Tuesday, August 20, 2013

Simbol 4 Jari Erdogan Kini Disebar Di Facebook

Simbol 4 jari itu dicipta oleh Erdogan, ya perdana menteri Turki yang paling vokal mengecam pembantaian pemerintah Mesir kepada rakyatnya. Ketika itu Erdogan mengecam keras pembantaian besar-besaran pada Jumaat dan Sabtu lepas di Ramses Square dan pengepungan Masjid Fatih oleh junta tentera Mesir.

Dan mulai Sabtu kelmarin, ramai telah memakai simbol 4 jari terutama pengguna sosial media (twitter, facebook) yang disebut-sebut menjadi simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk pendukung Mursi.


Erdogan yang mencetus simbol 4 jari tersebut pada Sabtu (17/8), menyebutnya sebagai simbol mengenang medan jihad Rabiatul Adawiyah (Rabi’ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir.



Simbol 4 jari memberi maksud Rabi’ah. Rabi’ah/arba’ah berarti Empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi’ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti.

2 comments:
Write comments
  1. Kamal Artartuk mmbawa pembaharuan Turki dr negara ISLAM kepada negara sekular manakala Erdogan pulak mmbawa pmbaharuan Turki dr negara sekular kepada negara ISLAM. Harap begitu laaa.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya nasib PM Turki sebelum ni iaitu Mr Necmetin erbakan pon sama dgn nasib Dr Morsi di mesir. Dr Necmetin Erbakan..professor kejuruteraan setelah menang PRU di Turki,kan drampas kuasa oleh tentera malah diharamkn pula beliau dr masuk mana2 PRU selepas tu. Dr Morsi pon sama. YB Dato Seri Nizar di Perak pun sama,lepas menang kan polis masuk rampas di SUK Perak melalui Dato SUK Negeri atas arahan UMNo Pusat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.