Sunday, February 13, 2011

RUNGUS KAUM TERMISKIN DI MALAYSIA?

SEMENJAK kebangkitan rakyat di Mesir, kerajaan Malaysia telah berjaya membawa keluar seramai lebih 7,000 pelajar di Mesir. Sebagai seorang berketurunan Rungus, saya memandang perkara ini pada sudut yang berbeza.

Berdasarkan pengamatan peribadi saya, boleh disimpulkan hampir kesemua 7,000 pelajar tesebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tanpa bersikap prejudis dan racis, apa yang ingin saya katakan adalah satu realiti yang benar-benar terjadi di negara kita pada ketika ini.

Kalau ada yang marah, marahlah dengan parti memerintah. Kalau ingin marah, marahlah dengan pencuri, tetapi jangan marah kepada yang menangkap pencuri atau berusaha menangkap pencuri.

Sebagai lanjutan, seperti yang kita sedia maklum kerajaan Malaysia menghantar beribu-ribu pelajar keluar negara setiap tahun menggunakan dana rakyat/ kerajaan. Persoalannya setiap tahun, berapa orang yang berketurunan Rungus mendapat tawaran belajar di luar negara?

Saya tidak mengatakan untuk tahun ini, tapi saya ingin mengatakan untuk tempoh yang panjang iaitu ketika Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 dan seterusnya bergabung dengan Malaya, Singapura dan Sarawak untuk membentuk negara Persekutuan Malaysia sehingga ke hari ini (2011)

Dalam tempoh tersebut, berapakah pelajar yang berketurunan Rungus pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan bantuan penuh kerajaan? Saya berani katakan yang tidak sampai 100 orang pelajar yang berketurunan Rungus pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran keluar negara?

Apatahlagi sekarang ini, mahu mendapatkan pinjaman pun amat sukar kalau jika ingin sambung belajar ke IPT sehingga terpaksa meminjam dengan along berlesen (PTPTN) (orang Rungus boleh mengatakan selamat tinggal biasiswa)

Ini bukanlah isu yang ingin saya ketengahkan, tetapi yang paling menjadi persoalan saya ialah kedudukan masyarakat Rungus dalam susun lapis masyarakat Malaysia. Kita boleh meneliti perkara ini sejenak.

“Masyarakat Rungus adalah kaum yang termiskin di Malaysia,” kata Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah ketika melancarkan hari Perhutanan Sedunia di kampung Novusung, Matunggong Kudat Sabah pada tahun 1994.

“Masyarakat Rungus dan Sungai adalah yang paling miskin di Malaysia,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad ketika berucap pada Pembentangan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-Sembilan pada tahun 2003.

Memang benar, kaum Rungus dan Suluk adalah kaum termiskin di Sabah sebagaimana yang disahkan dalam laporan UNDP pada tahun 2010. Tetapi saya tidak begitu tertarik dengan kaum Suluk kerana kalau bumi Sabah meletup atau tenggelam, mereka senang-senang balik ke tanah asal mereka di Selatan Filipina.

Kalau orang Rungus, mana ada lagi tanah kita selain Sabah ini. Kalau Sabah meletup, maka tenggelam dan musnahlah kita bersama dengan satu-satunya tanah tumpah darah kita.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, kita dapat simpulkan bahawa nasib orang Rungus tidak pernah berubah semenjak merdeka. Dalam erti kata lain, Rungus adalah pemegang rekod termiskin dan tidak terpecahkan sehingga kini. Dalam hal ini, siapakah yang bertanggungjawab? Adakah orang Rungus itu sendiri ataupun dasar pemerintahan UMNO/BN yang begitu zalim dan kejam terhadap masyarakat Rungus?

Untuk menjadi masyarakat yang maju, kerajaan harus membina sistem yang lebih adil dan saksama, yakni memberi akses pendidikan yang adil dan terbuka kepada kaum Rungus serta memberi peluang ekonomi yang lebih baik.

