Tuesday, February 1, 2011

PARIT TERSUMBAT PUNCA BANJIR SANDAKAN

TERDAPAT beberapa faktor kenapa setiap kali hujan lebat beberapa kawasan begitu mudah dilanda banjir lumpur berana berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna; apatah lagi jika saluran parit tersumbat.

Akibatnya, jika hujan berpanjangan, arus air yang bercampur lumpur yang datang dari arah bukit, sudah tentu tidak dapat ditampung parit sedalam 10 kaki dan lebar 15 kaki disebabkan limpahan air yang banyak sehingga terjadi banjir kilat.

Menurut pandangan beberapa orang penduduk di persekitaran yang sempat ditemui semasa tinjauan Wartawan Kanan Sabahkini.Net, majoriti mereka menuding jari kepada Jabatan Kerjaraya dan Majlis Perbandaran Sandakan.

“Ini semua berpunca daripada kerakusan pembangunan yang ingin pesat di beberapa sudut sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar semula jadi. Contohnya bukit-bukau ditarah sehingga rata dan pokok-pokok ditebang sehingga menyebabkan struktur tanah di bukit tidak kukuh. Apabila hujan lebat berpanjangan, maka tanah begitu mudah runtuh dibawa oleh arus air yang begitu deras dan mengalir ke kawasan rendah” jelas Maryati @ Waty Antony (gambar sisipan) seorang penduduk Taman Raja Wali Sandakan yang turut menjadi mangsa banjir di mana rumahnya telah dinaiki air sedalam tiga kaki.

Menurut Maryati, pihak berkuasa tempatan harus mengambil kira bantahan rakyat dan mengkaji beberapa sudut bagi melestarikan pembangunan agar mengutamakan faktor keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

“Pencabulan alam semula jadi seperti menerokai bukit-bukau dan pokok-pokok yang jadi mangsa keadaan. Inilah salah satu faktor utama berlakunya banjir kilat di sana sini,” ujar Maryati lagi.

Kata Maryati, senario berbeza bagi kawasan tebingan sungai seperti Kinabatangan kerana banjir sebesar mana pun, tidak begitu menggugat kerana sistem saliran belum terganggu.

“Sejak lahir 26 tahun lalu, inilah kali pertama bandar Sandakan dilanda banjir lumpur sehingga melibatkan beberapa deret bangunan kedai telah dinaiki air sedalam tiga kaki,” ujar Maryati yang menyifatkan fenomena ini merupakan satu detik hitam kepada warga asal Sandakan yang ‘bebas banjir’.

Maryati yang bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Pejabat UMNO Bahagian Beluran merayu kepada pihak yang berkenaan khususnya pihak berkuasa tempatan semoga dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini agar tidak berulang lagi kerana banjir kilat ini benar-benar menyusahkan rakyat.

Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

2 comments:
Write comments
  1. Disamping perparitan yg tidak cukup besar dan tidak terselenggara, faktor yang lain adalah curah hujan yang sangat luar biasa, Faktor kedua adalah..bermerahajalelanya perbuatan maksiat, pendapat saya kejadian banjir disandakan baru-baru ini adalah petanda dan amaran oleh pihak yang Maha berkuasa, bahawa,..daerah Sandakan telah terlalu banyak maksiat yang tidak dikendalikan dan dicegah...dan jika maksiat ini berterusan, jangan hairan Tuhan yang maha kuasa akan menghanyutkan satu Sandakan kerana atas dosa-dosa yg berleluasa berlaku...tidak percaya...tunggu saja masanya.

    ReplyDelete
  2. Stuju dg knyataan di atas, "daerah Sandakan telah terlalu banyak maksiat yang tidak dikendalikan dan dicegah". Lihat saja bekas tanah MUIS bt 5 (Giant)telah didirikn pusat hiburan, karaoke n hotel. Spatutnya tanah itu dibangunkan utk kbajikan pnduduk sdkn dg membina sekolah agama rendah dan menengah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.