Tuesday, February 15, 2011

BN umum calon Merlimau pada 23 Feb

Calon yang akan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau akan dapat diketahui pada 23 Februari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini tujuh nama disenaraikan oleh Umno Bahagian Jasin dan sudah diserahkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurut Muhyiddin, nama calon berkenaan akan diumumkan sebaik beliau melakukan lawatan sekali lagi ke Merlimau pada tarikh berkenaan.

NONE"Senarai itu, telah pun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serahkan kepada presiden parti, malah saya juga telah menerima salinannya.

"Kita sedang memikirkan latar belakang semua nama-nama dan setakat ini ada tujuh nama serta banyak yang layak dari kalangan orang di sini yang dicadangkan di peringkat bahagian," katanya selepas mengadakan taklimat kepada jentera BN di Dewan Datuk Ahmad Ithnin, di Merlimau petang tadi.

Muhyidin berkata, beliau amat berpuas hati tentang persediaan di Merlimau, walau pernamaan calon belum bermula.

"Bagi saya persediaan di peringkat parti, BN itu sendiri berjalan begitu baik sekali dan tersusun.

"Kita fokus untuk memastikan kemenangan BN dan harapan kita untuk meraih sokongan pengundi yang lebih besar lagi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah memberi nasihat kepada jentera parti supaya memberikan penumpuan terhadap koordinasi, perpaduan dan gerakan jentera secara efektif. -MK

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.