Antara tindakan untuk mengelakkan Rungus tersisih ialah dengan mengirim lebih ramai pelajar Rungus keluar Negara untuk menimba ilmu dangan bantuan sepenuhnya dari kerajaan terutama ke United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, New Zealand dan sebagainya.

Dari sektor ekonomi, lihat sahaja Pekan Baru Matunggung yang boleh diibaratkan seperti rumput di jalan yang hidup segan, mati tidak mahu dengan sederet kedai setingkat, serta tapak tamu mingguan dengan suasana kotor dan busuk kerana sampah sarap di merata-rata tempat.

Untuk pengetahuan rakyat Sabah, semua pekan baru Daerah Kecil Matungong tidak ubah seperi ‘Bandar Koboi’ di Amerika 200 tahun yang lalu. Kalau pekan ini dimajukan dengan membina beberaapa lagi bangunan kedai, serta panubuhan beberapa pejabat agensi kerajaan seperti hospital, balai polis, balai bomba, pusat pegajian tinggi serta fasiliti lain seperti mini stadium, perpustakaan, kolam renang awam, bank dan sebagainya; sudah tentunya akan menyumbang kepada kerancakan aktiviti ekonomi dan seterusnya melonjakkan ekonomi kaum Rungus.

Dengan berlakunya lonjakan ini, maka masyarakat Rungus akan seiring dengan bangsa lain yang menikmati kemewahan dan kekayaan negara. Di saat itu Rungus boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat majmuk lain di Malaysia. Maka pembentukan negara Malaysia akhirnya bukan sesuatu yang tidak sia-sia bagi Sabah pada amnya dan kaum Rungus secara khususnya.

Tidak lupa juga akan kepentingan peluang pekerjaan dalam sektor awam. Terus terang kalau anda seorang Rungus dan bekerja dalam sektor kerajaan, anda memang seorang yang sangat bertuah.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dalam beribu-ribu permohonan setiap tahun, hanya beberapa ribu pemohon yang berketurunan Kadazandusunmurut (KDMR) dan menyifatkan kaum ini tidak berminat bekerja di sektor awam.

Siapa kata Rungus tidak berminat kerja di sektor awam? Sebenarnya mereka berminat tetapi bosan dan putus harapan. Mereka beranggapan bahawa hampir mustahil seorang Rungus boleh diterima bekerja di sektor awam, sama mustahilnya dengan pasukan bola sepak negara layak ke piala dunia.

Sebenarnya, buka sekadar tanggapan tetapi itulah realiti sebenar. Pemilihan dalam semua sektor amat berat sebelah dan tidak adil. Saya tidak bermaksud orang Rungus mahukan keistimewaan kepada orang Rungus semata-mata, tetapi layanlah permohonan kami seadilnya.

Mereka yang dahulunya datang ke sini yang ‘kepala mereka duluan masuk’ (terjun dan berenang ke pantai a.k.a PATI) kini anak-anak mereka berlumba-lumba masuk Universiti guna wang kerajaan dan ramai yang sudah menjawat jawatan tinggi kerajaan. Tetapi adakah pegawai Rungus bertaraf JUSA? Belum pernah dengarlah! Sedangkan wakil rakyat yang seorang itu pun, jawatan Pembantu Menteri pun tidak dapat!

Dahulu saya amat berasa malu untuk mengakui reliti ini, bahawa Rungus adalah kaum yang paling mundur dan melarat di Malaysia. Tetapi hari ini, saya sedar bahawa UMNO/BN lah yang patut berasa malu kerana lebih 40 tahun mereka tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat Rungus.

Selepas ini, adakah kerajaan UMNO/BN akan mengubah dasar dan memberi perhatian yang serius terhadap nasib orang Rungus? Atau adakah mereka terus memandang sepi dan terus meminggirkan kaum Rungus dari limpahan kemajuan dan kekayaan negara?

