Terima kasih kepada undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya, kata badan penyelidik bebas, Merdeka Centre.
Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland).
Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Maklumat ini diperolehi The Malaysian Insider melalui kajian bentuk pengundian dalam pilihan raya 5 Mei lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre.
Data dari semua saluran mengundi di 222 kerusi parlimen dikaji menggunakan dua langkah sistem cluster yang direka khas untuk mengenalpasti kumpulan atau clusters.
Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN.
Merdeka Centre mengesahkan tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen.
Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu.
Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi.
Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media.
Kehadiran mereka dalam beberapa kawasan sangat penting kerana pertembungan yang sengit. Secara puratanya terdapat 1,100 pengundi pos dan 800 pengundi awal bagi setiap kerusi Parlimen.
Menurut Merdeka Centre, selepas menganalisa data itu, mereka merumuskan, BN boleh kehilangan sehingga 30 kerusi Parlimen jika tidak ada undi awal dan undi pos.
Kerusi-kerusi itu adalah:
Segamat (93.3% pengundi pos dan undi awal untuk BN), Bagan Serai (82.6% BN), Muar (87.2% BN), Pulai (88.8% BN), Jerai (74.2% BN), Balik Pulau (89.5% BN),Machang (79.2% BN), Labis (89.75% BN), Kuala Selangor (71.7%for BN), Beaufort (71.7%for BN), Kuala Kangsar (76%for BN), Hulu Selangor (83.9% BN), Sungai Besar (75.1% BN), Baram (89.2% BN), Kulim-Bandar Baharu (88.8% BN), Pasir Gudang (89% BN), Tangga Batu (86.4% BN), Titiwangsa (78.9% BN), Tasek Gelugor (68% BN), Tenom (87.6% BN), Bentong (89.9% BN), Cameron Highlands (91.3% BN), Merbok (80.5% BN), Ketereh (81.6% BN), Setiawangsa (81.9% for BN), Mas Gading (72.3% BN), Keningau (78.4% BN).
Antara mereka yang menang kerana undi pos dan undi awal adalah Presiden MIC, Palanivel. Dia menang kerusi Cameron Highland dengan majoriti 462 undi selepas mendapat 91.3 peratus undi pos dan undi awal.
Calon lain adalah Datuk Chua Tee Yong, anak presiden MCA. Dia menang kerusi Labis dengan 353 undi majoriti selepas mendapat 89.7 peratus undi pos dan undi awal.
Dalam laporannya, Merdeka Centre merumuskan, "Implikasi dari undi pos dan undi awal dalam pilihan raya ini sudah pasti menyebabkan masyarakat sivil dan pembangkang akan terus menekan SPR membuat reformasi dalam proses pilihan raya." -TMI
Tuesday, August 13, 2013
BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadi, ndak demokrasi lah??
ReplyDeleteSemua penjawat awam @ polis myokong BN?!! Atau reverse psiko pihak u utk matlamat yang songsang?
Agenda menjatuh BN nie..demi berpayung kpda seorang 'jaguh sabung' yang samar2 identity nya.
ReplyDeleteSiapa ibu sebenar beliau?
Bagaimana beliau dibela?
Rekod2 remajanya?
Kisah perkahwinannya?
Masalah rumahtngga hga siisteri report pd PM?
Gaya persahabatannya?
Dll..
Malaysia anarki Di bawah penggerak parti Mata satu ini..
LAMBAT LAUN UMNO BN AKAN LINGKUP JUGA NANTI, TIADA YANG KEKAL DI DUNIA MELAINKAN ALLAH.............
ReplyDeleteKali ini aku dan kawan2 yang lain berikhrar pasti sedia sepenuh masa keluar dn bekerja awal sepenuh masa menyampai maklumat dn perkara yg benar adalah perlu kpd rakyat tahu kezaliman dn rakus srta penipuan kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib. Rakyat perlu sedar dan berubah supya UMNO/BN terkubur perlu diganti agar rakyat tdk lg tertipu!!! HARGA BARANG NAIK YG DERITA TERTINDAS ADALH RAKYAT TERMISKIN. SKRG MANA JNJI2 PEMIMPIN UMNO/BN SKRG RAKYAT CARI MAKN SNDIRI TETAPI MINTA SOKONGAN DN BANTUAN PEMIMPIN UMNO/BN LARI MGELAK TDK MH BERTANGGONGJWB!!!!!! PUIII CELAKA LAH KAMU
ReplyDelete