Mahathir mencadangkan MAS diswastakan untuk mengelakkan kerugian. Ramai terkejut kenapa tiba-tiba bekas PM itu mencadangkan demikian. Apakah dia sudah ada cadangan atau angan-angan untuk memiliki MAS? Sudah ada prokasi? Selama dia menjadi PM, MAS sudah pun rugi tetapi tidak dibuat cadangan itu.
Saya melihat cadangan Mahathir itu bukan main-main. Ia ada maksud tersirat. Apakah dia mahu memberi apa-apa mesej kepada Najib Razak? Sebelum ini Mahathir mengeluarkan pendapatnya yang BR1M yang diberikan Najib kepada rakyat tidak memberi kesan. UBN tetap kalah juga.
Mahathir juga dalam nada sinikal mengatakan dia tidak sangka UBN kalah teruk ditangan Najib.
Apakah cadangan Mahathir itu untuk memperli Najib? Walaupun sudah ada usaha dibuat Najib untuk menyelamatkan MAS dari bankrup tetapi Mahathir tetap memahat yang bunyinya menyenakan Najib. Apakah Mahathir ada maksud lain?
Hari ini Najib membuat kenyataan menjelaskan yang MAS tidak akan diswastakan kerana ia sudah disenaraikan di Brusa Saham dan menjadi milik Khazanah Nasional dan berkepentingan awam? Apakah tindakan Mahathir itu sengaja untuk mengusik Najib atau menghulurkan mesej agar Najib bersiapa sedia untuk ditentang? Begitukah. Mahathir sedang mencari point untuk bergaduh dengan Najib kemudian mengarah Muhyiddin lawan Najib.
Mungkin pendapat saya ini kurang disenangi oleh Najib dan pendokongnya. Tetapi melihat perkembangan di sekitar Mahathir dan Najib semacam ada rasa tidak puas hari oleh Mahathir terhadap pentadbiran Najib. Najib perlu sedar yang Mahathir tidak pernah mempercayai Najib kerana dia tahu kebolehan Najib lebih kurang Abdullah Badawi sahaja.
Yang Mahathir percaya dan merasakan layak memimpin Malaysia ialah anaknya Mukhriz Mahathir
Oleh Mohd Sayuti Omar
Tuesday, August 20, 2013
Mahathir Hantar Mesej Perang Kepada Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Yang Mahathir percaya dan merasakan layak memimpin Malaysia ialah anaknya Mukhriz Mahathir"
ReplyDeleteSebab itulah Mahathir kata bagi laluan kepada orang UMNO dalam UMNO!
Kenapa Air Asia boleh meraih keuntungan.. toksah cetalah S'pore Arlines.. lihat Air Asia saja...pada tahun 2005 hingga 2011.. kerugian MAS sebanyak RM 6.2 billion.. malah bagi suku kedua tahun 2013.. kerugian MAS adalah yg paling teruk dlm sejarah...!! dimana silapnya..sehingga wang rakyat terpaksa dibazirkan begitu saja utk menampung kos operasi MAS..?? jawapannya pada organisasi MAS itu sendiri...mana yg tunggul kayu tp menikmati gaji puluhan ribu sebulan.. elok dicampak dari tingkat 14...tingkatkan kecekapan organisasi.. tak perlu pekerja puluhan ribu pekerja kerana yg penting kompetitif dan kualiti.. belajar dari Air Asia.. kurangkan politiking dan bersikap profesional bila menerima kritikan...
ReplyDeleteGTH UMNgOk!!!
ReplyDeleteMAS dipenuhi dgn kroni umno yang bekerja untuk duit dan bukannya untuk kebaikan ekonomi negara. Mereka inilah yang selalunya terhegeh2 bagi statement kononnya ekonomi negara sgt maju walhal hutang negara Malaysia terkini 2013 sebelum bubar parlimen ialah RM547.79 Billion...
ReplyDeletesebab Tun xde share / kepentingan dalam MAS, kalau MAS tutup pun dia x kisah...tak kan tu pun x faham..cuba pikir kalau Tun ada share dlm MAS, mesti dia suruh kerajaan bail out MAS setiap tahun .....come on la...at the end duit sape pakai utk bail out sykt2 yg miss managed dan jadi muflis ???.....duit sape lagi...duit rakyat la bro !!!....tapi bila rakyat nak buat business mintak loan cam2 kriteria dan syarat2 dikenakan.....yg pasti aku tau MAS tidak patut rugi mesti make millions and billions...nape tak make ? sebab yg managed tamak $$$$...isi poket dulu..untung rugi sykt belakang kira..kalau untung kita sapu lagi kalau rugi suruh kerajaan bail out........hehehehe its simple as that....
ReplyDelete