Wednesday, August 28, 2013

Jenayah Berleluasa, Malaysia Jadi "Bandar Koboi"

Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail melahirkan kebimbangan dengan penularan jenayah senjata api di negara ini.

Katanya, jika jenayah melibatkan penggunaan senjata api tidak dibendung Malaysia akan menjadi seperti “cowboy town” (bandar koboi).

Menurutnya, kes jenayah bunuh bersenjata api semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal memerlukan perhatian serius pihak polis.

“Tapi sedihlah, dulu kita tidak pernah dengar perkara-perkara ini berlaku dan kita orang Islam jauh dari berlaku perkara-perkara yang macam ini.

“Sebelum ini, tidak berlaku banyak sangat kes tembak senjata api. Ini setiap hari berlaku dan tidak terkawal. Dulu berlaku di Kuala Lumpur sahaja, sekarang boleh berlaku di mana-mana sahaja dan ini patut dibendunglah.

“Malaysia ini sekarang sudah jadi ‘cowboy town’ bila I tak suka U, upah orang tembak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tengku Ibrahim juga mahukan agar sempadan Malaysia-Thailand dikawal sebaik mungkin supaya kemasukan senjata api dapat dibendung.

Bahkan, kata beliau, apa yang lebih membimbangkan bukan sahaja berlaku penyeludupan senjata api tetapi terdapat urusniaga menyewanya. -HD


TERBARU: Kediaman Bekas Pegawai Tinggi Polis Dipecah Masuk

Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, Ahad.

Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang.

"Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar.

"Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Isnin.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat.

Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis. - BERNAMA

5 comments:
Write comments
  1. Mcm mana tak berleluasa...perancang jenayah adalah dr dalam jabatan tu sendiri. Spt kes pmbunohn TKP Kastam baru2 ni,lepas ditambah pula cerita oleh Ketua Polis PPinang semalam. Anggota polis yg dibunoh di IPD Johor Bharu tahun lepas,adalah kerana beliau tahu siapa yg didalam telah mncuri bberpa kg dadah utk diedar ke pasaran dalam negara. Duit beb,duit. Dalam jabatan lain pun lebih kurang sma.

    ReplyDelete
  2. Menteri yg jaga KDN tu kan bapak samseng. Ada kes jenayah kan di Mahkamah Tinggi yg sepatut didengar tapi ada arahan dalaman le tu agar kes disenyapkn. Kalau kena pd pemimpin pembangkang,secepat kilat mereka brtindak. PDRM ke SPRM ke atau mana jabatan 'UMNO' akan masuk siasat. Sebab itu hakikat mnyaksikan rakyat sekarang MALU atau MALAS nak kibarkan bendera negara sempena Hari Kemedekaan negara,setiap tahun.

    ReplyDelete
  3. ada koboi ada kudanya...

    ReplyDelete
  4. Mncerminkn kegagaln UMNO/BN mntadbir negara dgn baik.

    ReplyDelete
  5. Aku setuju 300% dgn pendedahan KDN yg kata ramai VVIP yg naungi kump samseng. Dan jgn lupa, fu-chow yg kontrol balak di Sarawak tu. Kalau KM tak cover mereka,dah lama mampus. Ketua Menteri bebas lakukan apa shj asalkn mmberi keuntongan pd UMNo Pusat dan UMNO Pusat takkan jatuhkn KM tu. SIBU,bandar contoh jenayah yg tak selesai. Mcm mane nak selesai, polis pon takut dan terpaksa kau-tim dgn geng samseng tu. Org Semenanjung dtg nak tadbir, bukan kata penjenayah, rakyat Srwak pon takkan terima ( kecuali tugas guru2 jer). Itu suatu fakta.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.