Monday, February 7, 2011

Sarawak : Klip ‘Kekayaan’ Taib Mahmud Hangat di Internet

Sebuah video dokumentari bertajuk ‘Bloody Wealth’ atau ‘Harta Berdarah’ Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di laman youtube, hari ini hampir mencecah 30,000 penonton dalam masa singkat.
Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun ‘tarnaktaib’ sejak 18 Disember 2010.

Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.

Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.

Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai ‘Chief Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa ‘menyapu’ semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng.

http://www.keadilandaily.com

10 comments:
Write comments
  1. Tak sangka Taib begitu kaya.

    ReplyDelete
  2. nampaknya Klip video tersebut mendapat sambutan daripada ramai penonton. apapun terpulang pada kia untuk menilai sendri kebenaran dalam klip tersebut.

    ReplyDelete
  3. setiap individu perlu membuat penilaian dengan bijak. jangan mudah percaya terhadap pekara yang belum ada bukti yang jelas.

    ReplyDelete
  4. Inilah bila dekat-dekat dengan pilihanraya mulalah khabar angin datang..

    ReplyDelete
  5. Don't know how true it is but it does make sense.

    ReplyDelete
  6. jika benar beliau telah melakukan kesalahan, beliau tetap akan menerima balasannya. semua pemimpin termasuk pembangkang juga sebenarnya mengidamkan kekayaan semata2 bukannya ikhlas membantu rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  7. Beliau sudah lama memegang jawatan itu, sudah masanya beliau melepaskan semuanya.

    ReplyDelete
  8. Jika beliau melakukan kesalahan seharusnya hal itu di siasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  9. Memang benar, agak hairan setelah mengetahui beliau telah mula berkhidmat semenjak 26 Mac 1981, tapi keadaan Sarawak masih jauh kebelakang berbanding negeri lain.

    ReplyDelete
  10. Harap rakyat Sarawak akan membuat penilaian sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.