SEBILANGAN Penduduk Kampung Penimbawan di Tuaran melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sistem pengagehan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di kampung tersebut kerana didakwa tidak telus dan terdapat ada unsur pilih kasih.
Seorang wakil penduduk, Haji Harin Haji Hassan berkata, pengagehan rumah itu sepatutnya dibuat dengan cara cabutan undi supaya semua penduduk kampung terlibat berpuas hati dan tidak merasa didiskriminasi pihak-pihak tertentu.
"Terdapat kalangan yang rapat dengan pimpinan kampung dapat tempat tertentu, konon dapat arahan orang atas," kata Haji Harin yang kelihatan amat kecewa dengan pengagehan itu.
Beliau berkata, pihaknya telah membuat surat bantahan kepada Pejabat Daerah Tuaran bagi meminta kaedah pengagehan sebanyak 250 unit rumah itu dibuat secara teratur dan adil.
Sehubungan itu, beliau juga melahirkan rasa terkejut apabila menerima surat arahan pindah ke rumah bilangan 144 yang ditandatangani oleh Pegawai Daerah Tuaran, Madiyem Layapan yang mengarahkan juga penduduk lain berpindah ke rumah baru PBR secepat mungkin.
Dalam surat bertarikh 7 Januari 2011 itu, menyatakan bahawa keputusan mesyuarat Projek Pembangunan Masyarakat Setempat (PAMS) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Kampung Penimbawan pada 30 Disember 2010, berdasarkan keputusan mesyuarat itu mereka diperuntukkan rumah tersebut yang dibuat secara pilihan.
"Soalnya siapa yang membuat pemilihan? Kenapa kami tidak diberitahu dan sekali gus dijemput hadir dalam pemilinan itu?,” tanya Haji Harin sambil menambah, penduduk kampung berkenaan tetap menerima rumah yang diberikan kerajaan, tetapi beliau mempersoalkan mengapa penduduk Kampung Penimbawan tidak dilibatkan dalam pengagehan rumah tersebut.
"Meskipun saya kurang faham dengan pengertian isi surat Pegawai Daerah Tuaran kerana saya tiada pendidikan, tetapi jelas ia tidak memahami perasaan dan harapan penduduk yang inginkan keadilan," kata Haji Harin seorang pesara Angkatan Tentera yang benar-benar tidak berpuashati kerana sistem pengagehan itu tidak berasas.
Katanya, Projek perumahan itu sesungguhnya memberikan manfaat yang amat baik dan mampu menaikan taraf hidup masyarakat kampung terlibat.
Walau bagaimanapun, beliau meminta pemimpin tempatan agar campurtangan supaya pengagihan rumah PBR di Kampung Penimbawan Tuaran itu dibuat semula secara telus dan adil dengan menerusi cabutan undi.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
Tuesday, February 15, 2011
PENGAGEHAN RUMAH PBR TUARAN TIDAK ADIL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Program Bantuan Rumah sepatutnya diagihkan berdasarkan keperluan rakyat. Sesiapa yang lebih memerlukannya patut diberikan keutamaan.
ReplyDeleteKenapa tidak adil pula? inilah sikap orang yang hanya pentingkan diri sendiri. Sepatutnya orang seperti ini tidak layak untuk mengurus.
ReplyDeletepengagihan rumah PNR ini perlu dibuat secara telus dan adil.
ReplyDeleteKena adil. Jika anda tidak adil, rakyat akan membenci anda. Dan jika itu berlaku, jangan hairan jika anda akan jatuh tercorot satu hari nanti.
ReplyDeletesebaiknya penjelasan diberikan berhubung isu ini. suara dari kedua belah pihak perlu didengar terlebih dahulu.
ReplyDeletebersyukurlah dapat bantuan rumah, daripada tidak ada langsung.
ReplyDeletewalau bagaimanapun mana2 pihak yang sengaja menyalahgunakan program bantuan kerajaan ini atau bertindak tidak telus perlu disiasat dan dikenakan tindakan.
ReplyDeleteSeharusnya dalam pengagehan ini haruslah tulus. tapi tidak apalah kita kira bersyukur kerana diberikan bantuan oleh kerajaan. terimalah seadanya.
ReplyDeleteSemoga masalah sebegini tidak berlaku lagi. Adil jurjur dan tulus seharusnya berlaku dalam pengagehan rumah bantuan tersebut. supaya penduduk semua berpuas hati. tambahan lagi, bagaimana Haji Harin Haji Hassan tahu yang pengagehan itu tidak adil??Mungkin semua itu dipilih secara rambang. Mungkin Haji Harin Haji Hassan cuma tidak berpuas hati kerana tidak dapat apa yang diharapkan. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan.
ReplyDeletePerkara ini dah selalu kita dengar iaitu pilihkasih dan tidak tulus.Apa lagi kepada yang terlibat laporlah ke SPRM agar ianya dapat diselesaikan dan bongkar serta hukum kepada yang salah guna kuasa baru betul bukan bising2 tapi tindakan habuk pun takda
ReplyDeletePBR seharusnya diberikan hanya kepada mereka yang layak dan memerlukan..
ReplyDeletemungkin wakil rakyat harus campur tangan dalam hal ini.
ReplyDeleteaiks biar betul... kenapa tidak adil pula??? Ni mesti ada yang tak kena ni.
ReplyDeleteSetuju Urang Sabah. Pengagihan harus dibuat dengan adil dan bukannya semborono saja, tengok kan dah timbul ketidakpuasan hati.
ReplyDeleteNmaun jika difikir balik takkan pula DO Tuaran sengaja tarik balik kan??? Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada sebab munasabh.
ReplyDeleteSemoga DO Tuaran tampil beri penjelasan bagi mengelakkan ketegangan berlaku. Saya yakin beliau pasti mempunyai penjelasan yang mampu meleraikan kekeliruan yang berlaku.
ReplyDeleteJadi dengar dulu penjelasan daripada kedua belah pihak barulah kita buat penilaian sendiri.
ReplyDeleteHarap hal ni akna dapat ditanggani dengan baik dmei kebaikan bersama.
ReplyDeleteManusia tidak pandai bersyukur. Sudah diberi, mau lagi lebih-lebih. Bagus tarik balik rumah untuk kamu, bagi dengan orang yang benar2 tidak mampu.
ReplyDeleteHanya mereka yang betul-betul memerlukannya patut diberikan bantuan rumah. Mereka yang sudah pun ada kediaman yang elok, janganlah pergi rebut dengan orang yang malang.
ReplyDeleteLaporlah ke SPRM baru betul dan tunggu baru bernas dari tuduh melulu
ReplyDeletebantuan itu seharusnya diberikan secara adil.
ReplyDeleteAnother drama.
ReplyDeleteKelalaian pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah ini sememangnya membawa padah.
ReplyDeleteWhat's going on actually? Are we lacking something over here?
ReplyDeleteLaporkan kepada pihak media.
ReplyDeleteShould the authorities come down and do something.
ReplyDeleteBetul kata Anon 21, laporlah kepada SPRM.
ReplyDeleteMacam mana nak mengurangkan masalah kemiskinan jika bantuan rumah ini tidak sampai kepada rakyat miskin?
ReplyDelete