Saturday, August 17, 2013

Wajah Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Serah Diri

Georgetown: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.



Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang. -mstar

4 comments:
Write comments
  1. Suami kalau dah sekali prnah memukul isteri...tak mustahil perkara yg sama akan berulang lagi. Dah pun kerja sbagai pegawai vaterina...perangai pun sama seperti kerjayanya. fikir dan renung-renungkan lah semua ini wahai sang isteri-isteri di muka bumi ini.

    ReplyDelete
  2. Puncak kemarahan dlm rumah tangga tindakkan paling setimpal ialah jatuhkan talak adalah paling terbaik walaupun ianya tak d sukai allah tetapi bertindak mendera isteri adalah dayus kerana mempamirkan kejantanan terhadap kaum yg lemah/isterinya.Beliau juga mengajar anaknya menjadi maanusia yg tak waras dlm keharmunian berkeluarga, Sangat2 memalukan.PERCERAIAN LANGKAH TERBAIK BAGI RUMAH TANGGA YG TAK DPT D BENDUNG DAN BUKAN NYA PENDERAAN

    ReplyDelete
  3. Tngok bentuk tuboh badan lelaki tu...memang kaki panas baran tak bertempat tu. Secara keseluruhn yg saya nampak,begitu le hakikat kejadiannya.

    ReplyDelete
  4. Kt tdk th apa yg mmbuat lelaki brtindk ganas mcm hilg akal......Perbuatn sprti ini hnya klau isterinya melakukan perbuatn keji dn curang depan matanya, mallahu a' lam

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.