata api itu dijual di pasar ikan pula semudah itu orang mendapatkannya!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.