Monday, August 26, 2013

Kes Altantuya Perlu Dibicara Semula, Tubuh RCI...?

Mahkamah Rayuan patut mengadakan perbicaraan semula apabila mendapati wujud kecacatan dalam penghakiman kes, bukan membebaskan tertuduh, kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Merujuk kes Altantuya Shariibuu, peguam itu berkata, Seksyen 60 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 membolehkan hakim memerintahkan perbicaraan semula sesebuah kes ketika proses rayuan diadakan.

Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Subang itu juga mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan banyak kecacatan dalam kes berkenaan.

“Contohnya, saksi penting seperti DSP Musa Safri tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah,” katanya pada sidang media bersama Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya.

Penghakiman dibaca Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan berlaku penyalaharahan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam mensabitkan tertuduh.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri dan kegagalan mengemukakan diari balai polis yang menyatakan Azilah berada di Bukit Aman pada masa kejadian.

Sivarasa berkata saksi lain yang patut dipanggil ialah Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, selain bekas Setiausaha Sulit Najib selama 20 tahun, Nasir Safar; dan adik Najib, Datuk Nazim Razak.

“Semua saksi ini penting bukan untuk membuktikan kesalahan Sirul dan Azilah tetapi untuk membuktikan siapakah yang mengarahkan kedua-dua tertuduh membunuh Altantuya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, saksi penting yang baru ialah ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan; peguam Americk Singh Sidhu dan Cecil Abraham.

“Pendakwaan cacat dan skrip ulangan yang melucukan kerana mahkamah gagal mengenal pasti dan mendakwa individu yang arah pembunuhan Altantuya. Ini menyebabkan sistem keadilan di Malaysia hancur di mata dunia.

“Justeru saya mendesak sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi memulihkan kembali imej dan kredibiliti mahkamah,” katanya.

4 comments:
Write comments
  1. Yang mengarah pembunuhan ini adalah HANTU JEMBELANG sebab itu terlalu sukar untuk menangkapnya!

    ReplyDelete
  2. Perlukah rakyat dihidangkan dgn sendiwara ni..?? Pihak pendakwaan sengaja menyediakan kes dgn daif serta tidak lengkap agar mahkamah menolak bukti hambar..keengganan AG tu membenarkan pihak pendakwaan memanggil saksi utama.. jelas menbinggongkan rakyat..apa tujuannya dan kenapa..??? then kononnya utk menunjukkan 'ketulusan' mereka.. kes akan dibawa kemahkamah persekutuan.. utk apa..?? lakonan korang kurang menyengat..rakyat dah tau kesudahan cerita...

    ReplyDelete
  3. Kalau kita amat-amati kes Altantuya ni memang cukup pelik dari sudut pendakwaannya. Saya pun tak larat nak memikionye.

    Saya cuma ingin menengahkan beberapa kenyataan yg didengar oleh jutaan rakyat malaysia antaranya:-

    1. Semasa Razak Baginda di bawa ke mahkamah yang disiarkan dlm berita TV, terdengar pekikakan anak perempuan Razak Baginda ...." papa tell the truth...beberapa kali..". Adakah I.O menyiasat elenen ini yg dpt didengar oleh jutaan manusia.
    2. Yg dituduh dan telah dijatuhkan hukuman dalam rayuan ada menyatakan...yg pihaknya dikambing hitamkan oleh pihak yang tiada dalam mahkamah. Siapa yg dimaksudkan itu...endless possiblities.

    ReplyDelete
  4. AG, polis, imigresen, media, mahkamah...semua dah kena PICIT TELOR!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.