Mahkamah pilihan raya di Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama setakat ini dan sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Sabah bagi kerus DUN Klias.
Keputusan itu pastinya akan menyebabkan bantahan daripada Pakatan Rakyat (PR) yang setakat ini, semua petisyen difailkan pakatan itu dibuat dengan dikenakan kos tinggi.
Ini adalah petisyen pertama yang berjaya di antara 69 petisyen difailkan pembangkang PR dan Barisan Nasional (BN) selepas tamat PRU13 pada 5 Mei lalu.
Kerusi Klias dimenangi ketua pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dengan majoriti 342.
Petisyen itu difailkan calon BN, Isnin Aliasnih yang memperolehi 6,182 undi berbanding Lajim, 6, 324 undi.
Hakim Yew Jen Kie bagaimanapun membuang petisyen difailkan Lajim yang mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort. Lajim tewas di kerusi itu apabila calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun memenanginya.
Yew turut membuang petisyen Isnin yang difailkan terhadap pegawai pilihan raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 setiap seorang.
Hakim berkata, Isnin dalam permohonannya tidak menjelaskan bagaimana tindakan RO dan SPR memberi kesan terhadap keputusan kerusi Klias.
Lajim boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap kedua-dua keputusan itu.
Dalam pilihan raya lalu, bagi negeri Sabah, BN memenangi 48 kerusi sementara pembangkang menang 12. –TMI
Wednesday, August 7, 2013
BN menang petisyen kerusi DUN Klias
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NDAK PAYAH KEMPEN PUN YB LAJIM TATAP AKAN MENANG!! YB LAJIM PASTINYA JADI CM SEPERTI YG DIJANJIKANNYA SEBELUM INI.
ReplyDeleteyg BN punya semua ok....
ReplyDeleteBimbang dah musa aman and the bn gang kalau bnyk kerusi dun sabah PR menang terutama kalau yang menang bekas Bn nanti terkeluar semua skandal kayu balak, skandal salah guna kuasa terutama dalam hal pemberian tender projek kerajaan, skandal projek utk kroni, keluarga dan ipar. Banyak org mengeluh tentang kelemahan dlm pentadbiran kerakaan negeri yg diterajui oleh musa aman tapi bila pilihanraya bn kasih duit yg ndak sampai kemana pun duit yg dikasih, dikasih tangki, lupa sdh. Hakikatnya bn yg lebih bnyk melanggar peraturan pilihanraya yg d tetap oleh spr tapi klu buat petisyen pun akan sia2 sebab kemungkinan besar d tolak dengan bayaran yg bnyk. Bn tiafa masalah aju petisyen duit bnyk hasil dari pendapatan hasil bumi dan cukai. Petisyen ni pun pasti d tanggung oleh duit hadil negara. Sonang la org bn duit negara duit bn, PR byr cukai harus .... bn barang naik, bn beras nasional hrg tidak tentu. Rakyat dpt semua benda yg tak de kualiti rakyatkan miskin bagi apa je rakyat sapu punya. Pemimpin mesti jadi jutawan walau huna duit hasil negara dari rakyat.
ReplyDeletesusah untuk ubah sikap & cara berfikir org pedalaman sabah & seluruh warga borneo. siapa ada duit banyak itu yg di sokong.siapa bagi lebih itu yg menang. tidak peduli adakah pemimpin itu bijak @ sebaliknya. betullah politik sabah bergegar ramai yg sokong PR tapi masih berjuta org sokong BN (Hakikat).
ReplyDeletedi B'fort, dlm keadilan hanya seorg paling layak di angkat menjadi wakil rakyat baru yg ada kualiti iaitu ABD.RAHMAN YAAKOB. sayangnya org lebih pandang duit dari memilih pemimpin yg amanah. satu2nya org bisaya yg pernah pegang jawatan dlm ABIM & mempunyai background kepimpinan yg sgt bagus.
dato lajim harus ubah cara politik. berpolitik cara pembangkang & bukan cara BN. benarlah pengalaman mengatasi segalanya tetapi politik hari ini ialah politik org muda. siapa agresif siapa bijak taktik itu yg menang.
apapun yg terjadi segalanya kembali kepada Tuhan. menang kalah semuanya akan mati. akhirnya duit dan kuasa x boleh beli SYURGA.
INIKALI LA. MAY ALL ALLAH BLESS US.
ReplyDeleteJAHANNAMKAN UMNONGOK!!!!!!
ha ha peluang lajim tambahkan majority... kamon datuk....
ReplyDelete