Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama  keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18  hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak  akan berundur sekarang.
Pihak tentera pula berjanji akan menarik  balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas  keadaan semasa reda.
Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.
Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.
Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.
Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.
Laporan  itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi  demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan  tentera Almaza.
Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang  dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan  terbang ke Emiriah Arab Bersatu.
Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.
Dalam  ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan  pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil  menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September  ini.
Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika  sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa  Hosni akan berundur segera.
Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut  ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama  pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir  meledak.”
Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”
Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.
Pemenang  hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin  pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup”  kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.
Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.
Saturday, February 12, 2011
Mubarak Lari Ke Emiriah Arab, Switzerland Beku Aset Mubarak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.