KAHERAH - Jutaan rakyat Mesir larut dalam kegembiraan merayakan  kemenangan mereka atas Presiden Hosni Mubarak yang pada hari  kelapan-belas akhirnya menyatakan perletakan jawatannya setelah berkuasa  selama 30 tahun.
Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di  jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan,  berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan  kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang  perletakan jawatan Mubarak tersebut.
"Kita  telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu  Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan  demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat  (11/2/2011) waktu tempatan.
Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak.
Suasana  bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan  hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan  kegembiraan.
"Saya adalah salah seorang yang menolong  menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir  sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam  perayaan di Tahrir.
Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar  mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya  dari ketidakadilan," ujarnya.
Di luar stesyen TV nasional Mesir,  demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga  stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank.
"Saya  tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup  saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang  bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir,"  tambahnya.
Hosni Mubarak letak jawatan Presiden
KAHERAH  - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam  selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.
Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.
"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.
Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.
Hosni  telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen  Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli  keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau  masih memegang jawatan sebagai Presiden.
Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.
Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.
Berita  itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang  terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.
Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.
Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.
Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.
Sementara  itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas  keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.
"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.
Hosni  sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi  pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya  di sana.
Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir  kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan  jawatan. - Agensi 










Saturday, February 12, 2011
Mubarak Letak Jawatan - Sejarah Baru Kebangkitan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Tahniah kepada rakyat Mesir. Harap kerajaan yang memerintahan Mesir selepas Mubarak dapat membela nasib rakyat Mesir.
ReplyDelete