Pemuda Umno Perak mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penjualan buku ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.
Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Haron berkata langkah itu wajar kerana buku tersebut mempunyai unsur untuk mensabotaj dua mantan Perdana Menteri Malaysia.
“Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan,” katanya.
Beliau yang juga calon Naib Ketua Pemuda Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Pemuda Umno Perak di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.
Buku itu yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin telah menimbulkan kontroversi apabila ada kandungannya mengandungi temuramah bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperlekehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat umum sebagai usaha untuk melaga-lagakan bekas pemimpin utama negara.
“Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir,” katanya.
Beliau mengesa agar rakyat tidak terkeliru dengan isi kandungan buku tersebut serta berprasangka buruk.
“Jika mahu jual luar, terpulang, tetapi tindakan mengharamkan buku ini harus diambil serius oleh kerajaan kerana kemungkinan besar isi kandungannya boleh menjatuhkan imej negara,” tambahnya. -FMT
Wednesday, August 14, 2013
Haramkan Buku Pak Lah, Apa kata Khairy?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Biarkan saja buku itu di pasaran, rakyat yang berhak menilai kandungan buku itu bukannya khairul Azwan Haron. Daripada haramkan buku itu bagus sdra Khairul sarankan kepada kerajaan agar pemilikan senjata api di Malaysia diharamkan supaya tidak ada kejadian pembunuhan dengan menggunakan senjata api yang semakin menjadi-jadi sekarang ini!
ReplyDeleteKasian en khairul Azwan Haron, menghukum sebelum khatam buku...he he 5x
ReplyDeleteSelain senjata api perlu diharamkn dulu, adalah lbh lojik haramkan fitnah jahanam yg sering dlmparkn oleh pemimpin UMNO/BN sekongkol dg video sek palsu yg jels dicipta untk mgaibkan org lain!!! barulah cari pgarah utusan dn semua media UMNO/BN haramkan drpd mgeluarkn fitnah dn berita palsu untk mgeliruhkn org awam!! Khairul Azwan buta sebelah mata apa hal sebok dn panas baran dg keluarnya buku terbaru Pak lah sedgkan rakyat belum dapt baca?.....Biarlah Rakyat mnjd hakim dn menilainya dahulu sblum dia seorg yg berkepentgn tak sedr diri!!!!
ReplyDeleteknp perlu diharamkan? mau kc tapuk ulat/cacing UMNgOk???
ReplyDeleteBuku pun orang UMNO takut?
ReplyDeleteRakyat Malaysia perlu membiasakan diri dengan peningkatan kes pembunuhan di jalanan kerana ia adalah "harga untuk kebebasan", kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
ReplyDeleteTengok la betapa busuknya hati org tua ne.
Sepatutnyanya dia tau jenayah adalah berkaitan akhlak.
Disini kegagalan Mahathir 22 tahun dalam membentuk akhlak
Sekarang ni buat apa nak sebuk pasal mahadir dan Pak lah, sepatutnya Kita perlu tumpukan simpati kepada saudara Islam kita di Mesir yang dikhianat dan di bunuh kejam oleh sekumpulan anjing-anjing gila yang menyerupai lembaga manusia di sana.
ReplyDelete