Dianggap sebagai "Mr Clean", beliau dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat".
Bimbang legasinya terjejas, Mahathir kemudian memulakan genderang perang dan mula mengkritik kepimpinan Abdullah, yang dilihatnya sebagai pemimpin yang lemah.
Dan selepas kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan sokongan pada BN mula retak, Mahathir memutuskan merobek kerjaya politik Abdullah.
Dalam wawancara dengan sebuah buku baru, Awakening, the Abdullah Badawi years in Malaysia, Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya, dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi.
Antara lain, Abdullah (kiri) berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis.
"Boleh kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya melanda pada 2008.
"Jika tidak tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini.
"Saya tidak suka apa yang Mahathir buat. Saya beri peluang kepada Mahathir untuk meluahkan pandangannya. Saya pergi bertemunya tetapi dia memilih menyerang saya dan pentadbiran saya secara terbuka," tambahnya.
Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur. -MK
Wednesday, August 7, 2013
Pak Lah Kritik Dr. Mahathir?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hasil dari kecekapan PM UMNOlah sampai kesaat ini. .setelah 56 tahun merdeka.. 80% dari kaum Melayu terus hidup dibawah garis kemiskinan.. tak kira sapa.. mereka meneruskan legacy merantai dan memperdaya org melayu seolah merekalah payung dan pejuang hak kaum bumiputera.. hakikatnya.. kekayaan dikongsi sesama mereka dan kroni yg mendapat hasil dari kekayaan negara....
ReplyDeleteKalaulah bukan kerana musuh dan fitnah dalaman, saya yakin Pak Lah boleh membuat ubahan yang terbaik untuk malaysia.
ReplyDeletePak Lah @ Mahathir hanyalah ikon dalam kepimpinan UMNO.
ReplyDeleteTQ atas segalanya. Moga niat murni, jasa, amal bakti tuan ini dibalas dgn jannah oleh Allah.
*dulu, kini & selamanya
Saya setuju dengan pak lah membatalkan projek 14 bilion tu. angka tu terlalu banyak ketika "defisit amat tinggi". Jangan salahkan Pak Lah, salahkan Madey yang yang tamak dgn projek mega-mega tu...
ReplyDeleteSemua pemimpin umno takut dgn dr mahadhir..dengan hanya membiarkn sahaja tindakan dr mahadhir samada melibatkan kerajaan dan umno..kelihataan ahli majlis tertinggi tidak berfungsi langsung serta kelihataan seperti patung...kerana itu rakyat malaysia memerlukan pemimpin dari pakatan rakyat untuk menegur dr mahadhir..
ReplyDeleteKemungkinan segala keburukan tindakan dr mahadhir akan di ceritakan berluasa apabila dr mahadhir telah meninggal dunia...
Kemungkinan keburukan
Tetapi ciptaan Mahathir tidak menepati kegunaan yang diharapkan oleh beliau (Dr Mahathir), iaitu untuk menyuruh arah Abdullah. Mahathir terlupa yang Abdullah yang lembut itu adalah seorang yang degil. Abdullah tidak mudah melakukan sesuatu kerana memandang kearah telunjuk pemimpin yang telah mencipta beliau dan pengganti beliau (Dr Mahathir). Bagi Abdullah jika beliau dijadikan PM, jadikanlah beliau sebagai PM yang sebenarnya dan bukannya sebagai PM boneka kepada seseorang yang lain.
ReplyDeleteItulah sebab bermulanya perselisihan diantara Abdullah dengan Dr Mahathir dan Mahathir bertindak cepat untuk mengkritik Abdullah secara terbuka dan kesemua kesalahan terhadap negara beliau lemparkan kepada Abdullah untuk bertanggungjawab. Sejak dari saat itu semua kesalahan terletak di bahu Abdullah dan bermula dari zaman pentadbiran Abdullah. Di sebaliknya semua yang boleh dipersepsikan sebagai baik adalah kepunyaan dan menjadi tuntutan Dr Mahathir sebagai sumbangan beliau kepada negara. Apabila Dr Mahathir sedar yang Abdullah tidak mahu tunduk kepada kemahuannya maka Abdullah terpaksa menerima segala keburukkan walaupun perkara itu dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri. Segala keburukkan berlaku dari zaman Abdullah Badawi.Mahathir tidak memberikan tumpuan untuk membina dan menyuburkan benih kepimpinan dikalangan UMNO kerana membina kepimpinan bermakna akan membunuh niat beliau untuk berkuasa dalam tempoh yang lama terhadap negara. Sedangkan semua mereka yang berkepimpinan dan yang terbina di zaman Tun Razak dan Hussein Onn pun diketepikan oleh Dr Mahathir dengan begitu halus, bagaimana seseorang itu boleh mengharapkan beliau untuk membina dan membentuk barisan pemimpin yang berkepimpinan.Akhirnya Abdullah Badawi yang dari awal tidak pernah dilihat sebagai orang yang berpotensi untuk menjadi PM pun boleh manjadi PM dan mereka yang ada disekeliling Abdullah itu adalah dari ciptaan Mahathir senditri. Mereka mempunyai ciri yang serupa, baik Abdullah, Najib dan akan berterusan dengan kepimpinan acuan yang sama, baik Muhyiddin atau kesemua Naib-Naib Presiden UMNO yang ada pada hari ini.
ReplyDelete