TIGA buah sekolah telah dikenalpasti oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) sebagai tidak selamat untuk digunakan dan laporan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran. Berdasarkan rekod, sekolah ini telah dibina sebagai salah satu projek kilat oleh Kerajaan BN. Satu lagi kesinambungan kerakusan kepimpinan dan kroni-kroni BN dalam membina projek kilat tersebut. Bidas Halik Zaman yang memegang portfolio Pendidikan dalam pimpinan PKR Sabah.
"Demi keuntungan dan kepentingan kroni, BN sanggup memperjudikan nyawa kanak-kanak yang hadir setiap hari ke sekolah-sekolah berkenaan untuk menimba ilmu pelajaran. Demi untuk mempertontonkan ‘kepalsuan keperihatinan’ kepada rakyat Tawau, BN sanggup menggadaikan keselamatan kanak-kanak yang tiada dosa dengan mereka," tegas Halik yang juga Ketua Cabang PKR Tenom itu.
Kata Halik lagi, "Lihatlah betapa BN mempermainkan hidup rakyat yang telah mengundi mereka selama ini dengan kes ‘sekolah semborono’. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Kukusan, SK Bahagia dan SK Jambatan Putih.”
Seandainya sekolah-sekolah itu harus ditutup kerana faktor keselamatan, kata Halik, maka 3,000 orang penuntut sekolah berkenaan terpaksa ‘diabaikan’ pembelajaran mereka dek kerana tuntutan serakah pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni mereka yang hanya mementingkan ‘keuntungan’ yang disalur masuk ke akaun masing-masing.
"Inikah yang di maksudkan oleh PM 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan? Dek kerana terlalu sibuk menjaga pergerakan Pakatan Rakyat, mereka melupakan sama sekali kebajikan dan keselamatan rakyat jelata. Inilah akibatnya apabila BN semakin takut dengan bayang-bayang mereka sendiri," perli Halik.
Tambah Halik lagi, "BN hanya mencari-gali kesilapan Pakatan Rakyat sahaja, walau tiada mereka sengaja adakan juga. Sehinggakan mereka terlupa kesilapan dan kelalaian besar yang mereka lakukan seperti kes sekolah kilat ini mereka abaikan."
"Kita yakin sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pusat, para pemimpin Pakatan Rakyat akan lebih berhati-hati dalam hal-hal kemasyarakatan dan kebajikan kerana setiap kealpaan yang dilakukan oleh Kerajaan BN akan dijadikan tauladan dan sempadan demi sebuah pentadbiran yang lebih berdinamik dan berwawasan," bidas Halik lagi.
Kecam Halik lagi dengan lantang, "Pakatan Rakyat Sabah mengutuk sekeras-kerasnya sikap yang tidak bertanggung jawab Kementerian Pelajaran yang menganggap keselamatan anak-anak kita sebagai satu perkara remeh dan tidak ada apa-apa tindakan diambil kepada bangunan sekolah sekolah yang bermasalah."
Oleh: MEDIA PKR SABAH
Saturday, February 19, 2011
PKR SABAH BIDAS KEMENTERIAN PELAJARAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kementerian pendidikan mesti mengambil tindakan terhadap masalah sekolah bahaya ini sebelum kemalangan berlaku.
ReplyDeletekeadaan sekolah yang kurang kurang selamat ini perlu diambil perhatian kerana ia melibatkan keselamatan murid2.
ReplyDeletekenapa tidak salahkan kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membina bangunan itu? bagaimana pula dengan amalan Pakatan yang suka menjadikan rakyat sebagai perisai untuk melakukan demonstrasi jalanan? bukankah itu juga secara terang2 mengadai nyawa rakyat semata2 untuk kepentingan politik pakatan? difahamkan wakil Pejabat Pelajaran Sabah dan kementerian telah memeriksa kedua2 sekolah berkenaan pada 11 Februari lepas. selain itu, juga dimaklumkan Kementerian Pelajaran meluluskan peruntukan RM1.5 juta untuk ketiga2 sekolah yang diisytihar tidak selamat itu.
ReplyDeletetidak perlulah tuding menuding sebab akhirnya yang jadi mangsa ialah murid dan kakitangan sekolah. apa yang paling penting sekali ialah penyelesaian. mana2 bangunan sekolah yang tidak selamat untuk digunakan perlu ditutup serta merta bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada warga sekolah berkenaan sementara menunggu tindakan selanjutnya dari pihak yang bertanggungjawab.
