Tuesday, August 27, 2013

Mengapa Khairy Jamaluddin Puji Pakatan Rakyat?

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada mulanya serba salah apabila diminta menyenaraikan tiga perkara mengenai Pakatan Rakyat yang disenanginya.

Soalan 'nakal' itu diajukan seorang mahasiswa kepada Khairy yang ketawa kecil dan secara berjenaka berkata soalan itu meletakkan beliau dalam kedudukan yang 'sukar'.

"Hmm..perkara pertama yang saya suka tentang mereka adalah keakraban di antara mereka yang sentiasa sepakat dan kelihatan bersama," kata ketua Pemuda Umno itu.

Menurutnya, Pakatan Rakyat sentiasa berada bersama di pentas ceramah walaupun mereka bukanlah satu gabungan yang rasmi seperti BN.

"Kami juga cuba berbuat demikian (ceramah bersama) tetapi semangat kekitaan Pakatan amat jelas dan ia adalah satu perkara yang saya kagumi," katanya.

Selain itu, Khairy turut mengagumi kesungguhan Pakatan Rakyat dalam memberi ruang kepada orang muda untuk terlibat aktif dalam gabungan itu dan "pengurusan media sosial mereka yang sedikit lebih baik berbanding BN".

"Mereka nampaknya mampu menjana penglibatan lebih ramai orang (menerusi media sosial)," katanya.

Sewaktu diminta mencirikan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perkataan oleh seornag mahasiswa lain, Khairy berkata Anwar adalah seorang yang 'tidak tekal' (inconsistent).

"(Bagaimanapun) anugerah yang ada pada beliau adalah beliau juga begitu tekal dalam mengharungi ketidaktekalannya itu," kata Khairy.

Khairnya berkata demikian dalam sesi penutup forum Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini. -mk

2 comments:
Write comments
  1. "tekal dalam ketidak tekalannya"?? mula2 bunyi mcm bijak..tetapi akhirnya tetap menunjukkan ke tidak bijakannya..

    ReplyDelete
  2. Zaman Nabi saw ade sorang tu mengakui apa yg Nabi saw sampaikan & hampir mengikuti baginda, tapi bila geng2 akrabnya memperlinya, tak jadi dia ikut Nabi saw sampai akhir hayatnya.

    Rumusannya, dia nampak & akui kepincangan kepercayaannya selama ini, tapi sbb takut di cop penderhaka oleh puak2nya serta hilang pangkat & pengaruh, maka dia tak jadi pilih kebenaran.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.