Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin tertinggi negara berhubung penyelewengan dalam anak syarikat Felda, KPFQ Foods Sdn Bhd.
Katanya, siasatan dan pendakwaan kes berkenaan tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda.
Rafizi mendakwa, KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahasama diantara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran barang makanan dan pertanian di seluruh negara.
“Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.
“Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Rafizi mendakwa SBGB mempunyai hubungan rapat dengan agensi kerajaan yang lain termasuk Tabung Haji.
“Pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan,” dakwa Ahli Parlimen Pandan itu.
Menurut Rafizi, akhir-akhir ini Kerajaan Pusat menggunakan banyak dana rakyat untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan.
Selepas skandal membabitkan lembu NFC, Rafizi mempersoalkan bagaimana kerajaan menilai bentuk kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta dalam membabitkan dana daripada wang rakyat.
Rafizi turut mempersoalkan peranan wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan tiada penyelewengan berlaku.
“Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat?” soalnya lagi. -selangorku
Sunday, August 4, 2013
Siasat Pemimpin Tertinggi FELDA Dalam Rasuah RM30 Juta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tolong siasat hopetech system sdn bhd.. project ktmb yang gagal tu,, dengar cerita terlalu banyak rasuah ..campany masih ada lagi tapi staff banyak dah behnti coz gaji perkerja x bayar .. buat report sampai sekarang masih tiada kabar berita.. COz project ada kena mengena dengan kerajaan kot..
ReplyDeleteTolg siasat jua AQIDAH NUAR BRAHIM!! Sampai skrang dia masih DAKWA ALLAH UNTUK SUMA TUHAN!!
ReplyDeleteSedangkan nik Aziz.. Hj Hadi dah tarik dan taubat akan perkara itu. Tuan-tuan semua JANGAN SUBAHAT akan perkara ini!!
APE HAL BAWA HAL2 AGAMA NI? RAKYAT DIDEDAH ANWAR AKAN PENYELEWENGAN NAJIB. MACAM2!!! PAS TU KAU KONDEMN ANWAR DGN AGAMA SEDANG ANWAR SANGAT HEBAT BERBAHASA ARAB SERTA USTAS YANG TERKENAL.
ReplyDeleteSIAPA KAU NAK MAIN2 ISU AGAMA NI (ANONYMOUS 4.40PM). HAL2 AGAMA TOLAK TEPILAH. PAS PUN OK JE. SO, ISLAM PUN SOKONG ANWAR. KAU KECOH2 PULAK
Mereka syiok sendiri bah..yang penting Mr LGE naik. Ingat jua pesanan rapi gereja semalam! Ikutkan saja karenah orang-orang sabagini.. Now, Sabahan hmpir 51% di Sabah. INI KALI LA
ReplyDeleteSiasat jangan tak siasat...
ReplyDelete