Akhir sekali, dengan layanan buruk, kejam dan zalim dari pemerintah UMNO/BN dan status sebagai pemegang rekod kaum termiskin di Malaysia, adakah masyarakat Rungus akan terus memilih untuk terus diperbodohkan dengan terus mengundi UMNO/BN pada pilihanraya umum akan datang? Atau masyarakat Rungus akan bertindak bijak dengan mengundi apa sahaja, asal bukan UMNO/BN (ABU)? sama-samalah kita tunggu dan lihat!.

Oleh: PEJUANG MAYA RUNGUS (sabahkini)

35 comments:
Write comments
  1. Memang sudah nasib...negeri di bawah bayu....Terdapat berbagai-bagai kaum...namun pemimpin sendiri tidak mampu membantu untuk menaiktaraf nasib kaum mereka sendiri..kerana terpaksa tunduk kepada kuasa besar dpd di KL...sejauh manakah kita terpaksa berdiam diri.....

    ReplyDelete
  2. Jari Merdeka Sabah.blogspot.February 13, 2011 at 6:37 PM

    selagi itu UMNO perintah, selagi itu kita akan terpinggir..sedangkan 20 perkara pun dorang pijak2, apatah lagi kaum peribumi sabah,.... masa pilihanraya saja sibuk janji itu ini.....

    Tapi bagi saya, selagi kita sokong itu BN@UMNO selagi itu nasib dan hak sabah x akan terbela!!!!!

    ReplyDelete
  3. Padan muka kau orang cakap berdegar-degar tapi bila PRK nanti dapat Rm50 otak kau orang beku dan bodoh terus undi Barang Naik BN iaya inilah org muda sabah dah bebal kalau org dulu pandai bah sebab sentiasa tukar pemerintah Sabah kalau tak peduli rayat.

    ReplyDelete
  4. Sekarang kalau turun pekan tidak ada RM100 mau minum di Restoran pun takut sabab mahal tambah lagi senyap2 kerajaan bagi tax (GST) seperti ASTRO ,KFC dan minyak petrol mungkin nak lagi lapas PRK adoiiiii pendapatan tak naik macam mkana nie nak hidup.

    ReplyDelete
  5. memang kita ini kesihan bah,bila ada pemimpin kita memperjuang kan 20 perkara UMNO kata sudah ketinggalan ZAMAN tapi bila mereka memperjuang ketuanan melayu tidak ketinggalan ZAMAN,sedang kan 20 perkara itu adalah perjanjian yang dimeterai,dimana ia menjaga hak kita bumiputra sabah seperti juga "ketuanan melayu" menjaga hak mereka dari di cerobohi oleh orang lain,jadi kalau mereka cakap 20 perkara ketinggalan zaman yang bertulis ketuanan melayu yang hanya di ungkap zaman berzaman lagi ketinggalan zaman dan sudah lapok..kita kekal miskin jika masih bernaung dengan UMNO & BN (PBS,UPKO,PBRS,LDP)...Lebih baik kita nyah kan BN dari sabah....

    ReplyDelete
  6. Diharapkan masalah kemiskinan boleh dikurangkan.

    ReplyDelete
  7. Takanlah kerana Matongong BN dipersalahkan habis-habisan. Bagaimana pula pembanggunan yang telah berlaku sejak BN ambil alih pemerintahan di Sabah. Mana Wakil rakyat Matonggong? Kena bisu dan diam tanpa melangkah untuk kemajuan di daerah anda. Aggresif la sikit!!!

    ReplyDelete
  8. Bukan semua kaum rungus miskin tau. Ramai juga dikalangan mereka sudah berjaya di Bandar KK. Usaha barulah dapat melihat sesuatu pembaharuan.

    ReplyDelete
  9. sememangnya masih banyak yang perlu dibuat. tapi jika dilihat sekarang ni, keadaan sudah menjadi semakin baik berbanding dulu dan usaha perlu diteruskan lagi.

    ReplyDelete
  10. menyedari hakikat bahawa masih terdapat kekurangan dan kepincangan dalam ekonomi, politik, jawatan dalam perkhidmatan awam serta akademik, maka cedekiawan dan golongan intelek dalam kalangan masyarakat rungus terutamanya, wajib memikul tanggungjawab dan mengambil peranan berkonotasikan ketelusan agar masyarakat rungus mampu bersaing dengan kaum lain di negara ini pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  11. semua rakan saya yang berbangsa Rungus berkerja dengan sektor awam. tidak ada diskriminasi dalam hal ini. kalau mahu bangsa itu maju, majukan dahulu generasinya.

