Kabinet menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengenakan tindakan terhadap peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar) melalui laman Facebook miliknya hari ini selepas menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri.
"Baru selesai Mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.
"Terima kasih kepada PM dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara orang muda," kata Khairy dipetik laman sosial miliknya itu.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini mengumumkan peminjam ingkar PTPTN akan dikenakan tindakan di bawah CCRIS, namun memberi jaminan tindakan itu tidak akan menindas peminjam yang majoritinya golongan belia.
"Kita akan memastikan tiada siapa menjadi mangsa kepada pelaksanaan CCRIS ataupun dipinggirkan menerusi program itu," kata ahli Parlimen Besut itu kepada The Malaysian Insider.
Pengumuman itu menerima reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk -pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat (PR), aktivis mahasiswa dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan juga badan bukan kerajaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa).
Khairy juga dalam kenyataannya petang semalam menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan itu dan menggesa Putrajaya mempertimbangkan situasi semasa peminjam tabung pendidikan tersebut.
Aktivis Adam Adli Abdul Halim memberitahu The Malaysian Insider semalam mahasiswa akan berdemonstrasi membantah cadangan melaksanakan CCRIS terhadap peminjam PTPTN sekiranya diteruskan. -TMI
Thursday, August 22, 2013
Kabinet tolak cadangan CCRIS kepada peminjam PTPTN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Msia jika masih dperintah oleh UMNO melalui BN, patut ada 10 YB Menteri yg mcm Mr Khairy nih. Dah ada sorang sbelum ni,kalah sudah di parlimen Temerloh iaitu YB Datuk saifuddin Abdullah.
ReplyDelete** yassir arafat
Tangan sendiri pangkah undi
ReplyDeleteBadan sendiri tanggong beban
Sekarang bukan masa tudoh menudoh
Diri yang pilih BN
Dirilah yang merana papa kedana
Memilih BN berarti ada cita cita menjadi bangsat di bumi sendiri
Pemimpin senang lenang hidup mewah makan rasuah
Rakyat jadi bangsat hidup merempat
BERSATU KITA BERSATU untok menjadi hantu
DENGAN SETIA BERGANDING BAHU buleh pulak jadi lembu
JIWA TEGUH BERPADU rakyat tongong pemimpin bengong
KITA RUMPUN MELAYU sokong OMNU kudakayu
AMNU TERUS MARA semacam orang gila
UNTUK RAKYAT MALAYSIA jadi papa kedanaaaaa
Hidup OMNU keris tlanj412iank
Tajuddin Ramli yg rugikan MAS tak pula kena sita harta atau bayarbalik uang kerjaan. Dihapuskira RM586 juta,begitu siyak. Baru sorang,tak kan sorang tu jer hutang uang dgn bank atau kerjaan?
ReplyDeleteMAMPUS RAKYAT MACAM NI! PILIH LAH SANGAT BN LAGI.
ReplyDeleteTerima Kasih KERAJAAN Barisan Nasional di atas keperihatinan dengan memberi kami AES.Syabas bagi PENGUNDI2 Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.Teringat lagu "TERIMA KASIH" yang dialunkan di TV MALAYSIA.'Terima Kasih Ku Ucapkan pada Mu atas nikmat yang diberi pada ku (rakyat)'.
ReplyDeleteIni hanya provokasi untuk meraih sokongan rakyat terhadap kerajaan. Lepas ini kerajaan akan jawab ....SEBAGAI KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB.... maka cadangan CCRIS itu tidak diteruskan. Kan dah dapat nama lagi...
ReplyDelete