Thursday, February 17, 2011

Pegawai Khas Pembantu Menteri Di Sabah Dicekup Khalwat

Kota Kinabalu: Ketika umat Islam sibuk meningkatkan amalan sempena sambutan Maulidur Rasul, seorang pegawai khas kepada pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam. Gambar fail

Bagaimanapun, niat pasangan itu tidak berpanjangan apabila mereka dicekup dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sempena Hari Kekasih yang menyasarkan beberapa hotel murah dan rumah persendirian sekitar bandar raya ini.

Terdahulu, berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya. -hm

12 comments:
Write comments
  1. Aduii, napakah makin menjadi-jadi tabiat manusia zaman sekarang... hhhmmm, tapi tu hak mereka la saya tak mahu masuk campur. hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh buatlah secara sah utk elakkan daripada kena cekup. huhu

    ReplyDelete
  3. kenapa nk buat perbuatan tak bermoral ni, kan lebih baik kahwin sahaja. JHEAINS kena lebih byk lakukan operasi sperti ini.

    ReplyDelete
  4. kenapa nk buat perbuatan tak bermoral ni, kan lebih baik kahwin sahaja. JHEAINS kena lebih byk lakukan operasi sperti ini.

    ReplyDelete
  5. macamana nak kawin berian mahal....nak buat pelamin pun memcecah ribuan..hiasan sewa kemah..makanan pun kak tempah...belanja kawin..belanja sewa hotel untuk keluarga...mana mampu bib..saya cadangkan..JHAEANS berikan SUPSIDI...

    ReplyDelete
  6. JHEAINS perlu sentiasa melakukan pemantauan seperti ini bagi membanteras gejala tidak bermoral.

    ReplyDelete
  7. berani buat berani la tanggung... mungkin yang lain tu tiada la masalah untuk kahwin. tapi yang paling kesian tu lelaki 21 tahun dengan teman wanitanya 50 tahun.. agaknya masih produktif lagi ka tu ah?? huhu..

    ReplyDelete
  8. Semoga perkara ini akan terus dan terus dilaksanakan.

    ReplyDelete
  9. Keranalah perbuatan seperti ini menyebabkan anak hasilan luar nikah, masalah pembuangan bayi dan sebagainya.

    ReplyDelete
  10. Syabas JAHENS KOTA KINABALU, Pergiatkan lagi oprasi seperti itu setiap hari,. Ttpi kadang2 pihak JAHENS ini pelik juga, kalau ada orang islam mau kawin, ttpi jahens banyak alasan tidak mau dikasi nikah,..ini orang betul2 mau kawin ni,..jahens pula cari pasal, akhirnya pasangan pigi nikah tampat lain bukan jurunikah jahens, tidak pasal2 jahens pigi saman lagi tu pasangan...mana bah yang betul ni,...Orang mau minta dinikahkan Jahens halang,...bila sudah nikah bukan pegawai jahens yg nikahkan, jahens tangkap pula...aneh jahens ni. cuba orang jahens kasi penjelasan mengenai hal ini, di daerah keningau banyak masalah seperti ini berlaku. itu jahens punya jurunikah tidak mau kasih nikah tu orang yg mau kawin.

    ReplyDelete
  11. Walaupun ada tentangan keluarga, tapi ini bukan satu alasan yg membolehkan mereka melakukan perbuatan terlarang...tetapi masing2 ada pendapat & kepercayaan sendiri terpulang la kepada mereka untuk ikut atau tidak...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.