Ramadan tahun ini menyaksikan satu perkembangan baharu yang menjejaskan hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama Malaysia, ekoran berlaku kes-kes penghinaan terhadap Islam.
Kes menghina Islam oleh pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee, dakwaan pelajar bukan Muslim dipaksa makan di tandas, dan video oleh seorang pelatih anjing beragama Islam mendedahkan politik sektarian yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Wacana politik yang rendah dan terlalu dikuasai politik identiti menjadikan isu berkaitan dengan Islam dan umat Muslim mudah diketengahkan dan diletakkan dalam kedudukan defensif.
Kedudukan Islam dan Melayu yang semakin dipersoalkan menjadi satu faktor meningkatkan kes-kes seperti ini, yang biasanya dengan segera akan mendapat respons bukan Muslim dan kelompok liberal, yang dengan segera juga mengambil pendirian menyalahkan pihak Muslim.
Contohnya dalam kes pelajar makan di bilik persalinan yang dijadikan ruang makan sementara. Peristiwa itu segera dibingkaikan sebagai satu penindasan oleh majoriti Muslim terhadap minoriti bukan Muslim, lalu respons orang ramai sebahagian besarnya segera melihatnya sebagai satu penindasan, dan melihatnya sebagai sepenuhnya satu isu pencabulan dan melanggar sensitiviti.
Hal ini demikian kerana sentimen sangat kritikal terhadap Muslim telah lama dibina, sama ada secara sengaja atau tidak, sebagai sebahagian naratif penting pihak yang menentang kedudukan agama Islam dan Melayu dalam politik negara ini.
Pada masa sama, wacana rendah hal-hal sosial dan politik negara menyumbang kepada reaksi terburu-buru yang berleluasa di laman-laman sosial, yang kemudian menyumbang kembali kepada kerendahan wacana yang telah sedia parah.
Reaksi, atau kekurangan reaksi daripada bukan Muslim dan kelompok liberal mendedahkan pembahagian jelas berdasarkan sentimen kaum, seperti yang jelas dilihat dalam kes menghina ibadat puasa dan agama Islam oleh pasangan Alvin dan Vivian.
Tidak ada reaksi keras daripada kumpulan-kumpulan Cina, bukan Muslim dan liberal berdasarkan standard yang selalu diutarakan oleh mereka berhubung sensitiviti kaum dan agama, malah ada yang merendahkan kes itu sebagai hanya tindakan bodoh, seperti tidak memahami Islam atau kerana kerendahan cita rasa (in bad taste).
Peruntukan perundangan wujud untuk menangani kes-kes seperti ini, yang bukan asing dalam dunia perundangan di seluruh dunia, tetapi sudut perundangan ini sering diperkecil dan dinafikan oleh sesetengah pihak.
Sikap selektif mereka jelas dalam hal ini; iaitu memperbesarkan sebarang dakwaan pelanggaran sensitiviti atau penindasan oleh orang Melayu, dan menganggap pelanggaran yang sama oleh masyarakat minoriti sebagai tindakan berdasarkan kelemahan yang perlu dimaafkan.
Dalam kes Alvin dan Vivian, hakikat bahawa mereka menggunakan imej makanan yang dikenali sebagai haram kepada Muslim di negara ini beserta logo halal membuktikan pemahaman mereka yang jelas, dan sukar untuk dinilai sebagai dilakukan tanpa niat jahat.
Kes-kes seumpama ini, yang satu ketika dulu dilakukan oleh pencetus kontroversi Namewee, semuanya sebahagian daripada satu gelombang peningkatan sentimen sektarian dan keberanian melakukan provokasi dan memperlekehkan Islam dan orang Melayu.
Pemerhatian terhadap bentuk dan kecondongan laporan-laporan di media liberal, kenyataan-kenyataan tokoh bukan Muslim dan pelbagai bentuk ekspresi lain menunjukkan bukti ke arah ini.
Seiring dengan itu, respons masyarakat Muslim, termasuk daripada pemimpin-pemimpin politik sering dinilai sebagai berlebihan dan selektif.
Pada masa sama, wujud kecenderungan defensif sesetengah kumpulan dalam masyarakat Muslim, dengan cuba membawa pelbagai pembelaan untuk pelaku tindakan menghina itu.
Kecenderungan melakukan penghinaan dan provokasi terhadap Islam dan Melayu seperti ditunjukkan kes-kes diatas kini semakin jelas dan berleluasa, dan diburukkan oleh agenda kelompok-kelompok yang menyokong tindakan itu, dan respons yang tidak membantu menangani kes-kes tersebut secara yang sewajarnya.
Oleh SiasahDaily
Sunday, August 4, 2013
Kes hina Islam dedah peningkatan politik sektarian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alvin dan vivian, kedua-duanya orang cina, sememangnya cuba mengusik orang melayu dan agama islam. perjalanan hidup mereka sebelum ini pun adalah cuba mencabar minda masyarakat islam dengan menggalakkan pemikiran sexualiti liberal. kemudian seorang orang india cuba dengan niat jahat memburukkan satu sekolah gara-gara pelajar makan dalam ruang salin pakaian tetapi disebutnya tandas!..semua ini adalah langkah mencabar institusi melayu dan islam di malaysia.
ReplyDeletetanpa mereka sedari, perbuatan mereka ini akan lebih menyatukan umat islam dan melayu di malaysia. bagi sayalah, perbuatan mereka ini sangat bodoh dan tidak berfikiran dalam. asyik syok menghentam saja.
hanya kebetulan bulan puasa sahaja anak-anak india makan dalam bilik persalinan. sebelum itu, semua murid termasuk melayu dan cikgu2 turut makan di sana. bukankah kenyataan seorang india itu buduh sebuduh-buduhnya kerana tidak memeriksa keadaan, mana mula dan akhir cerita.
saya sokong muhyidin jika dia nak mansuhkan sekolah tamil dan sekolah cina. kasih satu sistem saja di malaysia ini. yang lain dari sistem itu, jangan diiktiraf lagi. barulah lahir masyarakat malaysia.
anony 6.38am... Wa caya lu
ReplyDeleteKalau orang Islam mempunyai kilang arak agak-agak menghina Islam tak?
ReplyDelete