Wednesday, August 28, 2013

MCA : Ketegangan Kaum, Pengarah Tanda Putera bertanggungjawab

MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, adegan sekumpulan pemuda Cina kencing di laman Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun akan menyebabkan penonton berasa kurang senang dan pihak penerbitan harus bersedia menerima kritikan.

Wee berkata, meletakkan kesalahan sesuatu kaum dengan menggambarkan babak yang tidak tepat berhubung tragedi 13 Mei 1969 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Pihak penerbitan Tanda Putera membantutkan usaha pendamaian nasional yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apatah lagi dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pengarah tidak sewajarnya menggunakan alasan sejarah bagi membuat penipuan dan kebencian antara kaum di Malaysia. Filem cereka atau berdasarkan kisah benar seharusnya boleh dibezakan oleh pengarah filem itu," katanya.

Hari ini DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam mesyuarat Kabinet esok.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata filem Tanda Putera mendapat pembiayaan kerajaan bagi menerbitkan filem sejarah berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei namun gambaran tidak tepat mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau berkata, Tanda Putera seharusnya dijadikan medan menyampaikan kebenaran dengan memaparkan peristiwa sebenar 13 Mei 1969 namun filem berkenaan memberi gambaran tidak tepat menyebabkan generasi muda terkeliru apa sebenarnya yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu.

"Shuhaimi tidak seharusnya menjadikan Tanda Putera sebagai sebuah filem pontianak yang pernah diarahkannya dahulu dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung rusuhan kaum berkenaan kepada generasi muda.

"Pengarah mesti menyenaraikan babak cereka atau peristiwa yang tidak tepat berhubung kejadian 13 Mei dalam filemnya supaya tidak terus menyelewengkan kebenaran peristiwa 13 Mei.

“Perakuan ini penting kerana Shuhaimi mengakui Tanda Putera sebagai sebuah filem fiksyen yang berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, berdasarkan pandangan penonton yang menonton filem berkenaan, mereka mendapati filem berkenaan terdapat unsur cereka atau kejadian tidak benar mengenai 13 Mei yang boleh memberi kecelaruan dalam masyarakat dan menyemarakkan api kebencian antara kaum.

Katanya, berdasarkan pandangan mereka yang telah menonton filem itu, beberapa babak rekaan dikenal pasti antaranya beberapa pemuda kencing di tiang bendera di laman rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Idris Harun dan babak kekecohan di pawagam yang meminta kaum Cina meninggalkan tempat itu. –TMi

2 comments:
Write comments
  1. Kalau Pengarah dan Penerbit filem Tanda Putera ni dr geng2 PR,confirm besok kena tangkap ISA dan meringkup le kome dalam Kamunting,yer!! Kome ingat Datuk Husam Musa yg berceramah kat KL tahun lepas isu politik, ceramah beliau tak bangkitkn rakyat pi serang pejabt kerajaan ponn, polis Kelantan ( anjingUMNO) nak tangkap beliau atas Akta hasutan. Akta tu atau akta mana2 pon, jika dibca dlm konteks UMNgok memang dikatakn mnghasut. Mike tak berani baca dlm konteks demokrasi dr sudut Perlembagaan Persekutuan,yg BN sendiri wujudkn.

    ReplyDelete
  2. Melalui tayangn filem Tanda Puter itu, jelas BN cuba mmesongkn pemikiran org melayu agar jgn sokong PR. Secara kasar, unsur peristiwa 13 Mei gagal dipamirkn dlm filem itu. Ia lebih kpd cerita persahabatan dua insan mulia iaitu Tun Razak dgn Tun Dr Ismail. Juga dselitkn dgn idea penubohan FELDA oleh arwah Tun Razak demi mmbela kaum melayu selain DEB. DAP cuba digambarkn sebagai komunis sedangkn komunis melalui PKM adalah satu gagasan kuat yg menentang penjajah Inggeris selain pejuang tanahair. Trdapat slot kencing pd tiang bendera negara dan ia tiada dlm fakta sejarah ( buku tawarikh ). Lokasi citer juga tidak sama dgn lokasi sebenar 13 Mei di Kg baru,KL. Ksimpulannya, Peristiwa 13 Mei yg cuba dikaitkn dlm filem itu, lenyap sekerat jalan cerita dan tidak tau apa motif cerita itu ditayangkn selain pemesongn pemikiran org agar mnjauhi PR dn mndekati UMNO. Hanyut RM4.5 juta duit Perbadanan itu ini dan tajaan individu,hasilnya tiada. Bagus juga duit tu utk serah pd PTPTN bg lunaskn pinjaman pelajar2 yg belum trbayar. Ke guane gu !!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.