Kita menerima aduan dari pengguna Celcom yang mengatakan dia terpaksamembayar SMS yang tidak diundang sedangkan beliau tidak pernah memerlukan SMS tersebut.
"Ini adalah perniagaan SANGAT SANGAT SANGAT tidak beretika denganmemberikan akses kepada Pihak Ketiga Akses Server anda .... sepatunya pihak Celcom tidak mengenakan caj kembali kepada Pelanggan seperti kita ..... saya akan menghantar e-mel ini juga kepada SKMM terhadap perniagaan yang tidak beretika yang ingin wang mudah daripada
pelanggan ....Mengapa perlu membayar sesuatu kos yang tidak diundang?”
Begitulah keluhan beliau terhadap kos yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.
Beliau mengadu mengapa pihak Celcom tidak bertindak segera menghentikan SMS yang tidak dikenali dan mengecaj talian pengguna tanpa kebenaran, sepatutnya masalah SMS yang tidak diundang yang hanya
mengambil untung atas pengguna patut dihentikan dengan serta merta disebabkan pihak Celcom mengatakan mereka tidak bertanggungjawab atas SMS tersebut.
Masalahnya ialah mengapa syarikat yang menyediakan SMS tersebut menggunakan perkhidmatan Celcom boleh mengenakan bayaran kepada pengguna tanpa kebenaran.
Kita mengesa pihak Celcom patut bertanggungjawab kepada pengguna yang menggunakan perkhimatan mereka dengan mengambil tindakan segera menghentikan SMS yang tidak diundang yang mengambil keuntungan dari pengguna tanpa kerelaan mereka.
Ramai pengguna terasa tertipu kerana terpaksa membayar SMS yang tidak diundang dengan kos yang terlalu mahal dan melampau dari kos sebenar.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga sepatutnya bertindak segera mengatasi masalah ini dari berterusan.
SMS HARAM yang tidak diundang dan menganggu pengguna talian dan merugikan pelanggan dan hanya menguntungkan syarikat yang tidak bertanggungjawab sepatutnya diambil tindakan dengan segera.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
Wednesday, August 28, 2013
Celcom : SMS Yang Tidak Diundang Menggangu Pengguna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel ni ibarat 'anjing menyalak bukit' jer..Benda2 ni bukan setahun dua berlaku dan pihak Kementerian even Dewan rakyat pun pernah diungkit perkara oleh YB Seri Gading dlm perbahasan Dewan rakyat. Aku tengok.. mcm takde kesan pon.
ReplyDelete**yassir arafat.
haram jaddah...tuan tanah kedaung..
ReplyDelete