    ReplyDelete
  12. Mungkin jika orang rungus berusaha lebih tidak mustahil mereka ini akan mendapat tajaan kerajaan. Ingat bukan semua yang menyambung pelajaran adalah tajaan kerajaan. Tapi terpaksa meminjam dengan along berlesan(PTPTN).

    ReplyDelete
  13. Semoga kemudahan dana pendidikkan akan dierolehi oleh semua rakyat. Lagi satu, kalau orang kaya tidak perlulah dapat dana kerajaan. berikanlah kepada orang yang kurang berkemampuan.

    ReplyDelete
  14. Rata-rata pembangunan di Sabah nie tidak seimbang dan barang semangkin naik yang menjadi mangsa adalah rayat tetapi kebanyankan YB-YB kita mempunyai rumah banglo harga berjuta.Nampak sangatlah YB kita nie tak buat kerja berbanding YB di Semananjung cukup berbeza.Rasa-rasanya bagus kita tukar YB-YB kita baru diorang tau kuasa rayat.

    ReplyDelete
  15. Kita sedar ada kelemahan tapi hairan napa tak sedar2 juga buat perubahan... hhhmm

    ReplyDelete
  16. Sebelum PRK semua yang buruk pasal BN/Kerajaa timbul tapi lepas PRK yang kena kutuk ni jugalah yang menang.. Jadi apa cerita ni...

    ReplyDelete
  17. Bagi saya, kemenangan BN membuktikan kerelevanan mereka terhadap rakyat. Malah parti BN tetap kukuh walau ramai yangg tak puas hati. S/ada mereka menang BY election or BUY election... namanya BN menang dan memerintah, terima sajalah apa yang ada!

    ReplyDelete
  18. Kalau masih juga tak puas hati, tidak mengapa set awal2 dalam minda siapa yang mahu di undi semasa P/raya berlangsung nanti. OK. hehe

    ReplyDelete
  19. Apapun, saya berharap agar pembangunan dari semua aspek dalam pelbagai kaum sama rata bagi memastikan tidak ada mana2 pihak yang merasakan terpinggir.

    ReplyDelete
  20. Oleh sebab itu, sepatut nya YB2 turun padang, ke kawasan2 pedalaman tingu dgn mata sendiri...mcm mana keadaan rakyat nya...bukan nya terbang ke semananjung utk membantu para pengundi di sana. Ikut2 berkempen di sana, tapi negeri sendiri..mcm mana??? Adakah rakyat nya ada lampu letrik kah...air paip kah...jalan bertar kah...bantuan kebajikan sampai ke tangan kah..1 Malaysia...Rakyat di dahulukan...

    ReplyDelete
  21. Sabah memerlukan dana biasiswa dan peminjaman pelajaran untuk pelajar Sabah kita sendiri.

    ReplyDelete
  22. Rakyat Sabah perlu berusaha mengembalikan maruah kita.

    ReplyDelete
  23. di Sabah mempunyai perbagai kaun dan budaya, setiap kaun kena berusaha untuk menbangunkan dan mamajukan diri. bagi kaun Rungus, sebenarnya ramai jg antara merak yang telah berjaya. saya sendiri mempunyai ramai kawan dari kaun rungus yang telah berjaya.

    ReplyDelete
  24. Nampaknya masih ada kaum lain yang menduduki tangga keatas senarai rakyat termiskin.

    ReplyDelete
  25. Well, I hope this will change.

    ReplyDelete
  26. Adakah kita akan membiarkan mereka begitu saja?

