Thursday, August 1, 2013

Lelaki Ditembak Mati Di Parit Buntar

Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar, lapor harakahdaily.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.

Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian. Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Menurut laporan polis, mangsa juga pernah mempuyai 5 rekod jenayah lampau.

4 comments:
Write comments
  1. Poor Najib!! All problem comes to you. woiinaa

    ReplyDelete
  2. Sbarla PM. Zaman sudah berubah. Baiki lagi niat. Pupuk azam yg lagi positif. 1 MALAYSIA!!!!!!!!!

    Go Najib, Go!!!

    ReplyDelete
  3. SEBAGAI PEMERHATI BEBAS, INSIDEN KEGANASAN BERSENJATA DI MALAYSIA TERUTAMA DI SABAH MENJATUHKAN MARUAH & RAPO PM / MALAYSIA DI MATA DUNIA!! SEMPADAN & UNDANG-UNDANG HARUS DIPERINCI SEMULA/ SENTIASA BERSIAGA.

    ReplyDelete
  4. Negara mmg ndak stabil. Ekonomi down. Untungla yang kerja dengan kerajaan. Dapat gaji,bonus, baik pangkat, kebajikan hi class..cukup bulan, tadah tangan dengan kerajaan jak.

    Kami yang bekerja saham ni lagilah teruk. Najib pun kurang tumpu pada saham.. Asik tumpu pada orang2 susah & orang2 kampung shj..

    Tembak2 ni lagi manyusahkan kita

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.