Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.
Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive.
Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter.
Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter.
Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
SUATU masa dahulu kerajaan Pakatan Rakyat, Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Nizar Jamaluddin dikecam hebat gara-gara menukar kereta rasmi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry.
Tujuan kerajaan negeri Perak mahu bertukar kepada Toyota Camry pada waktu itu adalah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan (maintenance) yang mahal terpaksa ditanggung setiap bulan.
Proton Perdana, faham-faham sajalah kos meragamnya yang sangat tinggi dan dilihat sebagai pembaziran terhadap wang rakyat.
Namun begitu, niat baik ini menerima kecaman hebat daripada pejuang-pejuang Melayu yang tiba-tiba bersifat terlebih patriotik.
Malah RTM turut menemubual beberapa orang macai-macai UMNO..
Saksikan!!
Kemana menghilang macai-macai ini sekarang agaknya?
-http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Sunday, August 4, 2013
Video kritik di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Staf Proton terutama di bhgian pemasangan & spray cat kena sedar diri! Jgn ego & berkempen memburuk2 Krj BN lg.
ReplyDeleteRupanya kamu amat memerlukan tongkat bagi menyara kehidupan kamu sekeluarga.
TQ PM Najib kerana dengar aduan kami.
Apa agaknya kata mereka sekarang? Saya pasti mereka masih berpegang kepada kata-kata mereka itu. RTM, bantulah mereka meluahkan kata-kata itu lagi.
ReplyDeleteBERSATU BERSATU
ReplyDelete‹ › Home
View web version
Monday, July 12, 2010
Nazir Hussin Akhtar Hussin at 7:57 PM
KENYATAAN AKHBAR -ISU PROTON (Utusan Malaysia 13 Julai 2010)
Pemuda UMNO desak kerajaan siasat Proton
KUALA LUMPUR 12 Julai - Pemuda UMNO mendesak kerajaan melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan Proton berhubung dakwaan wujud aktiviti politik ditunjangi pengurusan kanan syarikat itu dengan beberapa pemimpin pembangkang.
Pengerusi Sekretariat Pekerja Mudanya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tindakan tegas itu penting bagi membolehkan syarikat automotif utama negara tersebut 'dibersihkan' daripada kumpulan perosak yang hanya mahu menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Siasatan penuh perlu dilakukan dengan segera dan jika dakwaan itu benar maka, Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir perlu bertanggungjawab.
"Kerajaan juga pada masa sama harus melihat dan meneliti semula bagaimana individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini boleh diberi jawatan dan amanah yang cukup besar untuk menguruskan Proton," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan sebuah blog, ruangbicarafaisal. blogspot.com hari ini yang mendakwa penceramah Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyusup masuk dan mengadakan sesi ceramah politik sejak dua tahun lalu hasil anjuran pengurusan kanan Proton.
Dakwa blog itu, bagi menjayakan tindakan itu, semua pemimpin pembangkang berkenaan menukar status kerjaya mereka kepada pendakwah bebas dan penceramah motivasi bertujuan mengelirukan kakitangan Proton.
Mengulas lanjut, Nazir Hussin berkata, individu yang gagal melaksanakan amanah setelah diberi kepercayaan untuk mengurus syarikat milik kerajaan (GLC) perlu dihukum demi menjaga nama baik dan produktiviti negara.
Dalam pada itu, beliau juga mahu siasatan penuh dilakukan mengenai dakwaan seorang pengurus besar di syarikat tersebut yang didakwa mencabul kehormatan seorang kakitangan Proton baru-baru ini.
"Saya dimaklumkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 29 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Semua masalah ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana ia mencemarkan imej Proton," tegasnya.
Proton bakal bankrap...
ReplyDelete