Tuesday, August 6, 2013

Tembak Berjangkit Ke Sabah, Ahli Perniagaan Terbunuh

Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam Sabtu.

Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam Ahad.

Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan.

Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.

Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.

Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.

Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu. -mstar

9 comments:
Write comments
  1. Bukan nak kata cuma berkata-kata...polis kalau kena kautim oleh duit, memang masalah yg wujud memang bermasalah utk diselesaikan. Mana IPK atau IPD yg kena kautim oleh geng mafia,mana peg polis yg kena kautim utk ubah pertudohan. Last sekali,masyarakat yg jadi mangsa.

    ReplyDelete
  2. Moga syurgalah tempatnya..!! Doakan semua Allah mengasihi mereka-merika yang kena shoot ini

    ReplyDelete
  3. Najib PATUT resign sebagai PM!! LEMAH N MEMALUKAN MALAYSIA DI MATA ASING!!!!!!!
    TUKAR dengan Dato Sri Awar Ibrahim yang sangat dihormati mafia, gangster2 Cina N 'penjahat-penjahat 1 Malaysia'

    ReplyDelete
  4. Penyakit malaya menjalar di sabah...kuatkuasakan akta imegresen

    ReplyDelete
  5. INILAH MASALAH KALAU PTI DAH BANYAK DI MALAYSIA MACAM BERLAKU.

    ReplyDelete
  6. Anonymous said...
    August 9, 2013 at 9:35 PM...kepala lutut mu...bahalol..dah makan ubat, gila babi meroyan

    ReplyDelete
  7. Ini mcm kalu dh nk sama dgn Zaman koboi dh nih.. Nampaknya Ketua Polis kena tukar jadi Sheriff... Teringat cerita Sherif Lobo masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
  8. PTI SULUK (FILIPIN) SATU MASALAH. HIDUP UNTUK MEMBUNUH @ DIBUNUH.

    PTI BUGIS HANYA LEPASKAN DIRI & CARI DUIT. HALAL @ HARAM TOLAK TEPI.

    PTI CINA DARI INDON, TAIWAN, HONG KONG, FILIPINA DATANG KE SABAH DENGAN TERANCANG!! SIAP DAH ADA DOKUMEN DIRI LAGI..JARINGAN PERNIAGAAN YANG INTERNATIONAL. DIMOTIVASI PERTUBUHAN AGAMA SEDUNIA.

    SATU PERBEZAAN YANG MENYEDIHKAN.

    TAPI PERSAMAANNYA ADALAH SAMA- EKSPLOITASI KEMAKMURAN SABAH YANG PERKASA

    ReplyDelete
  9. Perlukan van sewa (pandu sendiri atau dengan driver)? semenanjung malaysia http://transdetour.blogspot.com/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.