Sunday, August 18, 2013

Kerajaan bertegas kalimah “Allah” hanya untuk Islam

Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini.

Menteri Dalam Negeri menegaskan masyarakat bukan Islam mesti menghormati hak penganut Islam tentang perkara itu dan tidak ada kompromi dalam isu tersebut.

"Ini bukan soal hak, tapi lebih daripada hak mutlak, kalimah Allah adalah hak mutlak orang Islam.

"Kita hormati agama lain, tapi dalam soal ini kita juga mahu agama lain hormati agama Islam," tegasnya dalam sidang media anjuran Pengasih di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid berkata tidak berhasrat untuk mencampuri urusan mahkamah tetapi menjelaskan ia adalah mengenai hak orang Islam di Malaysia.

"Saya minta umat islam terutama pemimpin organisasi Islam perlu bersetuju untuk pertahankan kalimah Allah walaupun berbeza pandangan," katanya lagi.

"Soal kalimah Allah ini hendaklah diberikan noktah."

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah 22 Ogos ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishopbagi membatal rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katolik “The Herald” menggunakan kalimah “Allah”.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu ketika kes berkenaan dikemukakan di hadapannya untuk pengurusan kes pada 17 Julai lepas.

Jika Titular Roman Catholic Archbishop gagal membatal rayuan itu, Mahkamah Rayuan akan meneruskan pendengaran rayuan kerajaan pada 10 September.

Peguam S Selvarajah mewakili Titular Roman Catholic Archbishop manakala kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Arik Sanusi Yeop Johari.

Titular Roman Catholic Archbishop memfail permohonan untuk membatal rayuan kerajaan pada 8 Julai tahun ini.

Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam, memfail permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden.

Ia antara lain bagi memohon deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam The Herald sebagai tidak sah.

Akhbar mingguan yang diterbitkan dalam empat bahasa itu menggunakan kalimah “Allah” sebagai merujuk kepada “God” dalam The Herald terbitan bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, kerajaan berhujah kalimah “Allah” hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KDN melarang penerbitan The Herald daripada menggunakan kalimah “Allah” salah, batal dan tidak sah.

Kerajaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu. - TMI

3 comments:
Write comments
  1. Mana Zahid tau kalimah Allah tu utk org Islam shj dan hak mutlak org Islam? Semua makhluk di dunia ciptaan Allah Taala. Jadi ?? Kita hanya tak benarkn nama Allah atau apa2 zat allah digunakn ukt tujuan syirik. Kalau sekadar kata...nak guna nama Allah,bagus le. sekurang2 agama dan kaum lain akui wujudnya ALLAH . Malah mereka memang akui wujudnya Allah kecuali org asli atau sesiapa yg amalkn agama tok nenek jer.

    ReplyDelete
  2. islam di malaysia "lebih islam" drpd islam di negara2 lain? bukankah ini akan lebih mengelirukan umat islam itu sendiri???

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pula dengan perkataan Allah dan Muhammad dalam logo PDRM?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.