Monday, August 19, 2013

Hiburan, ‘Cuci Otak’ PLKN Taktik Elak Pengundi Muda Sokong Pakatan

Faktor hiburan keterlaluan dan proses ‘cuci otak’ yang dibuat melalui peranan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara punca sebahagian pengundi muda Melayu, keberatan menyokong Pakatan Rakyat.

Pengerusi Jingga 13, Fariz Musa, berkata rata-rata pengundi muda antara produk PLKN yang digunakan Umno BN untuk menabur propaganda dan fitnah terhadap Pakatan.

Menyifatkan ia sebagai antara punca peningkatan peratusan pengundi muda menyokong parti pemerintah, beliau berkata, dakyah sama juga disebar melalui pelbagai program kerajaan.

“Ia digunakan sebagai alat untuk melaksanakan propaganda dan persepsi negatif terhadap Pakatan,” katanya kepada TV Selangor dan tidak menolak kemungkinan, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) juga sebagai faktor lain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan kajian Merdeka Center yang menyatakan pengundi muda Melayu yang pertama kali mengundi, menyokong Umno BN.

Mengikut kajian itu, golongan muda menjadi kumpulan pengundi lebih besar dalam proses mengundi akan datang berbanding hampir dua pertiga, atau 64.7 peratus pengundi muda yang berdaftar tahun ini.

Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail pula menyalah media tempatan yang banyak menyogok golongan muda dengan hiburan keterlaluan bagi mengelakkan mereka menyokong Pakatang.

Bagaimanapun, beliau percaya, kelemahan pada PRU-13 lalu khususnya berkaitan sokongan anak muda Melayu diatasi pada pilihan raya akan datang apabila mekanisme tertentu dibuat.

“Kita akan beri corak baru untuk mencari formula menawan golongan pengundi muda,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

1 comment:
Write comments
  1. Progrm PLKN ni sebenarnya 'ruang & masa' yg UMNO guna utk kaut duit melalui kroni. Pembinaan tempat latihan, pembelian peralatan,khidmat katering serta pengendali transport peserta PLKN semua dikaut oleh kroni BN ( trmasuk kawan aku sorang tu yg ex-govt servant ). Lepas tu, modus operandi PLKN utk terap dlm kepala peserta keburukan Hj hadi, Nik Aziz, Anwar Ibrahim atau mudah kata pembangkang ler. Yg baik hanya ada dlm BN serta dilalaikn dgn hiburan diluar. Hanya kena bantai dek pembangkang akan silibus PLKN,baru UMNO buka mata dan cerdik sikit lalu modul PLKN diubah namun matlamat utk mmburukkan pembangkang tetap kena ada. Kenapa kaum Cina ,India,Iban atau seumpamanya hanya 5% dr jumlah peserta PLKN. Apa, mereka tu semua bukan rakyat Msia ke ??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.