Tuesday, August 13, 2013

Kereta Diletakkan "Mercun Kelapa", Seorang Cedera

Seroang perempuan warganegara China mengalami kecederaan ringan apabila 'mercun kelapa' (mercun berbentuk buah kelapa) yang diletakkan di bawah sebuah kereta meletup tatkala beliau melalui Lorong Cinta di Jalan Chulia jam 2.30 petang.

Perempuan itu merupakan seorang sahabat kepada seorang perempuan warganegara Malaysia. Sahabatnya itu terselamat dari terkena letupan berkenaan .

Kereta Honda Civic yang diparkir di pinggir jalan telah mengalami kerosakan teruk di bahagian belakangnya. Pemilik kereta berkenaan yang telah pergi untuk makan tengahari di restoran berhampiran, hanya menyedari kejadian berkenaan apabila beliau kembali ke keretanya.

Satu laporan polis telah dibuat di balai polis di sini.

Difahamkan mercun yang meletup itu adalah dari jenis yang dibuat dan didapati secara meluas di negeri Thailand dan diharamkan di negara ini.

Ia dipanggil 'mercun kelapa' kerana betuknya seperti buah kelapa, dan merupakan bahan mercun yang diseludup masuk dan amat popular di sini semasa musim perayaan kerana ia boleh mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga boleh didengari beberapa kilometer jaraknya.

Perempuan yang cedera berkenaan telah mendapat rawatan di Hospitan Pulau Pinang dan dilaporkan stabil.

1 comment:
Write comments
  1. kenapa masalah mercun dlm negara tak bule selesai?? Kalau masalah dadah takleh selesai kerana selepas tangkap pengedar dan rampas dadah,penuatkuasa undang2 pulak yg 'projek' dadah tu ke pasaran dlm negara, mercun pon agak2 sama tak dgn kes rampasan dadah tu?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.