ReplyDeleteHarap kemeterian pelajaran akan dapat menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan masalah ini berpanjangan. Keselamatan pelajar perlu diutamakan juga.
ReplyDeleteJika sekolah ini tidak selamat, bagai mana pelajar mahu menumpukan sepenuhnya dalam pembelajaran. Ini akan menjejaskan pembelajaran para pelajar.
ReplyDeleteThis matter should be taken seriously.
ReplyDeletetidak perlu saling menyalahkan. yang penting usaha untuk menyelesaikan masalah yang ada.
ReplyDeleteThe pupils and teachers life are at risk. I hope the education ministry is in the process to fix this problem.
ReplyDeletepemantauan sentiasa dilakukan terhadap bangunan sekolah yang berkenaan. harap masalah ini akan dapat diselesaikan.
ReplyDeleteThis problem shouldn't be prolong or else it gets worse.
ReplyDeletelebih sekolah itu diperbaiki, keselamatan pelajar lebih penting.
ReplyDeleteKomen to KPM tuh memang bagus tapi Kalau Halik Zaman saja dia memang tidak bule pakai. Saya masih ingat siapa dia ni dulu sejarah tetap sejarah tidak akan di lupakan. Sama saja ceritanya.
ReplyDeletePerlu diselesaikan segera. Minta umno sabah highi
ReplyDeleteght perkara ini dalam dalam persidangan umno. mana suara bong dan ghafar salleh.
KPM harus mengutamakan isu ini..nyawa para pelajar dalam bahaya.
ReplyDeletementeri berkenaan juga harus segera memberikan peruntukan untuk membina sekolah baru yang lebih selamat digunakan..
ReplyDeletekemungkinan terdapat lebih banyak sekolah yang tidak selamat digunakan di luar sana..
ReplyDeleteharus diingat bahawa malang tidak berbau..bila2 masa saja akan berlaku kecelakaan dan bila tiba masanya apakah pihak KPM akan bertanggungjawab sepenuhnya?
ReplyDeletediharap pihak KPM akan mengambil keputusan dengan segera sebelum apa2 yang buruk berlaku.
ReplyDeleteatau pihak sekolah dan ibu bapa harus menjemput media seperti TV3 agar isu ini mendapat perhatian segera.
ReplyDeleteinilah akibatnya kalau terlalu banyak kebocoran dalam proses pengagihan kontrak sehingga murid2 yg jadi mangsa. Kes seperti ini memang banyak berlaku di Sabah, bangunan sekolah yang baru 1-2 tahun digunakan, sudah banyak kerosakan. Luaran saja cantik.
ReplyDeleteJika masalah sudah dikesan perbaikilah segera dan tak perlu lagi asyik menunding jari.
ReplyDeletePendidikan memang penting namun jika terpaksa menutup sekolah itu atas faktor keselamatan rasanya ia wajar dilakukan.
ReplyDeletePantau dan buatlah kerja2 pembaikan segera... Kalau tidak pun bina saja bangunan baru:P hehehe
ReplyDeleteSaya yakin kementerian pelajaran pasti akan menemukan cara terbaik utk menanggani hal ini.
ReplyDeleteApapun jangan politikkan isu ni, nanti lain pula kejadiannya.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan meluluskan peruntukan untuk membina bagunan sekolah baru.
ReplyDeleteBiasalah bah perkara begini dalam pemerintahan BN, apa lagi yang mau diherankan....keadaan biasa bah ni.
ReplyDeleteBagunan sekolah yang terlibat perlulah dikosongkan. Jadikanlah dewan serbaguna sebagai kelas sementara.
ReplyDeleteBidas membidas hanya mengeruhkan keadaan.
ReplyDeleteHaiya PKR, stop pretending.
ReplyDeleteKementerian pelajaran yang harus menjawab persoalan yang ada.
ReplyDeleteI think the greatest solution is to go down to the ground.
ReplyDeleteApa guna bidas? Adakah masalah itu akan selesai? Kerajaan yang harus memberi peruntukan ke atas semua sekolah itu.
ReplyDeleteKementerian pelajaran patut peka kepada keperluan pelajar.
ReplyDelete