Monday, August 19, 2013

PKR Lancar Web ‘Check Your TNB Meter’

Ketepatan jangka elektrik digital yang baru diperkenal Tenaga Nasional Berhad (TNB) diragui berikutan caj bulanan terhadap pengguna, tinggi, kata Datuk Chua Jui Meng.

Pada sidang media di ibu pejabat, petang ini, Naib Presiden PKR itu berkata, ia berikutan aduan orang ramai terhadap jangka elektrik baru berbanding sebelumnya.

Justeru, katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melancarkan laman web ‘Check Your TNB Meter’ bagi memberi tekanan kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk mewujudkan badan bebas memeriksa jangka elektrik digital itu.

Beliau mempelawa orang ramai melawati laman web www.checkyourtnbmeter.com dan menandatangani petisyen secara atas talian bagi menyuarakan bantahan.

“Sasaran kami ialah mencapai 10,000 tandatangan dan menyerahkan petisyen kepada TNB dan ST bagi mewujudkan sebuah badan bebas itu.

“Kami mahu kebenaran didedah, adakah jangka digital baru rosak atau tepat? Jika rosak, pengguna boleh menuntut bayaran balik daripada TNB.

“Jika tepat, pengguna boleh belajar untuk menguruskan penggunaan tenaga mereka dengan lebih cekap,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Khas bagi menangani isu itu.

Bercakap kepada TV Selangor, Wong Chen berkata, lebih 1,000 aduan diterima penduduk Kelana Jaya berkaitan masalah itu.

“Secara purata, peningkatan caj bulanan ialah 15 peratus. Ada yang sebelum ini tidak dicaj tetapi bila tukar jangka baru, meningkat kepada RM90,” katanya.

TNB menukar jangka elektromekanikal kepada jangka digital sejak 2011 bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard Tenaga yang menetapkan supaya jangka elektromekanikal ditukar setiap 15 tahun dan jangka digital setiap 10 tahun.

Sehingga kini, TNB gagal mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi aduan berkenaan. -selangorku

2 comments:
Write comments
  1. Kata teknisen betullah..Jgn pulak pengguna kediaman dibebankan utk membayar kos kehilangan faktor kuasa. Cukuplah dengan tiap2 tahun untung berbilion2. Sekarang ni terdapat banyak pengguna2 merungut dengan bacaan jangka. Masa dulu LLN ada sediakan jangka khas utk buat ujian dan tak silap saya rm10 sahaja dikenakan bayaran keatas pengguna. Meter tersebut dipasang bersebelahan meter penggna selama 1bulan, kalu Teknisen terlupa samapai 3-4bulan pun ada. Dengan ini barulah pengguna berpuashati. Apa yg saya baca dalam laman2 web ramai yg bersungut pasal kenaikkan bil yg mendadak. TNB patut peka dalam hal ini..

    ReplyDelete
  2. Badan mana yang mengawalselia bacaan meter di Malaysia ni..??? bagaimana pula dengan meter air, caj penggunaan telefon dan internet, meter pam minyak dsb...bil telefon prepaid sekarang lagi mahal kerana operator perkhidmatan boleh sesuka hati mengenakan caj bukan2...memnag kerajaan sekarang kena tukar pada PRU 14...nasib rakyat makin teruk dibuatnya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.