Tidak rasional dan tiada kewajaran melantik semula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada kedudukan penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita sedangkan kredibiliti beliau terpalit dengan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan suami dan keluarganya, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Fuziah menambah, pelantikan Shahrizat ini tiada tambah nilainya di dalam agenda wanita. Ini kerana beliau sendiri gagal memartabat dan membawa nama baik wanita sewaktu memegang portfolio sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 yang akhirnya meletakkan jawatan pada April 2012 selepas ahli keluarganya terlibat dengan kontroversi NFC.
Bercakap kepada TVSelangor, Fuziah berkata, jika benar Shahrizat dilantik, beliau akan kembali ke jawatan yang pernah disandangnya suatu ketika dahulu dan wang rakyat akan dibazirkan sekali lagi untuk membayar gaji beliau sebagai seorang menteri.
“Sharizat bukan sahaja mempunyai latar belakang berkaitan skandal lembu NFC, beliau juga adalah seorang menteri yang meletakkan jawatan.
“Jadi tidak wajar beliau dilantik kepada kedudukan penasihat khas Perdana Menteri dalam hal ehwal wanita. Pelantikan ini juga hanya membazir wang pembayar cukai dan rakyat.
“Yang saya lihat hanya akan menghabiskan duit rakyat untuk membayar gaji seseorang yang tidak layak untuk memegang jawatan ini, ” katanya.
Fuziah turut berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, perlu berpendirian teguh untuk memerangi rasuah dan sebaiknya membatalkan hasrat pelantikan tersebut.
Tambah beliau, tiada keperluan melantik Shahrizat sebagai penasihat khas sedangkan lebih ramai lagi wakil wanita yang selayaknya dilantik ke jawatan itu.
“Seorang pemimpin seperti Shahrizat adalah umpama berada dihujung karier politiknya dan rakyat tidak akan rugi membayar gaji beliau sebagai menteri.
“Tak perlu lantik Shahrizat. Ramai lagi calon wanita yang layak dan Najib juga mempunyai penasihat berkaitan wanita di dalam Kementerian Wanita dan Keluarga yang di pegang oleh Rohani Karim,” ujar Fuziah
Shahrizat juga pernah dilantik senator selepas kalah dalam PRU 12 lalu di Parlimen Lembah Pantai kepada Nurul Izzah Anwar.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial pada 2008.
Beliau juga dijangka akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno yang dijadualkan pada 12 Oktober depan.
Thursday, August 22, 2013
Kenapa Kitar Semula Pemimpin Rasuah & Bermasalah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pemimpin2 dlm BN memang semua brmasalah baik kakibetina atau saham arak atau judi. Apalagi persen sana-sini. Hanya masing2 kena jg periuk nasi bersama,jgn sampai pecah tembelang trpaksa le KITAR SEMULA mana2 yg ada samada dah kalah atau masih menang.
ReplyDeleteKenapa perlu banyak penasihat? Bangang sangatkah?
ReplyDeleteShahrizat ni hairan juga kenapa Datu Sri Najib ni terlalu prihatin terhadap dia. Walau dia kalah dalam PRU 12 lalu tetap juga diambil jadi Menteri. Rakyat sudah menolak Shahrizat tetapi Datu Sri Najib tetap ambil dia. Hairan juga ya...
ReplyDeleteBerapa ramai Najib nak pakai penasihat, Tolong ingat jangan membazir duit rakyat, Rakyat susah cari makan, PM duduk nak bazir duit rakyat, Tak perlu ramai penasihat. Dah jadi pemimpin, buat lah kerja betul2, Nabi SAW contoh yang patut dicontohi, jangan membazir diut rakyat atas kepentingan diri.
ReplyDeleteKak Izat recycle bin...
ReplyDeleteItu tanda jelas yg Najib sokong salahguna wang rakyat.. penyangak lembu bebas berkeliaran, biar rakyat yg tanggung beban hutang..
ReplyDeleteMelantik Shahrizat sebagai penasihatnya PM adalah satu tindakan yang akan mendatangkan kesan yang amat negatif terhadap UMNO dan kepimpinan BN. Dah tak ade orng lain ke?
ReplyDeletePerlukah sorang pemimpin yg terpalit dgn kontroversi keluarganya melenyapkan RM250 JUTA duit rakyat.. dilantik Penasihat Khas bertaraf menteri yg sekali lagi gajinya akan dibayar oleh rakyat....??? Rakyat apa..?? ATM UMNO keparat ker..???
ReplyDeleteKenapa Kak Izat tak kena sita dgn CTOS ? Ntah2 CTOS yg kena sita dgn kak Izat...Shahrizat (NFC) RM250 juta dan Tajuddin Ramli ( MAS ) dgn RM586 juta, baru sorang dah hampir RM1b duit negara hancur. Kalau 40 org YB dlm BN yg buat onar,berapa billion? Student yg trpaksa amik duit PTPTN pula yg kena 'blacklist' walau hanya belasan ribu. Tak pelik le negara England dulu muflis gara2 bank yahudi yg mmberi dana kepada PM Britain utk baikpulih ekonomi negara selepas perang dunia dgn angka ratusan ribu pound yg gagal dibayar ikut jadual. He he heee...
ReplyDelete