Tuesday, August 27, 2013

Slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" - Najib Ikuti Jejak Langkah Israel

Slogan terbaru, Endless Possibilities (Apapun boleh?) yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Ketua Pembangkang itu ketika ditemui pemberita di majlis hari raya PKR Lembah Pantai, hari ini.

Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities’ pada 17 September depan.

Memetik Keadilan Daily, Anwar berkata, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno BN.

“Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan. Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.

“Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” katanya sambil menyatakan slogan baru itu semata-mata strategi perhubungan awam. -selangorku

3 comments:
Write comments
  1. PM ramai tuan penasihat!

    ReplyDelete
  2. Malaysia Boleh. Apa pun boleh ...
    Yang salah jadi benar ... Boleh.
    Yang benar jadi salah ... Boleh.
    Ambil bini ... Boleh.
    Rogol anak bawah umur ... Boleh.
    Bunuh orang ... Boleh.
    Jual lembu haram ... Boleh.
    Rasuah harta dan kuasa ... Boleh.
    .......
    Semua boleh ... janji kita orang UMNO-BN dan juga Melayu kita. Maksud aku UMNO BARU selepas diharamkan.

    ReplyDelete
  3. Najib tak akan jawap punya dari dulu kini dan selamanya kerana diarahkan oleh APCO. APCO suruh kau makan (tut tut tut) kau ikut jugalah???

    Orang nak maju ke hadapan tidak boleh selalu jadi Pak Turut orang apatah lagi orang yang kau turut musuh Allah S.W.T. Kalau jadi PAK Turut sampai bila pun kita tak akan bergerak ke mana bahkan lebih teruk akan Mundur ke belakang. Nak Maju ke hadapan atau nak Mundur ke belakang? Pastikan hari ini sentiasa lebih baik dari kemarin bukan semakin buruk dari kemarin. Fikirkanlah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.