KENYATAAN akhbar dan tuduhan liar Ronnie Klassen terhadap Presiden PKR Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah suatu kenyataan yang tidak berasas sama sekali kerana MPP tidak pernah meluluskan jawatan Pengarah Komunikasi kepada Ronnie Klassen.
“Kalau pun ada lantikan Pengarah Komunikasi dari MPN sebelum Presiden mengambil alih, maka biro-biro belum dibentuk lagi kerana susunan biro-biro masih dalam proses lagi,” kata Halik Zaman yang memegang porfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat PKR Sabah.
Kata Halik, "Ronnie Klassen boleh membuat laporan polis atas kapasiti sebagai ahli PKR bukan sebagai Pengarah Komunikasi sebab lantikan BIRO Komunikasi MPN yang lalu sudah dibubarkan dan belum dibentuk lagi."
Tegas Halik lagi, "Ini adalah kerana Sabah tidak lagi menggunakan sistem Majlis Perhubungan Negeri untuk sementara waktu sebaliknya menggunakan sistem Majlis Presiden. Majlis Presiden ini telah terbentuk secara sebulat suara dan pada mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Dato' Seri Presiden telah di tubuhkan beberapa biro dan jawatankuasa. Ini jelas membuktikan bahawa jawatan Pengarah Komunikasi ini tidak wujud sama sekali dalam keputusan Majlis Presiden."
Berkemungkinan juga Ronnie Klassen telah di lantik oleh Azmin Ali semasa beliau menjadi Pengerusi MPN Negeri Sabah pada tahun 2009. Pada dasarnya, kita semua amat maklum dan arif bahawa apa-apa jawatan yang di sandang akan tamat dengan sendirinya di atas tiga perkara muktamad seperti berikut :
1. Apabila seseorang itu di pecat atau seseorang melepaskan jawatan.
2. Tamat tempoh penggal seperti termaktub dalam Perlembagaan Parti.
3. Berlaku Kongres Nasional Parti dan pemilihan di peringkat Cabang dan Pusat.
Dalam hal ini, jelas diertikan bahawa penggal perkhidmatan beliau telah tamat apabila berlaku pemilihan di peringkat Cabang dan Pusat kerana semua jawatankuasa atau biro lantikan sebelumnya terbubar dengan sendiri kerana memberikan ruang dan peluang kepada kepimpinan baru untuk membentuk Jawatankuasa baru.
“Maka kerana itulah saya menegaskan di sini tidak timbul isu yang mengatakan Presiden itu berbohong atau sebagainya,” kata Halik yang kesal dengan kenyataan desperado yang gagal mendapat tempat dalam Majlis Presiden.
Oleh: MEDIA PKR SABAH
Saturday, February 19, 2011
MPP TIDAK PERNAH LANTIK RONNIE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa sebenarnya yang bercakap benar?
ReplyDeletetk kisah apa status Ronnie, yng dilihat PKR makin bermasalah.
ReplyDeletebesok2 pemimpin PKR yang lain pula memberikan pandangan dan kritikan, selang beberapa hari kemudian bermula la sesi pergolakan dalam PKR seperti sebelum ini. yang pasti masalah ini timbul disebabkan oleh kepimpinan PKR yang tunggang-langgang.
ReplyDeleteDengan ahli sendiri pun PKR tidak menepati janji apatah lagi dengan orang lain seperti rakyat..Tidak mustahil berlaku..
ReplyDeletenampaknya ada lagi isu yang melanda PKR Sabah.
ReplyDeletejika isu ini menjadi semakin besar tidak mustahil PKR Sabah akan kembali bergolak selepas ini.
ReplyDeleteIf MPP didn't give appoint Ronnie, then who did??
ReplyDeleteNow who is telling the truth and who is not?
ReplyDeletePKR clearly has a problem in their party. Don't think PKR will stay long in Sabah if problems keep occurring in their party.
ReplyDeletePKR tidak habis2 dengan masalah mereka. Orang seterusnya meninggalkan PKR adalah Ronnie!
ReplyDeleteKeadaan tidak akan pulih jika mereka terus bersikap macam ini. Masing2 dengan ego mereka. Masing2 ada kepentingan sendiri. Jika tidak ada perubahan, semakin ramai orang akan keluar dari PKR.
ReplyDeletemcm masalah dalam PKR ni.
ReplyDeleteKenapa ba juga PKR nie pigi pungut di Halik Zaman. Kalau dia jadi calon PKR sanggup saya kasi rosak undi saya drp undi seorang yg hipokrit.. Kalau menang nanti jadi katak la nanti tu..
ReplyDeleteIni masalah para pemimpin yg kalah tak mau juga mengaku2 kalah. Bukankah si Ron ini kalah pemilihan ketua bahagian PKR KK sama Christina Liew, sudah kalah, undurlah, itu demokrasi namanya. Ini sekarang mau balas demdam, tengah2 cari cara bagaimana mau memusnah PKR Sabah!
ReplyDeleteSaya cadangkan PKR Sabah dibersihkan sebersih2nya, semua org lama direhatkan, masukkan orang baru, org muda yg profesional, lupakan geng Ansari, geng Jeffery, geng Thani dll...lupakan mereka semua! Cari pemimpin baru, muda dan fresh...saya percaya rakyat akan sokong. Buang semua ketua2 ranting, buang semua ketua2 cawangan, lantik pemimpin baru dan jujur...ini pemimpin lama semua dari BN, buat kacau aja!!! Apa macam setuju kah?
ReplyDeletePKR sebuah parti yg baik tetapi dirosakkan oleh musuh dalam selimut, org2 mantan BN yg menyertai PKR buat kacau aja...di BN mereka tak diterima kerana lemah dan masuk PKR buat kacau dan creat havoc pulak. Saya percaya lama kelamaan yg tinggal dalam PKR ialah pemimpin yg jujur. Honestly, saya lebih suka kalau Ansari undur, Thani undur, Jeffery undur, semua oppurtunis yg juga bekas2 org BN sila undurlah!!!
ReplyDeleteSaya hairan betul lah drama ni... Terlalu complicated!
ReplyDeleteApapun, pandai2lah rakyat menilai sendiri perkara ini.
ReplyDeletelagi penegeseran dalaman PKR..
ReplyDeletetidak pernah habis2 isu dalaman PKR..sedangkan isu dalaman parti pun tidak dapat diselesaikan ini kan pula berangan-angan ingin menjadi kerajaan..
ReplyDeleteMasalah dalaman PKR seperti ini yang menyebabkan PKR Sabah lemah.
ReplyDeleteJadi Ronnie sendiri yang melantik diri sebagai pengarah komunikasi? Tidak tahu siapa sebenarnya yang betul, siapa yang salah.
ReplyDelete