Friday, February 11, 2011

Laporan gempa bumi cemaskan penduduk Tawau

Ramai penduduk di kawasan pesisir pantai di Tawau, termasuk penduduk Kampung Kinabutan dan Kampung Batu Payung, panik seketika terhadap kemungkinan berlaku tsunami selepas menonton siaran berita menerusi televisyen malam semalam mengenai gempa bumi di Laut Sulawesi.

Seorang penduduk Kampung Kinabutan, Azman Abdul Rahim, 39, berkata beliau melihat ramai penduduk yang keluar dari rumah masing-masing sebaik sahaja menonton siaran berita TV1 berkaitan gempa berkenaan.

"Keadaan panik di kalangan penduduk berlaku antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam. Bagaimanapun, saya melihat keadaan air laut pada waktu itu masih tenang," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Azman berkata dia bersama 10 anggota keluarganya tidak terus terpengaruh dengan berita itu, sebaliknya terus menonton televisyen bagi mengikuti perkembangan terbaru.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata anggota polis diarahkan supaya bersiap sedia selepas mendengar siaran berita berkenaan.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada jam 10.42 malam di latitud 4.0 Utara dan longitud 123.2 Timur iaitu 543km di Tenggara Kunak, Sabah.

- Bernama

14 comments:
Write comments
  1. Harap tiada apapa masalah besar.

    ReplyDelete
  2. apapun, harap keadaan terkawal dan tiada bencana akan berlaku.

    ReplyDelete
  3. harap tiada apa-apa yang buruk berlaku.

    ReplyDelete
  4. Jangan cemas, yang penting sediakan payung sebelum hujan.

    ReplyDelete
  5. This is quite worrying.

    ReplyDelete
  6. Langkah bersedia dan berjaga2 adalah perlu. Tapi diharapkan ianya tidak berlaku dengan teruknya.

    ReplyDelete
  7. Hopefully there's not going to be any tsunami.

    ReplyDelete
  8. Sentiasalah berwaspada. Sedia payung sebelum hujan.

    ReplyDelete
  9. langkah2 berjaga perlu ada bg menghadapi sebarang ancaman bencana.

    ReplyDelete
  10. Pada masa kini tidak banyak yang dapat dibuat oleh mereka yang berhadapan dengan gelombang tsunami kecuali mengosongkan kawasan yang dijangka akan dilanda tsunami. ambil langkah berjaga2 dan elakkan dari pergi ke arah pantai sekiranya berlaku tanda2 awal tsunami seperti air yang surut secara tiba2.

    ReplyDelete
  11. tidak semua gempa bumi boleh mengakibatkan tsunami, tetapi kebanyakannya adalah berpotensi menghasilkan gelombang ini. apabila mengetahui gempa bumi telah berlaku, bersedialah untuk menerima amaran tsunami. bukan sahaja penduduk, malah pihak kerajaan, polis dan badan2 kecemasan yang lain perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

    ReplyDelete
  12. penduduk harus sentiasa berwaspada dan mendengar setiap arahan diberikan untuk mengelak sebarang perkara buruk berlaku.

    ReplyDelete
  13. diharapkan tiada perkara buruk akan berlaku.

    ReplyDelete
  14. Harap penduduk Tawau akan berwaspada.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.