Tuesday, August 6, 2013

Anifah : Musa boleh menang naib presiden Umno

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman optimis bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman akan menerima sokongan padu daripada Umno Sabah sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

"Saya percaya sekiranya ketua menteri mahu bertanding jawatan naib presiden, saya pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Sabah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya di sini malam tadi.

Anifah, adik Musa, diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said pada Sabtu bahawa Musa adalah pilihan tepat dari negeri ini untuk bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden.

Salleh dipetik sebagai berkata bahawa Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, seorang pemimpin yang berwawasan dan berpengalaman dengan kualiti kepimpinan baik.

"Setiap orang mempunyai pendapat sendiri tetapi saya tidak fikir setiap orang dalam parti berhak untuk bertanding.

"Apa pun, ketua menteri akan buat keputusan -- apa yang terbaik untuk parti dan apa yang terbaik untuk rakyat," kata Anifah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini, BN Sabah diterajui Musa, mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri. BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan di peringkat Majlis Tertinggi Umno, Anifah berkata kemungkinan tidak kerana beliau akan mendapati agak sukar untuk membahagikan masa sebagai menteri kabinet dan mengendalikan hal ehwal parti.

Katanya beliau juga tidak pasti sama ada akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kimanis. – Bernama,

9 comments:
Write comments
  1. Aku memang TAHU 'pintu masuk' bagi Anwar Ibrahim!!!! hehehe

    ReplyDelete
  2. Sapa2 boleh bertanding!! *UMNO bukan hebat macam PR. 'Penasihat parti' amat berkuasa melebihi presiden dan timbalan!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. mm..Sabah menang bukan sebab CM Musa. Tapi sebab kami semua sayang DACING, bhaa.

    ReplyDelete
  4. ...negeri yg betul2 memastikan kemenangan BN ialah Sarawak...ke2 Sabah...Apasal Sarawak tak mau amik presiden ...Sabah timbalan...mana pemimpin Sarawak ?...dah cukup ke setakat AMT....hehe...tak de semangat pejuang kalau mcm ni..

    ReplyDelete
  5. oh..musa aman dengan anifah aman adik beradik...baru tau...hehehe...pakat2 lah untuk hidup adik beradik oii...hehe..

    ReplyDelete
  6. UMNO ibarat kapal yg telah bocor menanti masa utk karam...tapi anak kapalnya terus berebut pangkat dan kedudukan..

    ReplyDelete
  7. Anwar lagilah tidak boleh percaya.

    ReplyDelete
  8. Mungkin penyertaan Musa Aman itu tidak dirasakan mengancam penyandang dari Semenanjung. Ia lebih dillihat satu masalah bagi Shafie Afdal jika perwakilan Umno belum bersedia ada dua Naib Presiden dari Sabah.

    Adakah Umno sudah bersih dari semangat kedaerahan? Jika semuanya sudah terbuka maka tiada sebarang keraguan buat Shafie Afdal. Shafie beroleh kedudukan itu dulu bukanlah disebabkan oleh ketokohannya yang menonjol, tetapi peluang itu dirasakan Umno memerlukan perhatian orang dari Sabah.

    ReplyDelete
  9. memang musa patut tanding...dia yang paling bagus, paling baik, paling hebat, paling hensem, paling kaya, paling berkuasa....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.