    ReplyDelete
  27. Kalau mau berjuang biarlah untuk semua peribumi bukan satu kaum saja barulah seimbang.Wakeup we all sabahanlah,apapun nampak benar pemimpin kita membelakangkan tangungjawap mereka dan asyik mengkayakan dirisendiri sahaja mari kita ubah/gantikan mereka baru mereka tau siapa itu rayat.

    ReplyDelete
  28. Kita boleh memperbaharui keadaan ini.

    ReplyDelete
  29. Kiata orang Sabah perlu berubah dan matang macamana kita buktikan di PRU 13

    ReplyDelete
  30. Wahai kaum Rungus, kalian sudah lebih 40 tahun berada di bawah pemerintahan UMNO/BN. Bila lagi mahu berubah?. Jangan kalian salahkan orang lain. Sewajarnya salahkanlah diri sendiri. Yang lepas tu lepaslah. Tak usah dikenang lagi.

    Di Sabah bukan kaum Rungus saja yang susah,bahkan masih banyak lagi yang senasib dengan kalian. Begitu juga di negeri-negeri lain di Malaysia ini.Masih ramai lagi yang berada di tahap miskin dan tak bertanah dan berharta.

    Sebenarnya yang kaya raya dan senang di Malaysia ini adalah orang-orang yang berada paling hampir dengan pemerintah, krono-kroni mereka, suku sakat mereka dan pengampu mereka. Maka hiduplah mereka dengan limpahan harta dan kemewahan yang tak terhingga.

    Sewajarnya kalian kena celik mata, hati dan minda. Terjemahkanlah ketidakpuasan hati kalian di dalam PRU13 nanti. Cuba kita beralih angin sekali sekala. Tunjukkan sikap matang kita dalam berpolitik, bukan hanya berstatus jumud, beku dan kaku. Hak memerintah negara berada di tangan kita selaku rakyat jelata. Nilai undi kita sama mahal dengan sesiapa sahaja, cumanya kita telah silap mengundi dan memberi mandat kepada orang yang tak sepatutnya memegang tampuk pemerintahan.

    Ayuh kaum Rungus kalian, marilah kita bersama-sama mengundi pembangkang di dalam PRU13 nanti. Kita cuba pula dengan kepimpinan baru yang akan mentadbir negara ini dengan lebih adil dan saksama, tidak meminggirkan sesiapa sahaja asalkan mereka kaum asal yang tinggal di negara Malaysia ini. Bertindak bijaklah kaum Rungus dan kaum-kaum lain yang hampir senasib dengan kalian semua. JANGAN lagi kalian membuat SILAP.

    ReplyDelete
  31. Kepada para pemimpin dari kalangan kaum Rungus, sedarlah kalian. Jangan ada di kalangan kalian yang terpelajar bertindah sebagai duri dalam daging, api dalam sekam, menikam dari belakang terhadap kaum sendiri.

    Kalau kalian mudah lemah dengan kata-kata manis, sogokan apabila tiba musim pilihanraya, dijanjikan dengan jawatan, dan entah apa-apa lagi, janganlah kalian mudah terpengaruh dan longlai dek keadaan. Kalian boleh terima itu semua, tetapi kalian kena pandai bermain politik.

    Kalau sudah lebih 40 tahun di bawah pemerintahan yang ada sekarang nasib kalian masih belum berubah, maka sampai bilakah lagi kaum kalian akan berubah???. Ingatlah kaum Rungus, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yang akan mengubahnya. Nah!!! makanya sekarang sudah tiba masanya kalian terjemahkan harapan dan rintihan kalian semua itu semasa PRU13 nanti. Jangan lagi teragak-agak. Bulatkan tekad, kuatkan semangat dan undilah parti opposisi demi kemajuan dan kesejahteraan kaum Rungus nanti. Kita lihat akan perubahan yang bakal berlangsung nanti.

