Penyakit was-was adalah antara penyakit yang paling serius dan ada kalanya akan mencapai tahap yang kronik. Pada tahap ini penghidapnya akan kelihatan seperti tidak dapat dipulihkan lagi memandangkan keadaan diri mereka yang teruk. Was-was adalah serangan penyakit hati yang melanda manusia melalui saluran gangguan makhluk yang disebut Allah sebagai al-Khannas. Firman Allah SWT :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)
Agama Islam adalah agama yang tidak memberikan kepayahan atau kesulitan kepada umatnya untuk melaksanakan segala ibadah kepada Allah. Berlakunya was-was adalah disebabkan kurangnya pengetahuan agama dalam setiap ibadah yang dilakukan seperti, cara berniat ketika melakukan ibadah, cara melakukan ibadah yang benar dan banyak lagi sehinggakan penyakit was-was makin menjadi-jadi. Was-was juga boleh berlaku kepada sesiapa yang mempunyai ingatan yang lemah atau pelupa dalam setiap perbuatan yang dilakukan didalam ibadahnya.
Kaedah untuk menghilangkan penyakit was-was ini ialah dengan cara seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi dan mengetahui cara melaksanakan ibadah yang betul. Sedikit sebanyak kaedah ini dapat membantu mengurangkan sifat was-was yang ada dalam diri seseorang. Contohnya seperti mandi hadas, cukup dengan keyakinan kali pertama mengalirkan air ke anggota badan ketika mandi hadas, hal ini sudah memadai dan mandi hadas tersebut sah dan tidak terbatal.
Ketika melakukan ibadah, perlu difokuskan perbuatan yang dilaksanakan dalam ibadah tersebut supaya tidak lupa. Jika terlupa, ulangi kembali rakaat solat yang terlupa sama ada rakaat tersebut sudah dilakukan ataupun tidak. Perbuatan ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya sifat was-was dan jiwa yang tidak tenteram apabila selesainya ibadah.
http://www.ustaznoramin.com
Saturday, February 19, 2011
Penyakit Was-Was (Ragu-Ragu) Dalam Ibadah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hapuskan ganguan makhluk, hapuskan penyakit was-was.
ReplyDeletepenyakit was-was ini mmg sering berlaku, penyakit ini perlu dihapuskan dalam diri kita. keyakinan perlu ada dalam melakukan ibadah.
ReplyDeletebanyakkan menuntut ilmu bagi menambahkan pengetahuan. ini dapat membantun mengurangkan penyakit was-was.
ReplyDeleteHave faith.
ReplyDeleteselalulah bertanya kepada yang lebih pakar. Ini lebih mudah kepada kita untuk menghilangkan was-was.
ReplyDeleteBanyak2 kan berdoa, minta pengampunan dari Tuhan. Jika menghadapi tanda2 itu, segeralah berdoa.
ReplyDeletePelajari lebih mendalam jika masih ragu-ragu..
ReplyDeleteBanyakanlah berdoa:)
ReplyDeleteJangan sekali rasa ragu-ragu.
ReplyDelete