Thursday, August 22, 2013

Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland, 37 Maut, 16 Cedera

Seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands hari ini.

Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 49 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18 lelaki dan 12 wanita.

Bagaimanapun kewarganegaraan mangsa yang maut masih belum dapat dipastikan, katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.

"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.

Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.

"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.

Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL.

Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:

1. Wong Teraphong, 63 - Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh
3. Saidah, 19 - Malaysia
4. Razif, 26 - Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia

Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang

1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh
2. Nu Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh
5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia
6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia

-- BERNAMA

NONE

NONE

NONE

NONE

NONE


4 comments:
Write comments
  1. kemalangan ini besar kemungkinan d sebabkan kaadaan bas yg uzur, tayar botak, pemandu baru tak berpengalaman jln ini, bas pernah d senarai hitam adalah lah faktor utama kemalangan ini.Kaadaan jalan bagi saya sudah banyak d naik taraf jika d banding terdahulu.KEALPAAN MAANUSIA MENGUNDANG KEMALANGAN TERUTAMA BAGI KAWASAN INI

    ReplyDelete
  2. Bas terbabas setelah melalui selekoh tajam,pemandu cb mengawal tp gagal disbbkn load n mementung yg kuat.

    ReplyDelete
  3. Jawapan sebenar brkaitan tragedi ini ialah..trlampau banyak PIHAK BERKUASA hingga tak tahu siapa yg benar2 berkuasa keatas sykt pengendali pengangkutan awam. JPJ kata kuasa dah diambil oleh LPKP tapi LPKP dah ghaib ditelan oleh SPAD. SPAD pula akan jawap dia takde kepakaran teknikal. Kena rujok PUSPAKOM. PUSPAKOM pula mngkin akan jawap ia tak boleh memantau di jalanraya ddan hanya menunggu di PUSPAKOM sahaja utk lakukan apa pemeriksaan berkala ( VR 1 ). Pihak polis sememangnya sudah lama tak campur tangan hal2 berkaitan kecuali trbabit dgn unsur2 jenayah sahaja. Kalau LPKP dulu skop tugas sedikit meluas tetapi setelah dingapsayotkan oleh SPAD, fungsi dan peranan menjadi kabur. Tak jelas konsep pengujudan SPAD. Belum lagi berbicara pasal kenapa pemandu yg ada 23 saman tak selesai,boleh dimabil bekerja. Pihak syt Resort World ( tuanpunya sykt bas ) memang confirm akan terlepas dari hukuman. Tngok nama pun sudah GAH..so, ada berani ambil tindakan. Ulang balik tajuk asal ialah terlamapu banyak PIHAK BERKUASA hingga kita tak tau sapa yg benar2 berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Di Sabah jalanraya curam seperti di Genting ini banyak seperti jalan Moyog Tambunan, jalan Kimanis Keningau sebagai contoh maka pihak berwajib kena fikirkan sama ada jalan itu benar-benar selamat untuk pengguna jalanraya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.