    ReplyDelete
  32. Buat Pejuang Maya Rungus.
    Anda sememangnya seorang intelek. Maka gunakanlah keintelekan anda itu bagi menyedarkan kaum anda. Jangan anda hanya pandai menulis dan meluahkan perasaan ketidakpuasan hati anda apabila keadaan sudah tersepit.
    Nah!!! masa masih ada di depan anda. Makanya kumpulkan kaum anda itu dan berikan kesedaran kepada mereka betapa pemerintah yang ada sekarang sudah tidak relevan lagi untuk memerintah negara ini. Rata-rata mereka korupsi, mementingkan kroni, mengumpul harta keayaan yang tak terhitung banyaknya ke luar negara dan di dalam negara. Dan untuk anda semua, apa yang ada???. Hanya janji-janji manis semasa hampir pilihanraya sahaja. Selepas itu kalian semua makan asap telan angin sahaja. Sedarlah wahai kaum Rungus.
    Pejuang maya Rungus,
    Sudah lebih 40 tahun kalian berada di bawah pemerintahan yang ada sekarang, tetapi nasib dan keadaan kalian semua masih berada ditakuk lama. Bila lagi kalian mahu berubah???. Nah!!! kuasa ada di tangan kalian, maka gunakanlah kuasa tersebut nanti bagi mengundi orang yang akan boleh memberi perubahan kepada kalian dari segala aspek kehidupan terkini selaras dengan perubahan dan peredaran masa. Kalau kalian berbuat silap lagi, maka kalian akan terus berada di bawah naungan kemiskinan, ketinggalan, kemunduran dan berbagai lagi yang menghimpit kehidupan kalian.
    Pejuang maya Rungus,
    PASTIKAN kaum kalian bertindak bijak dalam PRU13 nanti dengan memilih parti opposisi sebagai menggantikan pemerintah yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  33. Rakyat perlulah membuat pemilihan terbaik. Semuanya terletak dalam tangan rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  34. selepas membaca petikan ini, saya berasa sedih dan bersemangat.


    kenapa sedih :
    sya sedih kerana suku kaum saya berada dalam kedudukan suku kaum yang termisikin. secara pemerhatian saya, kemiskinan suku kaum rungus ini adalah faktor daripada ekonomi, sosial , dan politik.. kenapa saya katakan politik: di sini saya tidak salah kan pemimpin politik kaum rungus 100% sebabnya mereka hanya menjalankan pembangunan kawasn tersebut dengan peruntukan yang ditetapakan oleh kerajaan persekutuaan dan kerajaan negeri, PERSOALAN: SEJAUH MANA KAH PERUNTUKAN ITU DISALURKAN UNTUK PEMBANGUNAN KAWASAN RUNGUS ( di sini lah banyak berlaku yang tidak diingini terhadap peruntuk tersbut , walaupun tiada sumber yang jelas tapi perkara ini SAH terjadi)???????? HARAPAN @ cadangan : saya mengharapakan pihak pemimpin politik kaum rungus bangun untuk membangkitkan perkara yang sepatutunya terutamanya dari segi pembanguan ekonomi.

    dari segi pembangunan ekonomi pihak kaum rungus jaga tidak seharusnya bergantung 100% daripada pihak kerajaan "MARI LAH KITA SAMA2 BANGUN DAN MAJU SEPERTI KAUM LAIN DENGAN KEMAJUKAN KEJAYA MASING2 DALAM APA2 BIDANG".... walaupun demikian, pihak kerajaan juga ambil peranan penting untuk memajukan kawasan rungus dengan menyediakan KEMUDAHAN ASAS@KEMUDAHAN YANG PALING PENTING seperti kemudahan jalanraya merupakan asset utama pembangunan sesuatu kawasan, kemudahan air, memajukan pekan beralih ke bandar dan sebaginya,... ini terbukti apabila kita lihat kawasan rungus seperti di KUDAT, PITS DAN KOTA MARUDU... yang mempunyai potensi dimajukan sebagi pekan dan seterusnya menjadi bandar untuk proses pembangunan ekonomi. tpi malanya APA YANG TERDAPAT DI KAWASN TERSEBUT...........


    SEMANGAT:

    sbb bersemangat untuk memajukan diri, sdan seterusnya suku kaum RUNGUS.....



    JUMPA LAGI... YANG BENAR ULUN TOKOU..........

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.