Tuesday, October 8, 2013

Media Sekular Cuba Kaitkan Ikhwanul Muslimin Dengan Terroris

Pelbagai usaha dilakukan pihak tertentu untuk mencemarkan imej gerakan Ikwanul Muslimin (IM) untuk melabelkannya sebagai kumpulan pengganas (terroris).

Terbaru, akhbar Arab Saudi Al-Watan menerbitkan laporan terperinci di muka depan dengan mendakwa ahli IM terlibat dalam cubaan membunuh Naib Ketua Suruhanjaya Promosi Saudi, Abdul Latif Alshaikh sebagai satu usaha untuk mengaitkan IM sebagai kumpulan pengganas.

Dipetik laporan middleeastmonitor.com, akhbar itu turut mengesahkan, kononnya Abdul Latih kini menjadi sasaran bunuh apabila beliau dikatakan cuba diculik sejurus meninggalkan masjid selepas solat subuh minggu lalu.

Bagaimanapun, rancangan itu dikatakan gagal dan Abdul Latih Alshaikh disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Al Watan juga melaporkan, kumpulan Parti Salafi Syria bekerjasama dengan IM dalam merancang penculikan tersebut.

Kempen memburukkan IM turut berlaku di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di mana banyak tangkapan ahli kumpulan terbabit dilakukan dan sebahagian daripada mereka dipecat kerana didakwa sebagai pengganas.

Pemerhati politik berpendapat, krisis di Mesir mempunyai kaitan dengan Ketua Perisikan Saudi, Putera Bandar bin Sultan yang dikatakan berkomplot dengan ketua tentera Jeneral Abdul Fattah As-Sisi dalam usaha menggulingkan Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Mohamed Mursi.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.