Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti  maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di  tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
Kegiatan  itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia  diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk  sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing  berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
Tanpa  segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang  menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan  melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.
Ketua Polis  Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok  dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa  hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit  pada jam 10 malam kelmarin.
“Ketika  serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki  membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi  pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.
“Kedua-dua lelaki  tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing  yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada  sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya,  siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara  rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi  khidmat seksnya.
Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga  peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu,  telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan  pelacuran.
“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini  secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan  Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh  dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,”  katanya. -hm
Saturday, February 26, 2011
Harga Getah Naik, Perempuan Sundal Pun Sudah Tunggu Dalam Kebun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




ini satu perniagaan baru....yang mungkin boleh di contohi di kawasan kampung berhampiran kota..
ReplyDelete